ONE PIECE Novel Ace Volume 2 – CHAPTER 4

with No Comments 3192

PENTING: DIMINTA BACA SEMUA INFORMASI DALAM RUANGAN INI DAHULU SEBELUM ANDA TANYA SOALAN YANG BERKAITAN NOVEL INI.

Siapa degil dan mantul taknak dengar arahan dan tanya soalan sama berulang kali, dia ahli kumpulan Topi Jerami Fake

Merupakan kesinambungan daripada Novel Ace Volume 1 yang pernah kami terjemahkan sebelum ini. Diminta baca yang di bawah ini dahulu sebelum anda teruskan baca Volume 2 ini.

NOVEL ACE VOLUME 1

NOVEL ACE VOLUME 2

Novel ini dipecahkan kepada 7 bahagian: Prologue dan Chapter 1-6.

  • Prologue: 11 muka surat
  • Chapter 1: 35 muka surat
  • Chapter 2: 37 muka surat
  • Chapter 3: 27 muka surat
  • Chapter 4: 37 muka surat
  • Chapter 5: 67 muka surat
  • Chapter 6: 19 muka surat

Soalan Lazim

1) Di Malaysia ini di mana saya boleh dapatkan One Piece Magazine?

Boleh dapatkannya di Kinokuniya.

2) Harganya berapa?

Boleh klik link di atas dan order online di website mereka (harga adalah tepat sewaktu artikel ini ditulis). Kalau ada member card boleh dapat harga diskaun dalam RM 35 lebih.

3) Yang di Kinokuniya ini English translated ke ataupun Original Japanese?

Original Japanese, seperti terbitan di Jepun

4) Macam mana nak dapatkan yang English version?

Tak ada. Berdasarkan pengalaman Admin, kalau diorang nak terjemahkan pun, biasanya dalam masa dua tahun kot baru keluarkan. (Itu pun kalau diorang nak terjemahkan la)

5) Admin Budak Getah tak nak terjemahkan ke?

Apa yang korang baca ini lah apa yang Admin dah terjemahkan.

Kalau versi Fizikal, Admin tak mampu buat. Manga Budak Getah Volume biasa pun ambil masa yang banyak untuk diterjemahkan, lagikan nak buat yang ini.

Baru Admin faham kenapa Eiichiro Oda nakkan buah Hana Hana no Mi Nico Robin :'(

Kalau ada di antara korang yang rajin dan nak terjemahkan penuh, hubungi Admin di www.budakgetah.com/contact-us

CHAPTER 4

(Kalau terlepas nak baca Chapter sebelum ini, jemput KLIK di bawah ini untuk baca)

Ace cuba untuk bunuh Janggut Putih sehari selepas itu, tetapi dia tak mampu. Satu hari, Ace bangun di atas katil di dalam bilik perubatan. Deuce yang memakai pakaian putih tanya dia, “Oh, kau ada di sini lagi..” Deuce dikelilingi oleh beberapa jururawat. Mereka memanggil Deuce “Sensei Muda (Doktor)” dengan suara yang menggoda, tapi Deuce tak mahu dipanggil seperti itu sebab dia tak pernah tamat belajar di sekolah perubatan. Dia tarik diri selepas bergaduh dengan bapanya, yang merupakan seorang doktor yang terkenal.

Beberapa minggu dah berlalu sejak Ace dikalahkan oleh Janggut Putih. Deuce sekarang ini adalah salah seorang doktor utama di kumpulan Lanun Janggut Putih. Menurut Deuce, peralatan perubatan Kumpulan Lanun Janggut Putih sehebat peralatan perubatan di hospital bandar-bandar besar. Semua peralatan perubatan tersedia untuk Janggut Putih. Deuce cakap yang Janggut Putih dah tak sekuat seperti mana sewaktu dia muda dahulu. Terlalu ramai nyawa orang yang dilindungi di bawah payung Janggut Putih. Mereka akan terdedah dengan bahaya sekiranya sesuatu yang buruk berlaku kepada kesihatan Janggut Putih. Ace rasa yang Deuce secara tak langsung cakap pada Ace yang dia patut berhenti dari cuba untuk bunuh Janggut Putih. Ace balas dengan sarkastik, “nampaknya kau dah sertai kumpulan Lanun Janggut Putih kan?”

