ONE PIECE Novel Ace Volume 2 – CHAPTER 3

with No Comments 1954

PENTING: DIMINTA BACA SEMUA INFORMASI DALAM RUANGAN INI DAHULU SEBELUM ANDA TANYA SOALAN YANG BERKAITAN NOVEL INI.

Siapa degil dan mantul taknak dengar arahan dan tanya soalan sama berulang kali, dia ahli kumpulan Topi Jerami Fake

Merupakan kesinambungan daripada Novel Ace Volume 1 yang pernah kami terjemahkan sebelum ini. Diminta baca yang di bawah ini dahulu sebelum anda teruskan baca Volume 2 ini.

NOVEL ACE VOLUME 1

NOVEL ACE VOLUME 2

Novel ini dipecahkan kepada 7 bahagian: Prologue dan Chapter 1-6.

  • Prologue: 11 muka surat
  • Chapter 1: 35 muka surat
  • Chapter 2: 37 muka surat
  • Chapter 3: 27 muka surat
  • Chapter 4: 37 muka surat
  • Chapter 5: 67 muka surat
  • Chapter 6: 19 muka surat

Soalan Lazim

1) Di Malaysia ini di mana saya boleh dapatkan One Piece Magazine?

Boleh dapatkannya di Kinokuniya.

2) Harganya berapa?

Boleh klik link di atas dan order online di website mereka (harga adalah tepat sewaktu artikel ini ditulis). Kalau ada member card boleh dapat harga diskaun dalam RM 35 lebih.

3) Yang di Kinokuniya ini English translated ke ataupun Original Japanese?

Original Japanese, seperti terbitan di Jepun

4) Macam mana nak dapatkan yang English version?

Tak ada. Berdasarkan pengalaman Admin, kalau diorang nak terjemahkan pun, biasanya dalam masa dua tahun kot baru keluarkan. (Itu pun kalau diorang nak terjemahkan la)

5) Admin Budak Getah tak nak terjemahkan ke?

Apa yang korang baca ini lah apa yang Admin dah terjemahkan.

Kalau versi Fizikal, Admin tak mampu buat. Manga Budak Getah Volume biasa pun ambil masa yang banyak untuk diterjemahkan, lagikan nak buat yang ini.

Baru Admin faham kenapa Eiichiro Oda nakkan buah Hana Hana no Mi Nico Robin :'(

Kalau ada di antara korang yang rajin dan nak terjemahkan penuh, hubungi Admin di www.budakgetah.com/contact-us

CHAPTER 3

(Kalau terlepas nak baca Chapter sebelum ini, jemput KLIK di bawah ini untuk baca)

Menurut informasi yang dikumpulkan oleh Skull dari Lanun Spade, Janggut Putih adalah yang terkuat di dunia. Tetapi penulis novel ini cakap tak mudah untuk menerangkan definisi perkataan ‘terkuat’. Skull sukakan apa sahaja yang berkaitan lanun dan mengumpul barangan lanun. Dia percaya yang Kaido adalah yang terkuat sekiranya bertarung 1 lawan 1. Dia menambah yang Kadio adalah “makhluk terkuat”. Dia tak akan mati kalau kita cuba bunuh dia; Big Mom pula adalah “keluarga terkuat”; dan Janggut Putih adalah “lanun terkuat” disebabkan cara dia menjalani hidupnya.

Deuce memberi analisa yang Kaido adalah lanun berbahaya yang sukakan keganasan; Big Mom sukakan perniagaan; Janggut Putih lanun yang klasik. Deuce tak tahu cara untuk menganalisa Shanks.

Skull membuka carta laut dan sediakan papan chess. Dia cakap yang “Kesatria Bohemia” Doma, A.O. dan beberapa lanun lain cuba untuk menceroboh wilayah Janggut Putih. Kesemua mereka bukanlah bersekutu, tetapi mereka mula menyerang pada waktu yang sama. Nampaknya seperti Maharaja lain yang merancang pencerobohan ini. Beberapa Komander Janggut Putih bersama 4 kapal meninggalkan Moby Dick untuk menghalang pencerobohan. Ace cakap, “Ini bermakna pertahanan untuk Raja Putih lebih lemah dari yang biasa kan? Ini adalah peluang yang terbaik untuk membunuh Janggut Putih”. Di bawah kapal Lanun Spade, seorang manusia ikan secara sembunyi dah mengejar mereka sebaik sahaja mereka tiba di New World…

Lanun Spade tiba di pulau gantian untuk Lanun Janggut Putih. Pulau ini dikelilingi dengan asap. Mereka terdengar yang Janggut Putih akan tiba di pulau ini tak lama lagi. Deuce memberi amaran kepada Ace yang mungkin beberapa orang bawahan Janggut Putih akan tinggal di pulau ini. Ace membalas, “Tak ada masalah. Kalau itu yang berlaku, kita akan mulakan peperangan”.

