ONE PIECE Novel – LAW (Bahagian Pertama)

with No Comments 4079

Sedikit petikan daripada SBS Volume 84, Chapter 840 Muka Surat 42

Pembaca: Mana satu dulu Bepo, Penguin atau Shachi yang sertai kumpulan Lanun Heart? – P. N. Amefurashi

Oda: Ia akan jadi jawapan yang panjang, tapi ramai orang yang tanya jadi aku putuskan untuk jelaskannya di sini. Kau semua dah baca latar belakang Law di Volume 76 dan Volume 77. Selepas insiden 13 tahun yang lalu, Law mengembara ke pekan berhampiran di Pulau Swallow sambil menangis.

  • Shachi dan Penguin merupakan budak nakal yang membesar di Pulau Swallow di North Blue.
  • Empat belas tahun lalu, Bepo meninggalkan Zou untuk mencari abangnya, menaiki sebuah kapal ke North Blue dan akhirnya tiba di Pulau Swallow setahun kemudiannya.
  • Di hujung pekan, Law ternampak dua orang budak nakal sedang membuli seekor beruang kutub. Apabila dia cuba membulinya semula mereka dikalahkan oleh Law dan menyelamatkan beruang kutub tersebut. Akhirnya, ketiga-tiga mereka menghormati antara satu sama lain dan mengikut dia.
    • Law, berusia 13 tahun (sekarang 26 tahun)
    • Penguin, berusia 15 tahun (sekarang 28 tahun)
    • Sachi, berusia 14 tahun (sekarang 27 tahun)
    • Bepo, berusia 9 tahun (sekarang 22 tahun)
  • Bepo belajar ilmu pelayaran dan navigasi dengan harapan untuk pulang semula ke Zou. Akhirnya mereka berempat mengasaskan kumpulan lanun Heart bersama-sama. Jadi untuk menjawap soalan kau tadi “mereka semua sertainya dengan serentak!” Kau tak akan jumpa ini di dalam manga!

Aku tak mahu mati.

Aku tak boleh mati.

Itu apa yang aku fikirkan sewaktu memaksa kaki aku untuk terus berjalan. Dengan setiap langkah, bunyi salji yang dipijak di bawah tapak kaki aku kedengaran di telinga.

Entah berapa lama aku dah berjalan. Apa yang aku nampak di sekeliling aku adalah hutan yang dipenuhi pokok pokok berdaun tajam di dunia yang putih. Entah berapa jauh lagi “pekan berhampiran” yang Cora-san sebutkan itu aku pun tak tahu.

Jahanam. Tubuh aku dah mula kehilangan deria. Bukan suatu yang mengejutkan; aku dah berjalan selama tiga hari tanpa sebarang makanan. Kalau aku tak buat sesuatu, kesejukan dan kelaparan akan membunuh aku sebelum penyakit Amber Lead.

Aku sangat letih, badan aku rasa berat. Rasa macam nak rebah di atas salji untuk berehat bermain di fikiran aku.

Tak!

Kalau aku mati di sini, aku takkan boleh nak bayar hutang aku. Corazon dah gadaikan semuanya, dia heret aku ke sana sini untuk menyembuhkan penyakit aku, dan hasilnya menyebabkan kematian dia. Memang satu keaiban (kehinaan) kepada dia kalau aku mati.

Aku keluarkan sebilah pisau bedah daripada beg yang tergantung di pinggang, dan…

“Aaaagh!”

Aku tikam pisau bedah itu ke tangan kiri aku.

“Macam itu lah… Ini akan memastikan aku terus sedar.”

Selepas membalut kain kasa di bahagian luka aku meneruskan perjalanan sekali lagi. Aku tak mampu berlawan dengan babi hutan ataupun serigala dengan keadaan yang macam ini, tapi aku tak ada masa untuk berfikir seperti ini.

Mesti kena… pergi ke… pekan.

Pekan yang Cora-san dah janji untuk berjumpa dengan aku.

Akhirnya nampak sebuah perkampungan, sebaik sahaja fikiran aku menjadi semakin kabur.

“Lampu…” Tak salah lagi, lampu-lampu sebuah pekan. “Aku selamat. Mereka boleh bantu aku!”

Kata-kata tersebut mengangkat keberatan tubuh aku dan ia memudahkan aku untuk terus melangkah. Kalau aku tiba di pekan, aku boleh makan! Mungkin sedikit sup panas dan tidur berbalutkan selimut yang lembut.

Aku terus berlari, dengan cepat tiba di pekan yang penuh dengan rumah batu bata. Sebuah papan tanda menunjukkan ini adalah “Pleasure Town” dengan huruf yang besar. Aku tertanya adakah ini “pekan berhampiran” yang dimaksudkan. Apa sekali pun, aku nampak ramai orang berjalan-jalan yang dari jauh aku tak nampak tadi. Tempat ini memang cukup baik untuk masa sekarang. Kalau aku panggil mereka, seseorang akan tawarkan tempat yang hangat untuk aku tinggal.

Aku dengan cepat menghampiri. Mula ingin menjerit memanggil seseorang…

Tapi aku berhenti.

Aku tunggu dengan rasa takut di pintu depan, tiba-tiba teringat semua yang berlaku pada aku. Memori tentang bagaimana aku diperlakukan disebabkan penyakit Amber Lead aku.

Memori dibenci oleh semua orang, dijauhi, disakiti. Masa lalu yang aku tak mahu ingat tiba-tiba kembali.

Teringatkan kampung halaman Flevence “Pekan Putih (White Town)” dikuarantin disebabkan semua orang ingat yang Amber Lead adalah penyakit berjangkit. Teringatkan bagaimana kerajaan tak mempedulikan kami, dan peperangan tercetus, perang yang membunuh ayah, ibu, adik dan ahli gereja.

Teringatkan bagaimana aku menyorok disebalik timbunan mayat untuk melarikan diri dari pekan.

Dan teringat yang bagaimana aku dilayan seperti sampah di setiap hospital yang Cora-san pernah bawa sewaktu dia cuba untuk merawat aku.

Apa yang aku tahu cumalah kehampaan.

Tetapi Cora-san menitiskan air mata untuk aku. Dia sebut nama aku seolah-olah seperti suara yang sedang memerahkan air mata di mukanya.

Aku ingatkan dunia ini adalah neraka dan aku tak patut letakkan harapan pada apa-apa pun, tetapi Cora-san membuatkan aku percaya dengan orang, dengan kemanusiaan sekali lagi.

Walaubagaimanapun, tubuh aku masih tak mahu melangkah ke depan. Memang menakutkan apabila memasuki pekan yang penuh dengan orang.

Takut apabila dijauhi lagi. Mungkin akan lebih sakit daripada pengalaman yang dulu. Apabila terfikir pasal ini lutut aku menggeletar.

Tetapi, entah macam mana aku paksa kaki aku melangkah ke depan dan akhirnya masuk ke pekan. Aku panggil seseorang yang tengah menyodok salji di depan.

“Um, maafkan aku…”

“Oi, muka awak…”

…!

Mereka dah perasan tentang penyakit Amber Lead. Expresi muka yang sangat aku kenal. Jijik. Mata yang mengatakan aku tiada hak untuk hidup.

“T-tunggu!” Aku abaikan jeritan perempuan yang suruh berhenti dan berlari keluar dari pekan. Aku tak ada keberanian untuk meneruskan perbualan.

Aku memang tak guna.