Deuce balas yang Lanun Spade termasuk Ace dah ditewaskan oleh Lanun Janggut Putih, tapi Janggut Putih memaafkan mereka semua. Ini bermakna mereka terhutang pada Janggut Putih. Deuce cakap, “kau adalah satu-satunya kapten aku, Ace. Aku akan ikut kau tak kiralah kehidupan apa yang kau nak jalani. Tapi kalau kau cuba untuk bunuh Janggut Putih, kau patut berlawan dengan dia secara berdepan. Jangan biarkan aku khianati kau”. Anak-anak kapal Lanun Spade yang lain dah bekerja di bawah Janggut Putih; Skull mengumpulkan maklumat. Miharl mengajar cara untuk membaca dan menulis. Kotatsu (kucing liar) memburu makanan. Cuma Ace seorang sahaja yang masih tak tahu di mana tempat dia.

Thatch adalah ketua tukang masak di dapur Lanun Janggut Putih. Ahli-ahli di dalam Division 4 bertanggungjawab untuk dapur memandangkan Thatch adalah komander mereka. Mereka terdiri dari tukang masak, pemburu dan penangkap ikan (nelayan). Menurut Thatch, mereka sepatutnya dah bunuh Ace termasuk anak-anak kapal mereka sekiranya Ace sedikit kuat supaya Lanun Janggut Putih dapat terus melindungi wilayah mereka. Ini bermakna nyawa Ace diselamatkan disebabkan kelemahan Ace.

Teach terpecahkan pinggan ketika memakan pie. Ace bercakap dalam hati “Memang lelaki yang kurang sopan..”

Teach, lelaki yang berbadan besar pandang rendah pada Ace dan tanya soalan dengan nada provokasi, “Kau lelaki dengan ganjaran melebihi 100 juta berry yang menolak tawaran untuk menyertai salah seorang 7 Panglima Perang kan?!”

Ace berhati-hati dengan dia.

Teach tanya lagi, “Kau pengguna keupayaan buah syaitan, kan? Buah syaitan apa yang kau makan?”

Ace, “…”

Thatch cakap, “Dia makan buah Mera Mera. Hentikannya Teach. Ace masih muda”.

Teach ketawa dan menepuk belakang Ace dengan kuat. Ace hampir-hampir nak tercekik.

Teach tanya Ace tentang rasa buah syaitan dan keluar dari bilik makanan sambil kentut dengan kuat. Muka Ace jadi kelat dengan bau busuk tersebut.

Thatch cakap, “Apa-apa pun, dia bukanlah orang yang jahat”.

Ace perasan Kotatsu (kucing liar) dari Lanun Spade menggigil ketakutan.

Ace tanya, “Apa halnya, Kotatsu?”

Kotatsu tetap merenung ke arah di mana Teach keluar…

Selepas bercakap dengan Janggut Putih, Ace menjadi tetamu secara sah di dalam kumpulan Lanun Janggut Putih. Janggut Putih memberitahu Thatch yang dia bertanggungjawab ke atas Ace. Thatch sangat sibuk di dapur, jadi Janggut Putih turut memberitahu Teach untuk menjaga Ace memandangkan Teach adalah ahli lama dan tahu tentang peraturan mereka dengan baik.

Ace merungut tentang Thatch yang menyebarkan khabar angin tentang Ace akan menyertai Lanun Janggut Putih sekiranya dia kalah 100 kali dengan Janggut Putih.

Thatch cakap, “Kalau kau dengan Janggut Putih 100 kali, kau tetap tak akan kalah walaupun kau lawan sebanyak 1000 kali! Apa-apa pun, tolong nyalakan api di atas dapur ini!”

Ace menghidupkan api dengan keupayaan buah syaitannya tanpa bercakap apa-apa pun.

Thatch cakap, “Bagus! Kalau kau sertai kumpulan Lanun Janggut Putih, pastikan kau sertai Division 4. Aku akan ajarkan kau untuk menjadi tukang masak berapi yang hebat!”

Ace membalas, “Suka hati kau lah nak cakap apa pun!”

Anak-anak kapal Kumpulan Lanun Spade

 

Bersambung di Chapter 4 (akan datang)

 

Sumber

  • Sandman AP
  • Terjemahan Team Budak Getah

Leave a Reply