ONE PIECE Novel – LAW (Bahagian Kedua)

with No Comments 3772

Kalau belum baca ONE PIECE Novel – LAW (Bahagian Pertama) jemput baca dengan KLIK SINI


Di rumah Wolf, Shachi, Bebo, dan Penguin bergaduh tentang pembahagian daging panggang, Law dengan senyap-senyap memakan sekeping daging panggang.

Mereka dah hidup bersama selama 2 bulan, Law merasakan dia tak pernah begitu bebas seperti ini sepanjang hidupnya. Apabila dia bersama Doflamingo, dia digerakkan oleh keinginan gelapnya untuk memusnahkan dunia sebelum dia mati, semua kemahiran yang diajarkan kepada dia hanyalah untuk digunakannya sebagai “alat”, tetapi Wolf dan yang lain menganggap dirinya sebagai “orang”.

Dia masih berasa marah apabila memikirkan tentang Doflamingo dan mahu membalas dendam dari masa ke semasa, tetapi disebabkan sekarang dia sudah memiliki beberapa orang teman, dia sedar yang mereka boleh membantu melupakan kebencian dan kemarahan.

Sejak kebelakangan ini, Wolf selalu bangun awal dan kembali pada lewat malam. Budak-budak yang ada belajar dan dilatih untuk menjadi lebih kuat. Law pinjam pedang Wolf dan menggunakannya untuk mengajar Shachi dan Penguin.

Satu hari selepas makan malam, Wolf memberitahu yang sudah tiba masanya untuk budak-budak membayarnya kembali kerana membenarkan mereka tinggal di sini. Mereka perlu bekerja untuknya di Pleasure Town. Budak-budak yang menghidapi “fobia sosial” bimbang yang mereka akan didiskriminasi oleh penduduk bandar. Law merasakan adalah tanggungjawabnya sebagai pemimpin mereka untuk menggalakkan mereka pergi.

Mereka pergi ke bandar pada keesokan harinya, tetapi terkejut yang mereka disambut dengan baik. Wolf memberitahu mereka yang bandar ini telah dimusnahkan oleh kumpulan kapal lanun tanpa nama pada 20 tahun yang lalu, sejak itu mereka membuat peraturan “Buat Semua Orang Bahagia Dan Bersikap Lembut Kepada Semua Orang“.

Wolf bawa mereka berjumpa dengan seorang lelaki berpakaian merah bersama sebilah pedang, yang membenarkan mereka bekerja di bandar. Law menjadi pembantu di klinik, Penguin berkerja sebagai pelayan di restoran, Shachi di salon (dia berimpian menjadi seorang jurusolek) dan Bebo bekerja di tapak pembinaan.

Kemudiannya, Wolf cakap ada satu lagi tempat yang mereka harus pergi dan kemudian dia membawa mereka ke sebuah rumah agam.

Shachi dan Penguin sangat gementar, ini rumah agam mereka. Pakcik mereka memakai baju emas dan memiliki banyak perhiasan yang mahal. Hanya dengan mendengar nada beliau, Law faham yang Pakcik mereka memperlakukan mereka sebagai “alat” seperti dirinya dulu.

Pakciknya mahu kedua-dua budak itu kembali, katanya lagi untuk mendapatkan semula “alat berguna” dia sanggup membayar 500 ribu hingga 1 juta beri.

Apabila melihat bagaimana Pakcik memperlakukan Shachi dan Penguin, Law teringat pengalamannya sendiri dengan Doffy. Kemarahannya tercetus dan dia menjerit pada Pakcik mengatakan yang mereka bukannya alat tetapi adalah orang bawahan yang penting Law. Dia hampir menumbuk Pakcik tersebut, tetapi Wolf yang menumbuk dia terlebih dahulu. Wolf menyatakan yang budak-budak bukanlah alat atau sampah, tetapi teman sebiliknya yang penting. Dia tak dapat menahan diri apabila melihat cara Pakcik menghina mereka.

Wolf melaporkan jenayah Pakcik kepada polis, Wolf dah mengumpul bukti selama dia keluar rumah awal pagi dan balik lewat malam. Mak Cik dan Pakcik ditangkap pada ketika itu juga.

Selain daripada navigasi, Bebo juga mula belajar tentang seni mempertahankan diri. Law sangat gembira bekerja di klinik, dia belajar banyak tentang perubatan dan suka membantu orang lain.

Pada suatu hari, doktor klinik memberitahu Law yang dia akan menjadi doktor yang cemerlang pada masa akan datang. Law mula mempertimbangkan apa sebenarnya maksud “doktor yang cemerlang”?