Cora-san, kau berikan aku semua rasa sayang dan cinta yang kau ada tapi nampaknya aku masih tak boleh percaya pada orang.

Aku melilau tanpa tujuan sehinggalah aku ternampak sebuah gua di tepi pantai dan masuk ke dalamnya. Sekurang-kurangnya di sini aku boleh melarikan diri dari kesejukan. Perut aku berkeroncong. Makanan, aku perlukan makanan.

Dahan-dahan kering, tak kena salji bergelimpangan dengan banyak di atas tanah berhampiran gua. Dahan tebal dan nipis. Aku pilih dahan tebal dan kumpulkannya, kemudian hidupkan api. Kelakar, tak sangka kemahiran hidup yang aku belajar sewaktu bersama keluarga Donquixote berguna pada masa sekarang. Gurauan apa macam ini.

Aku halakan tangan aku ke arah api yang marak. Sangat hangat.

Tapi ini bukannya masa untuk berehat. Aku perlu memburu daging, tapi dengan keadaan aku macam sekarang ini, itu bukanlah satu perkara yang boleh dibuat. Aku ambil ranting dan ikatkan tali di hujungnya, kemudian gali tanah untuk cari cacing, ikatkan mereka di hujung tali dan campakkannya di atas tebing. Walaupun dengan joran mudah macam ini aku berjaya tangkap beberapa ikan besar.

Aku sangat lapar sampai tak boleh tahan lagi.

Aku cepat-cepat pulang ke gua, keluarkan isi perut ikan dan cucukkan mereka pada ranting dan letakkan mereka di atas api. Bau yang sedap mula menyelubungi udara. Dengan ini aku akan dapat tenaga dan semangat aku semula. Kemudian tidur. Nanti, aku akan fikirkan apa nak buat selepas itu.

Tiba-tiba kesakitan yang tajam menyelubungi seluruh badan aku.

Tangan, kaki, kepala, belakang, semuanya sakit. Sakit kuat sampaikan aku hampir menangis. Aku tak boleh bernafas. Jahanam, walaupun aku memang jangka yang ini akan tetap berlaku, tak sangka aku boleh terlupa pasal ini.

Tiga tahun dua bulan. Itulah tempoh masa yang diberikan kepada aku berdasarkan data yang ibu bapa aku tinggalkan tentang penyakit Amber Lead. Tiga tahun tersebut dah berlalu. Aku pernah dapat serangan ini sewaktu aku bersama Cora-san. Walaupun dengan keralatan margin data yang ada, aku mungkin akan mati sekarang ini…

Apa yang aku boleh buat?

Aku pernah makan buah Ope-Ope. Menurut Cora-san, seseorang yang makan buah ini akan menjadi “Manusia Pengubahsuaian” dan memiliki keupayaan untuk menyembuhkan apa-apa penyakit. Tapi ini bukanlah seperti magik yang kau boleh tiba-tiba kuasainya. Dan ia juga bukan bermakna segala penyakit akan disembuhkan pada saat kau memakan buah itu.

Sehingga aku berjaya menguasai keupayaan ini, tak ada apa yang aku boleh lakukan.

“Sial!”

Tanpa berfikir, aku hentakkan buku lima aku ke tanah. Aku rasa macam nak demam. Kematian semakin menghampiri. Aku boleh rasa. Aku tak boleh bergerak… Aku jatuh ke belakang, rasa pening.

Tak bagus. Aku tak boleh putus asa.

Buah Ope Ope adalah nyawa Cora-san, yang jadi kenyataan. Kalau dia tak cari untuk aku, dia tak akan mati. Itulah sebabnya kenapa…

“Itu sebabnya, aku perlu hidup! Kematian dia tak akan sia-sia! Aku tak akan benarkan perkara macam itu terjadi!”

Aku menangis. Aku tak boleh biarkan kebaikan dan senyuman yang Cora-san tunjukkan pada aku kehilangan maksud!

*Bump*

Tiba-tiba, aku rasa jantung aku berdegup.

*Bump. Bump*

Degupan semakin laju.

*Bump bump bump bump bump*

Aku rasakan yang tubuh aku cumalah segumpalan darah yang dipam. Tapi aku tak rasa yang itu bukannya suatu perkara yang buruk. Cuma seperti sebuah keupayaan di dalam badan aku dah mula bangkit.

*Whoom*

Sebuah bunyi kuat kedengaran. Aku perasan yang aku tiba-tiba berada di tengah-tengah dom bulat yang mengelilingi aku.

“Apa benda ini?” Dari dalam dom ini aku rasa yang aku boleh nampak semuanya. Sehingga di dalam badan aku sendiri. Aku tutup mata aku dan cuba untuk menumpukan perhatian. Otak, jantung, paru-paru, perut, usus kecil, usus besar, limpa… Aku boleh rasakan semuanya. Aku boleh rasa di mana mereka berada, bagaimana otot dan saraf bercantum, seolah-olah aku boleh pegang mereka di tapak tangan aku.

“Ini… adalah keupayaan buah Ope-Ope!”

Bukan setakat dalaman sahaja. Semuanya yang berada di dalam dom in boleh “diubahsuai” oleh aku, aku boleh rasakan. Ubah benda dan tukarkan tempat dengan sesuka hati. Di dalam dom ini adalah “bilik bedah” aku.

“Aku boleh buat ini…!”

Api membara pada badan aku yang separuh mati. Aku akan pulihkan penyakit Amber Lead ini. Dengan keazaman baru, aku mulakan kerja.

Dengan menutup mata, aku sekali lagi menumpukan fikiran aku. Amber Lead adalah penyakit yang disebabkan oleh plumbum (lead) berkumpul di dalam badan. Ini bermakna aku perlu keluarkannya sahaja. Aku mulakan dengan memeriksa setiap tempat dengan berhati-hati. Selepas memeriksa hati, aku dapati ada jumlah yang banyak terkumpul di situ.

Aku berpindah ke sebelah tong yang ditinggalkan di dalam gua dan keluarkan hati aku sendiri dari badan aku. Tiada rasa sakit. Aku keluarkan bahagian dalam badan aku seolah-olah itu adalah perkara yang paling biasa dilakukan di dunia. Dan aku letakkan hati aku di atas tong tersebut.

“Mari kita mulakan dengan ini, kemudian.”

Ia bukanlah seperti aku boleh potong hati aku jadi kepingan kecil. Kalau aku buat macam itu, aku yang akan mati, bukan setakat penyakit Amber Lead. Aku perlu mengeluarkan plumbumnya dan letakkan hati aku kembali ke dalam badan aku. Pertama sekali, aku menggunakan kuasa buah syaitan untuk mengumpul semua plumbum dari setiap sudut hati ke satu tempat, kemudian aku keluarkan pisau bedah dari beg aku.

Masanya dah tiba untuk aku gunakan pengetahuan perubatan yang aku pelajari daripada ibu bapa aku dan kajian aku sendiri. Organ manusia takkan perlu rasa sakit, kalau apa yang aku belajar itu betul. Walaubagaimanapun, hati aku masih bersambung dengan diri aku walaupun ianya dikeluarkan oleh kuasa aku, kalau aku mencederakannya aku masih akan merasa sakit.

Aku tarik nafas panjang. Aku tak dapat bayangkan betapa sakitnya ini nanti. Kalaulah aku ada anestetik…

Tetapi, aku sudah bersedia. Aku pegang pisau bedah di tangan kanan aku, dan potong hati aku sendiri.

