ONE PIECE Novel Ace Volume 2 – PROLOGUE & CHAPTER 1

with No Comments 4254

ONE PIECE Novel Ace Volume 2 diterbitkan 4 Jun 2018.

PENTING: DIMINTA BACA SEMUA INFORMASI DALAM RUANGAN INI DAHULU SEBELUM ANDA TANYA SOALAN YANG BERKAITAN NOVEL INI.

Siapa degil dan mantul taknak dengar arahan dan tanya soalan sama berulang kali, dia ahli kumpulan Topi Jerami Fake

Merupakan kesinambungan daripada Novel Ace Volume 1 yang pernah kami terjemahkan sebelum ini. Diminta baca yang di bawah ini dahulu sebelum anda teruskan baca Volume 2 ini.

NOVEL ACE VOLUME 1

NOVEL ACE VOLUME 2

Novel ini dipecahkan kepada 7 bahagian: Prologue dan Chapter 1-6.

  • Prologue: 11 muka surat
  • Chapter 1: 35 muka surat
  • Chapter 2: 37 muka surat
  • Chapter 3: 27 muka surat
  • Chapter 4: 37 muka surat
  • Chapter 5: 67 muka surat
  • Chapter 6: 19 muka surat

Soalan Lazim

1) Di Malaysia ini di mana saya boleh dapatkan One Piece Magazine?

Boleh dapatkannya di Kinokuniya.

2) Harganya berapa?

Boleh klik link di atas dan order online di website mereka (harga adalah tepat sewaktu artikel ini ditulis). Kalau ada member card boleh dapat harga diskaun dalam RM 35 lebih.

3) Yang di Kinokuniya ini English translated ke ataupun Original Japanese?

Original Japanese, seperti terbitan di Jepun

4) Macam mana nak dapatkan yang English version?

Tak ada. Berdasarkan pengalaman Admin, kalau diorang nak terjemahkan pun, biasanya dalam masa dua tahun kot baru keluarkan. (Itu pun kalau diorang nak terjemahkan la)

5) Admin Budak Getah tak nak terjemahkan ke?

Apa yang korang baca ini lah apa yang Admin dah terjemahkan.

Kalau versi Fizikal, Admin tak mampu buat. Manga Budak Getah Volume biasa pun ambil masa yang banyak untuk diterjemahkan, lagikan nak buat yang ini.

Baru Admin faham kenapa Eiichiro Oda nakkan buah Hana Hana no Mi Nico Robin :'(

Kalau ada di antara korang yang rajin dan nak terjemahkan penuh, hubungi Admin di www.budakgetah.com/contact-us

NOVEL ACE VOL 2

Muka hadapan Novel Ace Volume 2

Ini ada ringkasan untuk Prologue dan Chapter 1.

Lanun Spade tiba di Pulau Manusia Ikan di Chapter 1.

PROLOGUE

Janggut Putih tersenyum di dalam bilik Kapten dan tengah membaca surat khabar mengenai laporan Ace yang menolak tawaran Kerajaan Dunia untuk menyertai 7 Panglima Perang (Shichibukai). Thatch masuk ke dalam bilik tersebut. Janggut Putih puji sup ular laut pada hari ini. Thatch beritahu dia yang dia sepatutnya makan ubat kalau tak Thatch akan dimarah oleh doktor. Division 4, yang dianggotai Thatch bertanggungjawab di dapur untuk Lanun Janggut Putih. Thatch adalah seorang tukang masak. Dia memaklumkan Janggut Putih yang Jinbe akan meninggalkan kapal.

Janggut Putih terus keluar dari biliknya dan cari Jinbe, yang baru sahaja nak menyelam ke dalam laut. Janggut Putih marah dia sebab dia nak tinggalkan kapal dan pergi ke Marineford tanpa cakap apa-apa. Janggut Putih serahkan surat khabar tentang Ace kepada Thatch dan tanya pada Jinbe kalau dia kenal Ace. Jinbe cakap dia dah tahu tentang Ace dan kebolehan kuasa buah syaitannya memandangkan ada banyak poster ganjaran buruan yang tersebar.

Thatch cakap pada Jinbe yang Janggut Putih perlu kurangkan makan makanan yang masin demi kesihatannya. Thatch minta Jinbe untuk maklumkan pada mereka kalau Jinbe tahu maklumat lanjut pasal Ace. Thatch dan Jinbe bercakap dengan nada yang sopan. Thatch panggil Jinbe “Bos Jinbe” (Jinbe-Oyabun) dan Jinbe panggil dia “Thatch-san” sama macam dia panggil Ace, “Ace-san”.

