ONE PIECE Novel Ace Volume 2 – CHAPTER 5

with No Comments 3539

PENTING: DIMINTA BACA SEMUA INFORMASI DALAM RUANGAN INI DAHULU SEBELUM ANDA TANYA SOALAN YANG BERKAITAN NOVEL INI.

Siapa degil dan mantul taknak dengar arahan dan tanya soalan sama berulang kali, dia ahli kumpulan Topi Jerami Fake

Merupakan kesinambungan daripada Novel Ace Volume 1 yang pernah kami terjemahkan sebelum ini. Diminta baca yang di bawah ini dahulu sebelum anda teruskan baca Volume 2 ini.

NOVEL ACE VOLUME 1

NOVEL ACE VOLUME 2

Novel ini dipecahkan kepada 7 bahagian: Prologue dan Chapter 1-6.

Soalan Lazim

1) Di Malaysia ini di mana saya boleh dapatkan One Piece Magazine?

Boleh dapatkannya di Kinokuniya.

2) Harganya berapa?

Boleh klik link di atas dan order online di website mereka (harga adalah tepat sewaktu artikel ini ditulis). Kalau ada member card boleh dapat harga diskaun dalam RM 35 lebih.

3) Yang di Kinokuniya ini English translated ke ataupun Original Japanese?

Original Japanese, seperti terbitan di Jepun

4) Macam mana nak dapatkan yang English version?

Tak ada. Berdasarkan pengalaman Admin, kalau diorang nak terjemahkan pun, biasanya dalam masa dua tahun kot baru keluarkan. (Itu pun kalau diorang nak terjemahkan la)

5) Admin Budak Getah tak nak terjemahkan ke?

Apa yang korang baca ini lah apa yang Admin dah terjemahkan.

Kalau versi Fizikal, Admin tak mampu buat. Manga Budak Getah Volume biasa pun ambil masa yang banyak untuk diterjemahkan, lagikan nak buat yang ini.

Baru Admin faham kenapa Eiichiro Oda nakkan buah Hana Hana no Mi Nico Robin :'(

Kalau ada di antara korang yang rajin dan nak terjemahkan penuh, hubungi Admin di www.budakgetah.com/contact-us

CHAPTER 5

(Kalau terlepas nak baca Chapter sebelum ini, jemput KLIK di bawah ini untuk baca)

Sebelum wujudnya sistem Empat Maharaja (Yonko), Roger, Janggut Putih dan Shiki menguasai Dunia Baru. Thatch cakap yang Kaido lebih kepada seorang pemeras ugut (gangster) daripada seorang lanun. Thatch dan Ace bercakap di atas kapal musuh. Musuh-musuh yang ada dikalahkan dengan cepat. Ace rasakan yang kekuatan Thatch memang layak menjadi seorang komander untuk Division 4. Senjatanya sama seperti pisau dapur dengan panjang lebih kurang 1 meter. Vista yang mengetuai Division 5 lebih kuat dari Thatch dalam aspek pertarungan berpedang.

Musuh lanun adalah penyangak yang makan makanan tanpa membayar di wilayah Janggut Putih. Thatch cakap yang dadah dan hamba tak dibenarkan di bawah wilayah Janggut Putih. Teach muncul dengan memegang kapten musuh lanun di tangannya. Teach baling dia seperti sebuah bola boling. Menurut Skull, kapten musuh adalah Rakun “Pura Pura Tidur” dengan ganjaran buruan 75 juta berry dari West Blue.

Thatch memutuskan untuk menjual dia kepada Tentera Laut melalui perantara yang berpura-pura sebagai pemburu ganjaran. Kapten lanun Rakun menembak menggunakan pistol kepada Teach. Teach menjerit kesakitan di lukanya yang berdarah. Teach kemudian pijak kapten tersebut tanpa belas kasihan, suara yang dikeluarkan oleh kapten tersebut adalah suara yang Ace memang tak mahu dengar lagi. Apabila Ace tanya keadaan Teach, Teach ketawa dan kemudian mula menjerit kesakitan. Ace rasakan yang Teach memang orang yang pelik…

Di dalam sebuah bar, Ace tanya Thatch di dalam kumpulan Lanun Janggut Putih siapa yang mencederakan Shanks, tapi Thatch tak tahu siapa di dalam kumpulan mereka yang mencederakan Shanks. “Orang yang buat itu bukan seorang komander ke…? Kalau komander yang mencederakan dia, mesti dah jadi berita yang hebat… Kau tahu pasal ini, Teach?” Teach membalas, “Aku yang buat.”