“Arrrgggh!!”

Kesakitan yang kuat menyelebungi badan aku, seperti kejutan elektrik, dan aku hampir kehilangan kesedaran.

“Hah… hah, hah…”

Tetapi aku tak boleh berhenti. Aku kumpulkan semangat yang ada, dan memotong segumpalan plumbum dalam satu gerakan. Sekali lagi rasa sakit yang tajam merenjat aku. Aku rasa macam aku akan mati disebabkan kesakitan ini.

Namun, aku masih belum selesai. Aku tahu yang aku perlu selesaikan ini dengan sepenuhnya, aku terus ambil jarum dan benang keluar dari beg aku. Selepas menjahit luka di hati aku, aku kembali ke badan aku.

Operasi, selesai.

Setelah mengeluarkan segumpal plumbum dari dalam diri aku, aku dapat rasakan yang sakit dan demam hilang. Operasi ini berjaya, dan nyawa aku selamat.

“Kau nampak aku, Cora-san? Aku gunakan Buah Ope-Ope yang kau curi untuk aku! Terima kasih kepada kau, aku dapat kembali hidup aku! “Di dalam gua itu, aku menjerit dengan kuat. Aku menggeletar, gembira, dan kesakitan itu hilang.

Keletihan dah mengatasi aku ketika aku hanyut dalam kelegaan. Aku tak boleh tidur sewaktu api masih menyala, tetapi aku berada di had maksima aku. Aku hanya perlukan…

Tidur.

Sewaktu aku hanyut kelenaan, aku dapat lihat Cora-san berdiri di hadapan aku. Dia nampak seperti dia yang selalu: penutup hitam di atas kepalanya, solekan bak badut pelik… dan dia tersenyum.

Aku di tempat yang hangat. Diliputi oleh sesuatu yang lembut. Aku samar-samar teringat tentang mimpi gembira tetapi aku lupa pasal apa. Aku perlahan-lahan bangun.

Sebaik sahaja mata aku terbuka, aku sedar aku berada di atas katil yang menghadap siling kayu yang aku tak pernah lihat sebelum ini.

“Di mana aku?”

Aku keluar dari katil dan melihat sekeliling aku. Ada meja dan kerusi di dalam bilik, dengan rak buku penuh, akuarium ikan mas yang sedang berenang, dan tempat api yang sedang terbakar. Entah bagaimana nampaknya aku dah dibawa ke rumah seseorang.

Semasa aku merenung, aku mendengar bunyi berklik dan pintu bilik dibuka.

“Oh, kau akhirnya terjaga.”

Seorang lelaki tua yang aku tak kenal masuk membawa dulang sup. Dia kelihatan berumur kira-kira 60 tahun. Rambut putih disikat ke belakang, bertutup dengan visor merah gelap, dan dia memakai baju tropika dengan seluar pendek dan skaul.

Tak kira macam mana pun, dia kelihatan seperti seorang lelaki tua yang mencurigakan. Selain itu, apa yang dia pakai tak seperti apa yang perlu dipakai di tengah-tengah hujan salji pada musim sejuk.

Tapi apa-apa sajalah. Masalahnya sekarang ialah siapa lelaki ini. Terima kasih kepada rancangan Cora-san, Doflamingo dan keluarga Donquixote mesti fikir yang aku dah diambil oleh Tentera Laut. Tetapi sebaik sahaja mereka tahu budak yang mereka ambil bukanlah aku, mereka pasti akan datang ke Pulau Swallow, menghapuskan seluruh Pulau untuk cuba mencari aku.

Itulah ukuran sejauh mana Doflamingo mahukan kuasa Buah Ope-Ope. Kalau dia meletakkan harga pada kepala aku, pastinya seseorang akan cuba serahkan aku kepada Doflamingo.

Lelaki tua yang berdiri di depan aku mungkin dah menghubunginya, dan keluarga Donquixote mestinya dalam perjalanan ke sini sekarang.

“Kau mesti lapar,” kata lelaki tua tersebut. Dia mendekati aku, dan meletakkan sup di sebelah katil. Bau yang sedap menusuk hidung aku dan aku meneguk air liur dengan kuat. Aku tak makan dah beberapa hari. Aku macam nak melompat ke dalam sup itu.

Tetapi aku tak sentuhnya, sebaliknya mengacukan pisau bedah aku dan melompat ke belakang lelaki tua itu. Aku meletakkan lengan kiri aku di lehernya dan menujukan pisau bedah di lehernya.

“Apa urusan kau, lelaki tua?”

Aku belum pulih sepenuhnya, tetapi tak mungkin lelaki ini boleh mengalahkan aku. Dengan itu dalam fikiran aku, aku ugut apa yang dia mahukan sebenarnya. Tetapi dia langsung tak meronta.

“Baik, baiklah… hah!”

“Wah!”

Dalam sekejap, tubuh aku melakukan pusingan, dan aku terpukul di atas lantai keras. Apa yang baru saja berlaku?

“Aku mungkin dah tua tetapi aku mempunyai tubuh seperti pemuda 20-an. Kau kalah di saat kau berada di belakang aku.”

Lelaki tua itu melemparkan melalui bahunya. Walaupun aku seorang kanak-kanak, aku pernah berlatih bagaimana untuk bertarung dengan keluarga Donquixote. Aku terlalu yakin diri.

Aku bangun dengan cepat dan menghadapi lelaki tua itu. Aku jeling pada dia dengan mata yang luas cuba untuk menipu.

“Kau seperti binatang liar yang kelaparan dengan mata yang macam itu.”

Orang tua itu tak cuba menyerang dan hanya mengambil sudu dari mangkuk sup. Kemudian dia dekatkan sudu ke arah aku.

“Makanlah. Kau hampir mati membeku. Kau perlu mendapatkan tenaga dalam diri kau.”

Ia kelihatan sedap. Sup berwarna coklat cair dengan daging yang boleh jadi ayam atau daging lembu. Ia bersama dengan sayur-sayuran berwarna-warni, mencetuskan selera makan aku.

Tapi… aku takut. Dia boleh bancuhkannya dengan serbuk tidur supaya aku tidur lagi dan melengahkan masa sehingga Doflamingo tiba di sini. Aku perlu berhati-hati. Aku tak boleh biarkan diri aku leka.

“Aku rasa kau fikir ada sesuatu yang pelik di dalamnya, ya. Tak percaya orang yang tak dikenali?”

Aku tak cakap apa-apa, bertekad untuk tak menjauhkan jelingan aku dari lelaki tua itu. Aku nampak dia meletakkan sudu itu ke mulutnya sendiri. Satu, kemudian dua hirupan dia menelannya dengan penuh nikmat.

“Kau sepatutnya dapat tahu sekarang yang tiada racun di dalamnya. Kau baik-baik saja. Aku bukan musuh kau. Aku juga tak berpihak kepada “keadilan”, tetapi aku bukan lah seperti sampah yang cuba untuk membuat tawaran dengan seorang budak yang hampir mati. ”

Pada masa itu, lelaki tua itu menghala sudu kepada aku lagi. Tanpa berfikir aku menangkapnya dengan tangan kiri aku. Di sebelah kanan aku, pisau bedah itu masih diacukan kepada lelaki itu, dan aku menghirupnya. Rasa yang enak mengisi mulut aku. Aku seolah-olah dapat merasakan makanan menyelinap ke seluruh tubuh aku.