CHAPTER 1

Lanun Spade berada di Pulau Manusia Ikan. Kebanyakkan ahli kumpulan mereka melawat Mermaid Cafe sebaik sahaja mereka tiba di pulau tersebut. Deuce risau yang Ace juga akan turut melawat tempat tersebut, tapi Skull cakap yang dia tak tahu Ace ada di mana.

Sebenarnya Ace tengah tertidur sambil makan di restoran murah di Gyoverly Hills. Pengunjung semua tenung lelaki yang pelik ini. Apabila dia bangun, Ace kesat mukanya dengan apron kakitangan perempuan (Manusia Ikan Belut)

Seorang lelaki tegap berambut panjang mula bercakap dengan Ace. Dia beritahu Ace yang Puteri Shirahoshi tak ada pilihan lain selain dari bersembunyi di dalam Istana disebabkan Vander Decken IX. Ace beritahu dia yang pemberontakan mungkin akan berlaku di bawah pimpinan Raja yang tak mampu melindungi puterinya dengan baik. Lelaki berambut panjang ini beri amaran supaya Ace tak ulang semula apa yang dia cakapkan tadi. Ace minta maaf yang dia tak peduli tentang sesebuah negara disebabkan dia hanyalah seorang lanun. Lelaki tersebut kemudian cakap pada Ace yang pemberontakan akan berlaku disebabkan oleh 2 orang ini, Janggut Putih dan Jinbe.

Ace nampak berminat dan merenung pada lelaki berambut panjang. “Janggut Putih…” Lelaki ini tadi rasa yang dia tak patut pandang rendah Ace walaupun Ace masih muda. Ace minum araknya dengan cepat seolah-olah dia nak mengisytiharkan yang dia akan minum untuk Janggut Putih juga. Lelaki ini tanya siapa nama Ace. Ace balas, “Aku Portgas D Ace. Walaupun di dasar laut ini, semua orang akan dengar reputasi aku di masa depan nanti.” Lelaki tersebut terkejut sebab dia memang dah pernah dengar tentang nama dia di surat khabar. Lelaki ini tadi sebenarnya adalah Aladine. Dia tertanya sekiranya Ace cumalah seorang yang bodoh ataupun seorang yang penting. Kakitangan restoran mula tersedar yang Ace dah pergi tanpa membayar makanannya…

Ace kembali semula ke kapalnya yang diberi nama “Piece of Spadille”. Dia cemburu pada anak kapal lain yang keluar menikmati Mermaid Cafe. Menurut Miharl, yang merupakan seorang cikgu sebelum ini dan berikan kelas kepada anak kapal yang lain untuk membaca surat khabar, anak kapal yang lain tak ajak Ace untuk melawat Mermaid Cafe sebab mereka tahu yang Ace pasti akan jadi popular dengan duyung-duyung.

Piece of Spadille

Ace cakap yang titik kelemahan untuk Lanun Spade adalah mereka tak mempunyai tukang masak. Seorang lanun perempuan pertengahan umur bernama Banshee selalunya yang akan masak untuk mereka, tetapi Ace cakap yang penyamun gunung di Mount Colbo makan makanan yang lebih sedap lagi.

Deuce kembali ke kapal dan tunjukkan Ace poster ganjaran baru Ace. Ace lega yang ganjaran dia melebihi 100 juta berry sekarang. Dalam pada masa yang sama, Deuce risau kalau mereka boleh terus hidup di New World yang sukar.

Dia terkejut yang Ace merenung pada bendera lanun Janggut Putih. Deuce beritahu Ace untuk tak bergaduh dengan Janggut Putih. Ace cakap, “Kita bermatlamat untuk capai ‘puncak’ dunia lanun. Semua orang dah berjaya menyertai Lanun Spade, tetapi mulai dari sekarang mereka yang tak ada keazaman untuk bertarung boleh terus kejarkan duyung-duyung sahaja!”

Ace bakar bendera lanun Janggut Putih dengan kebolehan buah syaitannya. Ia nampak seperti bendera api. “Ini adalah bendera Lanun Spade dengan reputasi aku!” Anak-anak kapal kembali semula ke kapal. Tak seorang pun dari mereka yang menunjukkan rasa takut apabila melihat bendera Janggut Putih dibakar oleh Ace. Mereka perlu segera tinggalkan Pulau Manusia Ikan sebelum lebih ramai orang perasan tentang insiden ini. Cita-cita Ace membakar seperti api. “Mari kita belayar ke New World!”

Ace perlu memiliki reputasi besar yang mampu mengubah era yang lebih dari Raja Lanun. Kalau tak, kebencian dia terhadap ayahnya dan dunia akan membunuh dirinya sendiri.

Anak-anak kapal Kumpulan Lanun Spade

 

Bersambung di Chapter 2

 

Sumber

  • Sandman AP
  • Terjemahan Team Budak Getah

Leave a Reply