Thatch dan Ace terkejut bila dengar macam itu, tapi Teach cepat-cepat menambah, “bergurau je.”

Sehingga sekarang, Janggut Putih tak pernah menggunakan keupayaan Gura Gura ketika berlawan dengan Ace. Thatch cemburu dengan keupayaan buah syaitan Ace kerana Thatch seorang tukang masak. Teach nasihatkan Thatch untuk membunuh Ace kalau dia betul-betul mahukan buah syaitan api. Thatch cakap yang itu adalah satu gurauan yang teruk dan dia tak akan makan buah syaitan sekiranya dia terpaksa bunuh seseorang. Ace tanya Teach buah syaitan apa yang dia berhasrat untuk makan.

Sebelum Teach sempat balas, Thatch cakap, “Aku tahu kau nak makan buah syaitan yang itu, Teach.”

Teach terkejut, “Kenapa… Apa yang kau tahu pasalnya?!!”

Thatch cakap, “Memang senang nak teka. Buah syaitan lagenda Suke Suke no Mi (halimunan) kan?”

Teach cakap, “Zehahaha! Kau dah tahu kebenarannnya!”

Thatch cakap, “Aku faham sangat, ia adalah impian semua lelaki…!!”

Budak-budak perempuan berkumpul di meja mereka. Budak-budak ini memberikan gulungan bunga untuk menunjukkan tanda kesyukuran kerana mengalahkan lanun (Rakun) di wilayah Janggut Putih. Ace terpaksa terima bunga-bunga supaya budak perempuan ini tak membenci dia memandangkan Thatch dan Teach masing-masing dah terima bunga mereka. Ace tertanya samada dia pernah tak menerima bunga daripada orang lain sebelum ini. Dia rasakan yang dia tak akan diberikan bunga walaupun dia mati.

Teach letakkan bunga di dalam pasta dan makan semuanya. Budak-budak perempuan terperanjat sampai tak terkata. Teach cakap, “Bunga-bunga ini rasanya sedap! Bagi bunga kau juga, Ace!” Ace berikan kepada Teach. Thatch tanya kepada budak perempuan, “Perbualan lelaki macam mereka ini tak menarik kan? Terima kasih atas bunga ini. Sudi tak kau kawin dengan aku dalam masa 20… 10 tahun lagi?” Budak perempuan itu dengan cepat menolak tawaran tersebut.

Deuce tengah bercakap di dalam bilik perubatan bersama tetamu yang tak dijangka, iaitu Janggut Putih. Janggut Putih panggil dia “Wakai-sensei” (Doktor Muda). Janggut Putih memiliki sedikit luka panas di tangannya disebabkan pertarungan dengan Ace. Janggut Putih senyum, “Ace semakin kuat. Agaknya dah berapa kali kita bertarung…” Deuce balas, “99 kali setakat ini.”

Janggut Putih tak tahu hubungan di antara Ace dan Roger lagi. Akhir-akhir ini, Ace selalu teringat budak-budak perempuan yang memberikan dia bunga. Ace sedar yang gelaran Maharaja Lautan (Yonkou) diberikan kepada mereka yang membina wilayah ataupun dunia mereka sendiri. Janggut Putih bukanlah seorang pemusnah lagi di mata Ace…

 

Ini adalah ringkasan untuk separuh pertama Chapter 5 memandangkan ia memiliki muka surat yang lebih banyak daripada chapter-chapter yang lain.

Anak-anak kapal Kumpulan Lanun Spade
Komander Division Kumpulan Lanun Janggut Putih

 

Bersambung di Chapter 5 (bahagian kedua) & Chapter 6 (akan datang)

 

Sumber

  • Sandman AP
  • Terjemahan Team Budak Getah

Leave a Reply