Aku tiba-tiba sedar yang aku sedang menangis. Sup itu sangat sedap, begitu hangat, ia membuatkan aku sedar yang hidup aku dah diselamatkan. Semua perasaan itu berkecamuk bersama, dan aku tak dapat menahan air mata.

“Sial… Memang sedap. Sangat sedap!”

Apabila aku dah rasa sup itu, aku tak dapat berhenti. Aku turunkan pisau bedah ke sisi aku dan habiskan sup, daging dan sayur-sayuran dan semuanya. Mungkin rasa lapar yang tengah berbicara, tetapi itulah sup terbaik yang pernah aku makan.

“Aku akan ambilkan lagi.” Lelaki tua itu ketawa.

Dia cakap ia seperti seseorang yang mengambil kucing yang liar yang akhirnya mula percaya pada dirinya.

Aku mandi di atas desakan lelaki tua itu. Oh, dah berapa lama sejak kali terakhir aku mandi. Satu-satunya kenangan yang bermain di kepala aku adalah berjalan pada waktu luruhnya salji, mencari “pekan berhampiran”. Buat pertama kalinya, aku sedar betapa nikmatnya mandi air panas.

“Ahh …”

Sewaktu aku membasuh diri aku, aku melihat di cermin dan ternampak sesuatu yang amat berbeza tentang diri aku.

“Ia dah hilang… Kulit yang mengelupas dari penyakit Amber Lead, ia dah kembali normal!”

Aku menyentuh seluruh muka aku, memastikan yang penyakit itu dah hilang sepenuhnya. Aku rasa lega, seolah-olah macam aku tak pernah terfikir dalam hidup aku yang aku tak perlu lagi takut dengan penyakit Amber Lead.

Seluruh badan aku dalam keadaan tenang dan aku terus menyelami perasaan air yang hangat.

Apabila aku keluar dari bilik mandi, pakaian baru menunggu aku. “Baju itu kepunyaan anak aku. Nasib baik aku masih simpannya lagi. Mereka dah besar dan sepatutnya tak jadi masalah pada mereka.”

Selepas menyalin pakaian, lelaki tua dan aku duduk menghadap satu sama lain. Tak seperti sebelumnya, tak ada suasana bahaya yang akan berlaku. Seolah-olah perasaan curiga aku tentang orang tua itu dah hilang.

“Jadi…”

“Apa?”

“Betul ke kau… selamatkan aku?”

“Hah. Waktu aku kembali ke pekan, aku terdengar jeritan yang datang dari sebuah gua. Aku pergi siasat dan nampak seorang kanak-kanak berbaju koyak rabak pengsan, keseorangan. Aku tak boleh biarkan kau mati, nanti aku tak boleh tidur. Jadi aku bawa kau ke sini, dan meletakkan kau di atas katil.

“Macam itu ke.”

Jadi lelaki tua ini tak mempunyai apa-apa kaitan dengan Doflamingo, tak minat dengan ganjaran buruan; dia hanya menyelamatkan aku dengan kehendaknya sendiri. Tiba-tiba aku berasa bersalah.

“Oi, orang tua.”

“Hm?”

“Terima kasih kerana menyelamatkan aku.”

“Memang budak yang pelik! Budak, dalam dunia ini kita perlu memberi dan menerima. Kau berhutang dengan aku sekarang. Ingat itu.”

“Baik.”

“Sekarang ceritakan kisah kau, dan aku akan anggap hutang dah dilunaskan. Kenapa seorang kanak-kanak bersendirian di sebuah gua dengan cuaca yang macam ini? Mesti ada sebab.”

Aku mula secara perlahan menerangkan bagaimana aku terjerumus ke dalam situasi yang dia cakapkan, dari sudut pandangan aku. Aku beritahu dia tentang aku yang membesar di “White Town” Flevance, belajar tentang perubatan dari ibu bapa aku. Aku beritahu dia tentang wabak penyakit Amber Lead dan sikap kerajaan yang enggan membantu. Tentang perang yang berlaku, dan bagaimana ibu bapa, kakak dan sahabat aku dibakar hidup-hidup.

Aku jelaskan bagaimana aku kehilangan harapan di dunia dan menyertai kru lanun, dan bagaimana penyelamat aku, seorang lelaki bernama Corazon membantu aku.

Semasa aku menjelaskan semua perkara ini, aku terasa seperti sebuah beban hilang, seolah-olah aku memang menunggu untuk memberitahu seseorang tentang semua ini. Walaubagaimanapun, aku memilih untuk tak cakap apa-apa mengenai Ope-Ope Fruit. Aku takut lelaki tua itu akan berfikir aku seorang yang pelik, atau cuba untuk mencurinya untuk ganjaran wang, atau menukar tingkah lakunya pada aku dengan cara apa pun.

Aku hanya beritahu dia seorang doktor yang hebat berjaya menyembuhkan penyakit Amber Lead aku.

Apabila aku selesai ceritakan semuanya, lelaki tua itu menyilangkan tangannya dan mendesah, sambil berfikir dengan dalam. “Macam itu ke. Budak, kau dah jalani kehidupan yang lebih dari mana-mana kanak-kanak yang sepatutnya tidak diberikan hak seperti itu. ”

“Aku bukan ‘budak lelaki’. Nama aku Trafalgar Law. ”

“Law, ya. Kau diberi nama yang baik. Jadi sekarang kau sendirian dengan tiada tempat untuk dituju dan tak ada objektif dalam fikiran, betul kan?”

Objektif. Memang aku tak pasti. Sehingga kini, semua yang aku fikirkan adalah nak terbalikkan dunia bersama aku. Kemudian, dengan Cora-san, tujuannya adalah untuk menyelamatkan nyawa aku, tetapi itu tak lagi jadi satu masalah untuk aku, jadi aku tak dapat fikir apa yang aku mahu atau perlu lakukan.

“Apa yang kau nak buat?” Lelaki tua itu bertanya.

“Aku tak tahu,” jawab aku.

“Jadi…” lelaki tua itu menampar tangannya di atas lututnya. “kau patut tinggal di sini sampai kau boleh fikirkannya.”

“Itu bukan masalah?”

Apa yang dia cakapkan aku lega mendengarnya. Aku selama ini berada di tanah asing berseorangan, terlalu takut untuk pergi ke pekan… Untuk ditawarkan katil hangat dan makanan selama-lamanya adalah bantuan yang sangat diperlukan.

“Tetapi ingat. Kehidupan adalah memberi dan menerima! Itulah kepercayaan aku, jadi kau akan bantu aku juga. Melakukan cucian dan pembersihan, serta menolong aku di ladang. Ada banyak kerja yang boleh aku bagi kau buat. Aku akan memberi kau tempat yang selamat untuk hidup, dan kau akan memberi aku tenaga kau. Ada masalah tak dengan ini?”

Apa halnya dengan kau, lelaki tua? Cara dia cakapkannya membuatkan dia kelihatan seperti dia tak mahu kelihatan baik. Ia begitu aneh sampaikan aku tersenyum tanpa berfikir.

“Oh, kau akhirnya menunjukkan senyuman kepada aku.” Selepas itu, lelaki tua itu tertawa dengan gembira.

“Cakaplah, apakah pekerjaan yang kau buat, orang tua? Aku taknak bantu merompak orang atau apa-apa. ”

“Bodoh. Kau ingat aku orang yang macam mana? Aku tak akan buat sesuatu yang macam itu. ”

“Aku tak tahu apa-apa tentang kau atau orang yang macam kau.”