Deuce merasakan yang Ace dah jadi lebih tergopoh-gopoh sejak dia mula masuk ke New World. Deuce rasakan yang Ace nak membebaskan dirinya dari penjara yang digelar Roger. Deuce percaya yang Ace tak akan berpuas hati dengan setakat menjadi Raja Lanun dan dapat ONE PIECE memandangkan ayahnya sendiri dah buat perkara yang sama.

Seorang lelaki berbadan besar muncul dari dalam laut. Dia memegang bendera lanun Spade dan campakkannya seperti sampah. Lanun Spade menjadi berang. Seorang manusia ikan muda bernama Wallace perasan yang lelaki ini adalah Jinbe. Sebenarnya manusia ikan yang diarahkan oleh Jinbe yang mengejar Lanun Spade.

Chapter 552

Jinbe cakap, “Oh, kau mempunyai seorang manusia ikan sebagai salah seorang anak kapal kau… Kau tahu siapa aku kan?” Wallace menggigil ketakutan. Ace membalas semula dengan marah, “Kau… Kau tahu apa maksudnya kan?!” Jinbe balas, “Itu apa yang aku nak cakap! Kau tahu tak apa maknanya membakar bendera Janggut Putih di Pulau Manusia Ikan?! Kau ke jahanam yang menolak tawaran untuk menjadi salah seorang 7 Panglima Perang?”

Chapter 552

Ace mula membakar dan menjadikan asap di pulau mula hilang. Perincian tentang pertarungan di antara Ace dan Jinbe tak disebut di dalam novel. Kedua-dua mereka kepenatan sebab mereka berterusan bertarung selama 5 hari. Lanun Spade risau tentang mereka tetapi pada masa yang sama mereka teruja untuk kali pertama melihat kekuatan penuh Ace yang bertarung sama kuat dengan Jinbe.

Lanun Spade tak dapat membantu Ace ketika pertarungan ini disebabkan pertarungan tahap ini adalah pertarungan yang mereka tak boleh nak libatkan diri. Deuce menghampiri Ace dan Jinbe, yang terbaring di tanah. Deuce memberitahu Ace yang Lanun Spade akan melarikan diri bersama Ace disebabkan Jinbe terlalu kuat, tetapi Ace membantah keputusan itu.

Kemudian, Lanun Spade perasan yang Janggut Putih berdiri di atas Moby Dick. Mereka menjerit disebabkan pancungan terbang dari Janggut Putih. Jeritan mereka mengejutkan Ace yang masih pening kepala.

Ace melepaskan “Enjomo (Jaringan Api)” supaya anak-anak kapalnya boleh melarikan diri. Ace cakap, “Lepaskan mereka pergi. Sebagai ganti aku akan tinggal di sini!” Janggut Putih menunggu saat sehingga semua Lanun Spade kecuali Ace selesai melarikan diri. Ace kalah pertarungan tersebut. Kesemua perkataan Janggut Putih selepas pertarungan “Jadilah anak aku!” membuatkan Ace menjadi lebih marah sebab dia rasakan yang dia dianggap sebagai budak-budak.

Chapter 552
Chapter 552
Chapter 552
Anak-anak kapal Kumpulan Lanun Spade

———-

Ada beberapa orang yang bertanya kepada saya tentang status ‘canon’ Novel Ace ini. Interview daripada laman web One Piece sendiri akan menjelaskan perkara ini.

https://one-piece.com/special/usop/20180530_0891.html

  • Oda cakap yang dia akan sangat menghargainya sekiranya novel berfokus pada Ace.
  • Para editors (penyunting) mengadakan pertemuan di antara Oda dan penulis novel. Mereka menggunakan lembaran soalan yang telah disediakan sebelum bertemu. Oda cakap, “Saya harap penulis Novel Ace menggunakan sepenuh imaginasi dia untuk mencipta personaliti Ace sebanyak mana yang dia mampu”.
  • Shueisha memutuskan untuk menerbitkan Novel Ace Volume 2 memandangkan Volume 1 berjaya dijual dengan baik.
  • Penulis novel mencipta perjalanan cerita ini. Oda dan Editor One Piece membacanya dan memberikan dia nasihat.
    Shueisha mengiklankan novel ini sebagai official.
  • Menurut Editor Sugita di 2017, penulis novel dan editor berjumpa dengan Oda beberapa kali apabila mencipta perjalanan cerita ini.

 

Bersambung di Chapter 4 (akan datang)

 

Sumber

  • Sandman AP
  • Terjemahan Team Budak Getah

Leave a Reply