Kemahiran tertinggi?
Mempunyai banyak pengetahuan dalam perubatan?
Atau untuk mendapatkan banyak wang?

Tiada satu pun daripada jawapan tersebut salah, tetapi ia juga tidak tepat.

Dia kemudian memutuskan yang ia akan jadi sesuatu yang perlu dipikirkan dalam hidupnya pada masa hadapan nanti.

Pada malam itu, Penguin membawa khabar angin tentang harta karun di Flying Swallow Island (Pulau Burung Layang-layang Terbang).

Kira-kira 60 tahun yang lalu, kumpulan lanun terkenal tiba di sini dan mereka semua mati akibat penyakit, meninggalkan harta karun mereka. Menurut legenda, nama pulau itu berasal dari kepercayaan orang yang ada “seekor burung layang-layang gergasi yang terbang daripada laut”, dan ada nelayan yang menyaksikan peristiwa ini dan mereka dapat mendengar bunyi burung layang-layang di dasar laut.

Kemudian, suatu hari, ketika budak-budak memulangkan basikal, mereka ternampak asap yang datang dari ladang dan kapal terbang yang terhempas. Wolf cedera dan bermandi darah akibat dari penerbangannya yang gagal. Law segera mengarahkan budak-budak yang lain untuk membantunya menjalani pembedahan.

Untuk menyelamatkan Wolf, Law memutuskan untuk menggunakan ‘Room’ di hadapannya, dia buat keputusan untuk merawatnya sebagai seorang doktor. Dia berdoa sekiranya Tuhan wujud, Dia akan berada di pihaknya. Law pengsan selepas pembedahan kerana kekurangan stamina. Budak-budak yang lain berjaga sepanjang malam untuk menjaga Wolf.

Sebaik sahaja Wolf bangun, dia bertanya pada Law adakah dia pengguna buah Ope-Ope. Dia mengembara dunia ketika dia masih muda dan pernah melakukan penyelidikan mengenai dokumen-dokumen tentang Buah Syaitan. Dia memberitahu Law yang buahnya mempunyai kuasa untuk memberikan keabadian abadi dengan kosnya adalah nyawa pengguna. Dia memberi amaran kepada Law yang dia tak boleh memberitahu sesiapa mengenai keupayaan buah syaitannya.

Law akhirnya menyedari apa yang ingin dilakukan Doffy. Law menganggap yang salah dia sebab Corazon mati, sebab dia yang memakan buah ini.

Wolf cuba untuk menghiburkannya dengan memberitahunya menurut dokumen ia adalah keupayaan yang hebat yang dah menyelamatkan nyawa tak terhitung jumlahnya, berbanding doktor biasa. Beliau percaya yang Law akan menggunakan keupayaan ini dengan cara yang baik.

Law berjanji kepadanya yang dia tak peduli akan keabadian abadi dan akan menjadi doktor terbaik mengikut kemampuannya.

Wolf tanya Law kalau dia mahu apa-apa, dia berkata yang dia berhutang nyawanya pada Law dan berdasarkan peraturan “memberi dan menerima” dia sanggup menjadi hamba Law sepanjang hayatnya. Law marah kerana Wolf menghina air mata mereka dengan perlakuan yang macam ini, mereka semua gembira disebabkan Wolf masih hidup. Melihat keadaan ini, Wolf memutuskan untuk membalas budi Law kembali dengan cara lain.

Wolf: Aku akan jadi kawan kau! Tunjukkan penghormatan kau yang dapat berkawan dengan pencipta genius seperti aku! Mereka ketawa dan mengadakan pesta untuk meraikan kegembiraan mereka.

Kemudian… 3 tahun berlalu.

Bahagian seterusnya: Musuh baru yang menyasarkan Harta Karu di Flying Swallow Island (Pulau Burung Layang-Layang Terbang) muncul?!

Kisah silam Wolf dan Pleasure Town didedahkan, akan tetapi Law bertemu dengan mimpi buruknya?

  • Cover dilukis oleh Tatsuyuki Tanaka
  • Novel dikarang oleh Sakagami Akinari “Shushei”
  • Sumber dari One Piece Magazine Vol. 5
  • Mula diterbitkan pada 25 Januari 2019 (Chapter 2)
  • Terjemahan Team Budak Getah

Bersambung lagi akan datang (kalau rajin). Jumpa lagi dalam cerita yang seterusnya 😀

Leave a Reply