“Oh betul. Aku tak lagi kenalkan diri aku sendiri. Pasang telinga kau dan dengar ini! Nama aku adalah Wolf. Satu-satunya pencipta genius Wolf!”

“Pencipta genius? Kau?” Aku tengok visor matahari dan kemeja yang dipakainya. Dia nampak seperti seorang lelaki penipu daripada seorang pencipta.

“Nampaknya kau tak percaya. Tunggu di sini.”

Lelaki tua itu meninggalkan bilik dan kembali dengan memegang kotak barang yang aneh. “Aku akan bagi kau tengok secara percuma. Cepatlah tengok ciptaan mulia aku! Tengok sini, ini adalah ‘Hot Spring Anytime! Versi 1’! Dengan ini, kau dengan serta-merta boleh menukarkan air walaupun air paling sejuk menjadi air panas. Tak perlu lagi menghabiskan masa memanaskan air mandi!”

“Ahh …”

Aku rasa ianya memudahkan. Tak sangka lelaki tua yang pelik ini mampu mencipta sesuatu seperti ini.

“Tapi ia mempunyai sedikit kecacatan. Tak ada cara untuk menetapkannya pada suhu tertentu, jadi ia akan mendidihkan air sehingga ia mengewap.”

“Kan itu sia-sia!”

“Tunggu, tunggu, tunggu! Itu bukankan semua apa yang aku ada. Macam mana pula dengan ini? ‘Super Cleaner! Versi 3’! Ia bertindak balas terhadap kehadiran kotoran dan sampah dan akan menyedut semuanya. Cuma tinggalkannya dan rumah kau akan bersih dalam masa yang singkat!”

“Ahh…”

“Tetapi pun ada kecacatan. Kalau kau meninggalkannya selama lebih daripada tiga minit, ia akan meletup, termasuk rumah kau sekali”

“Ini bukan setakat cacat! Benda macam ini adalah sampah.”

“Kau tahu, versi pertama yang ini tak dapat bezakan antara sampah dan apa yang bukan sampah. Ia hampir makan kaki aku.”

“Berhenti! Itu menakutkan.”

Orang tua itu terus menunjukkan kepada aku ciptaan-ciptaannya, tetapi semuanya adalah alat-alat yang tak berguna dan cacat. “Baiklah, dengan itu aku harap kau dah faham ke’genius’an aku.”

“Aku masih tak faham apa sebenarya yang genius sebab kau langsung tak genius.”

“Apa-apa pun, mulai esok, kau akan bantu aku dengan penyelidikan aku. Kau perlu ingat apa yang berbahaya dan apa yang tak bahaya.”

Serius? Kerja ini boleh bunuh aku, dalam fikiran aku sambil menghela nafas. Tapi apa-apa sajalah.

“Oi, Encik Sampah (Mister Junk).”

“Itu lebih buruk daripada ‘lelaki tua’!”

“Aku masih belum membalas budi kau kerana menyelamatkan nyawa aku. Lagi, aku sangat bersyukur sebab kau benarkan aku tinggal di sini. Jadi, aku terhutang sangat pada kau.”

Dengan itu, aku menghalakan tangan kanan aku. Wolf mendengus dalam ketawa dan menggoncang genggaman bersama.

“Aku akan bekerjasama dengan kau! Kalau tak, ia bukannya ‘memberi dan menerima’!”

Aku dah memulakan hidup aku dengan Wolf. Aku bangun pada waktu subuh untuk membantunya dengan kerja-kerja penternakan dan ciptaannya. Aku akan membaca banyak buku-buku, makan makanan yang hangat, dan juga berlatih dengan pedang yang dipinjamkannya kepada aku. Dan pada waktu malam kami akan bersembang dan ketawa bersama.

Ia adalah kehidupan seharian yang normal, tenang dan damai.

Kerja ladang paling mengejutkan aku. Musim sejuk di Pulau Swallow sangat panjang, dan sejujurnya, memang mustahil untuk menanam sayuran. Walau bagaimanapun, Wolf ada membina rumah hijau di belakang rumahnya dan mencipta peranti untuk mengawal suhu dan pencahayaan di dalamnya, supaya kita dapat bertani dan menuai sepanjang tahun.

“Apa pendapat kamu, Law? Dengan ‘Veggie Veggie! Versi 7 ‘, kau boleh menuai sayur-sayuran dari rumah hijau! Aku mahu tanam lebih banyak dan nanti menjualnya di pekan!”

Namanya memang teruk, tapi ia sememangnya ciptaan yang hebat. Selain itu, perasaan dapat membantu orang lain dengan ciptaan seperti ini bukanlah sesuatu yang teruk jika difikirkan semula.

Ada hari tertentu, kami pergi berburu bersama. Pertama kali seekor babi hutan muncul aku bimbang dengan lelaki tua itu, tetapi Wolf sangat cekap dengan senapang, dan membunuh babi itu dengan satu serangan. Aku cuba tanya kepada dia macam mana dia boleh begitu cekap dengan senjata api, tetapi dia balas dengan menceritakan yang dia pernah belajar menguruskannya pada masa lepas. Aku tak meneruskan pertanyaan aku lagi.

Wolf adalah seseorang yang boleh aku makan bersama, ketawa, dan bercakap tentang pelbagai subjek, tetapi aku tahu ada kalanya aku tak patut berlebih-lebihan. Dan Wolf juga tahu untuk tidak menganggap aku seperti seorang kanak-kanak. Ia adalah hubungan yang sempurna untuk aku.

Sekali seminggu, Wolf akan pergi ke pekan untuk menjual sayuran dan ciptaannya, kemudian membeli apa sahaja yang kami berdua perlukan dengan wang itu. Aku tak pernah pergi bersama dia. Aku lebih suka tinggal di sini. Aku tak ada sebarang sebab untuk berinteraksi dengan penduduk pekan. Yang sepatutnya tak ada alasan.

Apabila Wolf keluar dari rumah, aku akan membaca buku tentang perubatan, dan bila aku bosan, aku akan pergi berjalan-jalan untuk menenangkan kepala aku. Selepas sebulan Wolf menjaga aku, aku akhirnya dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan normal. Tetapi aku masih belum menemui “objektif” aku. Mungkin aku tak rasa perkara itu penting.

Ketika aku memikirkan perkara-perkara ini di salah satu waktu aku bersiar-siar, aku menghampir pintu masuk ke hutan dan ternampak seekor beruang kutub besar dan dua orang budak lelaki.

“Berhenti! Tolong berhenti!”

Beruang kutub bercakap…? “Apa yang tengah berlaku?” Tak sepatutnya ada beruang yang boleh bercakap di dunia ini. Tetapi, aku pernah dengar rusa yang bercakap sebelum ini, jadi aku rasa beruang bercakap adalah perkara yang tak mustahil.

Keadaan itu nampak teruk. Kedua-dua budak lelaki itu menendang beruang dari belakang tetapi dia tak menentangnya.

“Heh heh! Kau terlalu lemah sebagai seekor beruang!” Kata budak lelaki yang memakai casquette (topi) dan berambut coklat sambil menumbuk kepala beruang.

“Cepat bangun dan balik ke hutan!” Budak lelaki lagi yang juga memakai topi dengan perkataan PENGUIN di atasnya berulang kali menumbuk beruang itu.

…Memang sekumpulan budak yang teruk.

“Tch.”

Adegan teruk yang berlaku depan mata aku tanpa sedar menyebabkan aku terkatup lidah. Kedua-dua budak lelaki itu dengar bunyi itu dan berpaling ke arah aku.”

“Siapa kau? Cuma merenung! Kau ada nak cakap sesuatu?” Budak lelaki yang memakai casquette (topi dalam bahasa Perancis) meludah seperti samseng.

“Tak. Aku tak ada apa hal dengan kau ataupun beruang termasuk apa sahaja yang kau buat pada dia.”

“Jangan sombong! Aku tak suka sikap kau. Tetapi aku akan melepaskannya kalau kau tinggalkan semua barang-barang berharga kau. “Orang yang mempunyai topi penguin itu pula berdepan dengan aku.

Memang ada orang yang menjengkelkan seperti ini tak kira di mana kita berada, ya.

“Aku cakap berhenti merenung!” Kedua-dua budak lelaki itu mengeluarkan pisau dan pemukul masing-masing dan berdepan dengan aku.

“ROOM” aku sebut dengan suara yang perlahan. Sebuah kubah bulat tersebar, dengan aku ditengah-tengahnya.

“A-Apa benda ini?!”

“Kita ditutup?!”

Memang bagus. Setiap kali Wolf tak ada, aku dah mengasah kemahiran aku dengan Buah Ope-Ope. Aku boleh bergerak dan mengawal apa-apa dalam bulatan. Dengan itu, aku ambil dua batu di kaki aku, dan balingkannya ke udara. Kemudian…

“Shambles.” Aku bertukar tempat dengan budak lelaki dan batu. Budak lelaki bercasquette (topi) dan budak lelaki bertopi penguin berada di udara dalam sekejap dan jatuh ke tanah, kemudian pengsan.

“Hm.” Aku rasa kuasa ini bukan sahaja untuk tujuan perubatan, dan ia juga boleh digunakan untuk pertarungan, nampaknya ia jadi lebih baik dari sangkaan. Aku tak akan rasa betul kalau aku dah terbunuh mereka, jadi hanya untuk memastikan, aku rasa nadi mereka. Mereka cuma tak sedarkan diri, dan mungkin akan bangun tak lama lagi.

Baiklah, masalah selesai. Tak lama lagi Wolf akan pulang ke rumah. Aku patut mula menyediakan makan malam. Sebaik sahaja aku berpaling ke belakang, beruang kutub menyambar aku dari belakang.

“T-tunggu.”

“Apa yang kau mahu?”

“Um, terima kasih kerana selamatkan aku. Aku sangat takut sampai aku tak boleh bergerak!”

“Mereka datang serang aku dan aku hanya mempertahankan diri aku. Aku tak tolong kau. ”

“Tapi masih! Aku rasa sangat gembira! ”

Selepas cakap macam itu beruang kutub mulai menangis sambil masih memegang pakaian aku. Memang menjengkelkan.

Oleh kerana dia tak kelihatan seperti dia akan melepaskan aku dalam masa terdekat, aku dengan tak sepenuh hati mengajak dia ke gua berhampiran supaya boleh bersembang.

“Kenapa kau tak melawan? Kau beruang, kan? Macam mana kau boleh kalah dengan sekumpulan budak macam itu…”

“Mereka bercakap dengan aku.”

“Itu sahaja?”

“Aku ingatkan kita boleh berkawan bersama.”

“Kau fikir macam itu walaupun mereka memukul kau?”

“Ya. Aku ingatkan kalau aku hanya membiarkan mereka pukul aku, kita mungkin boleh menjadi teman. ”

Teman. Ia adalah perkataan yang aku tak pernah dengar dalam masa yang lama. Aku tak mempunyai siapa-siapa lagi. Mereka semuanya terbakar dalam api. Aku tiba-tiba teringat ahli keluarga dan ahli gereja aku ketika mereka masih hidup. Mereka bukanlah orang yang jahat.

Apabila fikiran aku melayang, aku mula berfikir kenapa beruang kutub ini ada di sini, seorang diri. Sebenarnya, bila difikirkan semula, dia mungkin seperti aku dulu. Aku semakin sedikit tertarik dengan keadaan dia.

“Cakaplah, kau tinggal di sini?”

“Tak, aku hanya sampai ke pulau ini semalam. Aku tak kenal sesiapa, dan aku tak mempunyai tempat tinggal.”

“Dari mana kau datang?”

“Um, adakah kau tahu Dunia Baru (New World)?”

“Aku pernah dengar.” Dari keluarga Donquixote. Aku belajar pelbagai maklumat mengenai lautan dari mereka. Dunia Baru adalah separuh lagi Grand Line. Lanun-lanun yang mencari One Piece perlu mencari jalan mereka di sana nanti.

“Kau betul-betul datang ke sini dari Dunia Baru?”

Beruang kutub mengangguk. Nampaknya “normal” di Dunia Baru adalah sesuatu perkara yang amat menakjubkan. Arus laut, cuaca, kemagnetan. Segala pengetahuan pelayaran adalah merupakan kecaman di Dunia Baru. Itulah yang diberitahu oleh Doflamingo kepada aku. Ia adalah tempat di mana lanun biasa dan penjelajah tak dapat berlayar dengan hanya kapal biasa.

Dan boleh sampai ke Pulau Swallow di North Blue…

“Kau datang ke sini dengan kapal kau sendiri?” Kalau ya, ini bermakna beruang ini seorang penunjuk arah yang hebat.

“Sudah tentulah tak. Aku tahu sedikit sebanyak tentang navigasi tetapi… Um, ada sebuah pulau yang dipanggil Zou di Dunia Baru. ”

“Zou? Nama yang aneh. Itu kampung halaman kau?”

“Ya, aku tinggal di sana dengan jenis aku, suku kaum Mink. Ia sangat aman di Zou, dan aku sangat baik dengan keluarga aku tetapi, suatu hari, abang aku hilang.”

“Dia tak cakap yang dia keluar?”

“Tiada apa-apa, tak ada sepatah perkataan pun. Jadi aku memutuskan untuk mencari dia dan naik kapal. Tetapi apabila aku sedar ia adalah kapal yang salah, aku sudah berada di North Blue…”

“Satu kesilapan yang agak besar juga itu.”

“Ya, lagi kapal itu bergoncang dengan teruk, dan hampir terkena kilat, aku ingatkan aku akan mati!”

“Hah hah, kau bodoh. Aku rasa beruang yang bercakap masih tetap seekor beruang biasa.”

Sebaik sahaja aku cakap yang tadi, beruang kutub tiba-tiba berdiri, mengambil tali dari tanah dan mengikatkannya di leher dia.

“Tunggu tunggu! Kau nak mati?!”

“Mungkin aku perlu mati. Seorang yang bodoh seperti aku lebih baik mati.”

“Aku bergurau. Ia adalah satu jenaka! Kau cepat sensitif. “Aku ambil tali dan melemparkannya ke tepi untuk cuba menenangkan beruang yang sedih itu. Kalau dia mati sebab jenaka bodoh aku tak dapat hidup dengan diri aku sendiri.

“Baiklah, jadi, kau tak ada tempat tinggal, kan?” Aku tanya dia.

“Tak. Aku nak sangat dapatkan kapal untuk kembali ke Dunia Baru, tetapi sangat sukar untuk mencari kapal yang menuju ke tempat yang sangat berbahaya. Aku tak boleh bawa kapal seorang diri; dengan kemahiran navigasi aku, aku akan terjerumus dalam ribut dan mati.”

“Kalau macam itu, aku rasa ‘objektif’ kau adalah untuk mempelajari ilmu navigasi dan pelayaran supaya kau boleh keluar lagi dan mencari abang kau.”

“Betul juga.”

“Baik. Ikut aku.”

“H-Hah?”

Aku tak menghiraukan beruang kutub yang teragak-agak dan mula berjalan. Dia tak lama kemudian datang mengejar aku.

“Jadi, nama?”

“Oh, nama abang aku ialah Zepo. Dalam bahasa Mink ia bermakna ‘kacak’!”

“Maksud aku nama kau, bagitahu nama kau!”

“Oh, aku?! Aku Bepo!”

“Bepo, ya. Bagus, senang disebut. Aku Law. Trafalgar Law.”

“Law…”

“Okay, sekarang tutup mulut dan buat apa yang aku cakapkan, Bepo. …Apa? Aku tak akan cuba memburu atau makan kau.”

“K-kau pasti? Kau tak akan panggil sekumpulan orang untuk jadikan aku beruang rebus atau apa-apa?”

“Kenapa aku nak buat macam itu?!”

Kami berjalan selama tiga puluh minit dan kembali ke rumah. Wolf sudah ada di sana.

“Oi, Encik Sampah (Mister Junk)”

“Berapa kali aku perlu beritahu kau, bukan ‘Mister Junk’, tapi ‘Pencipta Genius Wolf’!… Apa halnya dengan beruang besar ini?!”

“Oh, ini Bepo. Dia beruang kutub dan dia sesat. Dia akan tinggal di sini sekarang, jadi berbaiklah.”

“Kau tak fikirkan pasal kebenaran pemilik rumah?!”

“Maksud aku, dia pun boleh beri bantuan dengan kerja-kerja yang ada.”

“Ah, hello. Aku Bepo. Dia bawa aku ke sini tanpa menjelaskan apa-apa…”

“Dia bercakap!!!”

“Jangan begitu kuat, Encik Sampah (Mister Junk). Jadi, boleh tak dia tinggal di sini?”

“Aku pasti kau bawa dia ke sini dengan bersebab, kan.”

“Mungkin.”

“Sekurang-kurangnya beritahu aku butirannya.”

Aku mengambil masa kira-kira satu jam bercakap dengan Wolf mengenai Bepo sambil kami bertiga duduk di sofa. Wolf bertanya kepada Bepo tentang masa lalu dan keluarganya. Setelah perbualan demi perbualan, dia pergi ke dapur dan membuat teh untuk kami bertiga, dan kami minum dengan senyap.

Bepo kelihatan kurang gementar sewaktu minum tehnya. Tetapi memang sedikit pelik apabila seekor beruang minum teh dari cawan.

“Aku rasa aku faham sekarang,” Wolf memecah kesunyian tiba-tiba. “Kau nak belajar lebih lanjut tentang navigasi dan cari abang kau. Aku tak sangka beruang bimbang tentang keluarga mereka, tetapi, itu bukanlah satu motif yang mencurigakan atau apa-apa. Lagipun kau jawab semua soalan aku. Dan kau tak kelihatan seperti jenis mereka yang teruk.”

“Jadi …?”

“Jadi kau boleh tinggal di sini. Tetapi! Jangan lupa memberi dan menerima! Bepo, aku akan buat kau bekerja bahagian yang adil juga! Jangan harap untuk makan secara percuma! Dan kalau kau tak bekerja, aku akan tendang kau keluar, faham?!”

“A-Aye-aye! Roger! Aku akan melakukan yang terbaik untuk jadi berguna!”

Wolf pergi ke bilik tidurnya, mendengus dan bergumam tentang bagaimana hidupnya yang tiada apa-apa tetapi menjaga budak-budak sekarang. Aku rasa aku akhirnya mula memahami dia. Dia mendengkur apabila dia dalam keadaan gembira.

Bepo dan aku tidur di bilik yang sama. Aku berhak di atas katil sebab aku tiba di sini dahulu, dan aku meletakkan tilam di atas lantai untuknya.

“Oi, Law, kenapa kau begitu baik pada aku?” Bepo tanya dengan suara yang perlahan selepas aku mematikan cahaya.

Kenapa aku baik? Aku pun tak tahu.

“Sebab aku rasa nak buat macam itu,” adalah apa yang aku boleh balas. Seolah-olah yakin dengan jawapannya, Bepo tak lama kemudian mula mendengkur.

Mungkin sebab aku tersangkut dengan cerita kau pasal keluarga kau.

Kadang-kadang aku terfikir tentang apa sebenarnya keluarga. Aku ada bapa aku, yang mengajar aku perubatan, ibu aku, sentiasa baik, dan kakak aku, Lami, yang tak pernah berhenti tersenyum walaupun ketika dia menderita penyakit Amber Lead. Betul, lama dulu aku mempunyai sebuah keluarga.

Tetapi sekarang semua orang mati.

Aku buangnya dari kepala aku bila aku nakkan dunia rasa putus asa aku. Sekarang, aku dah mula keliru. Dengan kebaikan Wolf terhadap aku dan aku ke arah Bepo… Nampaknya seolah-olah aku mula mempercayai orang lagi.

Semuanya terima kasih kepada Cora-san aku dapat sampai ke tahap ini. Semua terima kasih kepada lelaki yang menyerahkan hidupnya sendiri yang berusaha menyelamatkan aku.

Apa sebenarnya Cora-san pada aku? Kami tak mempunyai hubungan darah, dan kami bahkan tak saling mengenali satu sama lain. Namun, entah bagaimana, kami adalah keluarga. Cinta yang dapat dirasakan tanpa sebarang kata-kata.

Aku tertanya-tanya kalau aku boleh “suka” seseorang seperti itu lagi. Kalau aku tinggal bersama Encik Sampah (Mister Junk) dan beruang, bolehkah aku membesar “mencintai” mereka? Atau adakah ia akan terus menjadi hubungan memberi dan menerima, seperti kata orang tua, di mana kita sebenarnya hanya menggunakan satu sama lain?

Yang manakah yang akan jadi? Mana yang patut?

Tak kira macam mana aku fikir, aku takkan dapat jawapannya. Walaupun aku biarkan masa berlalu, aku mungkin tetap tak akan tahu jawapannya.

Sebulan berlalu dan salji tak menunjukkan sebarang tanda untuk berhenti. Menurut Wolf, panas di Pulau Swallow hanya satu perempat tahun. Ia bukanlah begitu penting sebab aku dah terbiasa dengan sejuk. Tambahan pula, berlatih pedang atau bekerja di ladang memanas aku dengan cukup untuk mengeluarkan peluh. Dan memandangkan Bepo seekor beruang kutub, cuaca sejuk jelas tak memberikan apa-apa kesan pada dia.

Bepo lebih teliti daripada apa yang aku nampak. Dia bukan sahaja membantu dengan kerja Wolf, tetapi juga memasak dan melakukan cucian, dan apabila dia tak buat kerja itu, dia belajar navigasi. Memang beruang yang sangat berguna.

Pada suatu hari, sewaktu Wolf di dalam bilik eksperimennya, Bepo dan aku mengumpulkan sayur-sayuran di rumah hijau. Kita boleh bertanam walaupun pada musim sejuk, dan juga menyebarkan pertumbuhan. Aku memang berterima kepada pencipta rumah hijau ini; ia memang sesuatu yang luar biasa.

“Laaaw! Bolehkah aku menuai plum ini juga?”

“Tak, bodoh! Apa kau nak buat umeboshi dengannya?”

“Sudah tentulah. Umeboshi sangat sedap! Ia terbaik dimakan bersama onigiri.”

“Berhenti! Jangan cakap tentang umeboshi depan aku lagi! ”

“Hee! O-Okay, aku faham! Cuma jangan jerit pada aku… ”

Bagus, dia kecewa lagi. Beruang kutub yang sensitif. Dia mulakan dulu pasal umeboshi. Apa entah kelebihan benda tu? Membuatkan lidah kau rasa gatal. Bagi aku, itulah buah syaitan yang sebenar.

Tapi apa-apa sahajalah; orang tua pasti akan tuainya nanti, dan mereka berdua boleh makan tanpa aku.

Tiba-tiba, ada letupan yang kuat.

Ia datang dari arah hutan. Ia mesti besar, sampai boleh dengar dari jarak ini.

“Law!”

“Ya, mari pergi, Bepo!” Kami meninggalkan rumah hijau dan berlari ke arah hutan. Ketika kami semakin dekat, aku dapat lihat segumpalan asap yang besar naik dari satu tempat.

Aku tak tahu apa yang dah berlaku, tetapi mungkin ada musuh. Bepo dan aku berada dalam keadaan berjaga-jaga, cuba sesenyap mungkin ketika mencari sumber asap. Aku dengar suara. Kanak-kanak menangis.

Kami berjaya mencari jalan dan menemui dua kanak-kanak yang diliputi darah, menangis dan menjerit. Tunggu, mereka macam biasa nampak… Ia adalah dua orang lelaki yang pernah membuli Bepo sebelum ini. Casquette berdarah dari sisi perutnya, dan Topi-Penguin lagi teruk; lengan kanannya dah meletup di siku.

Sial. Seorang doktor perubatan muda pun boleh tahu dengan segera yang kalau mereka ditinggalkan seperti ini mereka akan berdua mati.

“Bepo! Dapatkan budak lelaki Casquette di belakang kau. Aku akan bawa Topi-Penguin. Kita akan bawa mereka ke rumah supaya dapat menyembuhkan mereka! ”

“Y-Ya! Jom selamatkan mereka! “Bepo tak teragak-agak mengangkat budak lelaki itu, walaupun pernah dibuli oleh kedua-dua mereka sebelum ini.

Kami mula berlari, dengan kedua-dua budak lelaki di belakang kami, dan aku juga memegang tangan Topi-Penguin yang putus.

“Memang… sangat… sakit…”

Dia kehilangan banyak darah tetapi sekurang-kurangnya dia masih sedar dan tahu.

“Kami… diserang oleh babi hutan…”

“Diam! Berhenti bercakap dan jangan bergerak “Topi-Penguin berhenti bercakap, dan aku bergegas ke rumah.

“Hah… hah, hah…” Semakin sukar untuk bernafas. Berjalan dengan kelajuan penuh dengan membawa orang lain di belakang aku memang tak begitu mudah. Tetapi selepas melihat luka-luka lelaki itu, aku tahu aku tak mempunyai masa untuk dibazirkan.

Aku tendang pintu, dan masuk rumah.

“Law! Apa yang kau buat bawa lebih banyak orang?! Tunggu, mereka mandi darah!”

“Mereka berdua cedera parah. Izinkan aku beroperasi di sini!”

“Faham! Aku akan rebus sedikit air. kau beri tumpuan kepada apa yang perlu kau perlu lakukan!” Wolf cepat bertindak selepas dengar betapa seriusnya aku bercakap.

Kedua-dua budak lelaki itu duduk di ruang tamu, dan aku pergi ke bilik tidur aku untuk mengambil peralatan aku. Apabila aku kembali, Bepo bertanya, “L-Law… apa yang boleh aku lakukan?” Suaranya sangat gementar.

“Aku akan mulakan dengan badan Casquette. Kau perlu menghentikan pendarahan Topi-Penguin! Ikat tali di hujung lengannya, ketat, dan tahan! Kemudian letakkan lengannya yang terputus dalam beg plastik dan letakkan di dalam air berais!”

“Aye-aye!”

Aku mengangkat budak yang memakai Casquette ke meja dan periksa untuk mengetahui betapa dalam lukanya. Okey, tak terlalu parah. Dia kehilangan banyak darah tetapi organnya tak cedera parah. Aku tak memerlukan Ope-Ope Fruit untuk ini.

Aku boleh melakukan ini dengan pengetahuan perubatan aku sendiri.

“Oi, Topi-Penguin, kau masih bersama aku?”

“Y-Ya…”

“Kau tahu jenis darah kawan kau?” Kalau dia tak dapat transfusi darah, dia akan mati. Tetapi kalau darah yang salah diberikan kepadanya, badan dia akan menolaknya. Kalau itu yang berlaku, sel-sel darah merahnya akan musnah dan sel-sel di seluruh badannya akan terkejut. Aku perlu tahu jenis darah dia.

“Aku tahu… dia… jenis X. Sama seperti… Aku. Jadi aku ingat… aku pasti.”

“Jenis X…”

Tak guna. Bukan jenis darah aku. Tak ada masa untuk cuba mendapatkan darah dari tempat lain.

“Law! Gunakan aku. Aku berdarah X.”

“Encik Sampah (Mister Junk)…” Kalau macam itu, maka tak akan ada masalah dengan transfusi. Walau bagaimanapun…

“Lelaki tua, kedua-duanya dah kehilangan banyak darah. Walaupun kau menawarkan, itu bernilai dua orang transfusi. Senario kes terburuk nanti…”

“Bodoh! Aku dah tahu. Dan aku yang buat keputusan aku. Jangan bimbang tentang aku. Waktu aku masih muda, aku kehilangan lebih banyak darah dalam pertempuran dari apa yang kau boleh bayangkan. Aku tak begitu lemah sebagai seorang lelaki yang aku akan mati apabila memberi darah kepada dua orang budak.”

“…Faham. Aku terima tawaran kau.”

Dari sini ia adalah perlumbaan masa. Aku mengambil jarum dan mengeluarkan darah dari lelaki tua itu, meletakkannya ke beg plastik gred hospital. Kemudian aku meletakkan jarum dalam lengan Casquette dan membenarkan darah mengalir perlahan ke dalamnya. Aku mula melakukan perkara yang sama dengan Topi-Penguin.

Baiklah, tak ada masalah dengan transfusi darah.

“Oi, lelaki tua, kau okey?” Aku panggil Wolf. Dia memberikan banyak darahnya. Apabila kehilangan cairan di dalam badan, ancamannya adalah ia bakal menjadi kejutan pada badan dia.

“Aku tak perlukan kau… untuk bimbang tentang aku! Aku cuma sedikit pening, macam kalau berdiri terlalu cepat. Kau tak ada masa untuk bimbang tentang orang tua macam aku, jadi cepatlah selesaikan apa yang kau tengah buat!”

“Aku faham. Terima kasih.”

“Tch, itu sahaja… beri dan terima. Aku akan pastikan kau dan Bepo melakukan semua kerja… seminggu selepas ini…” Sebaik sahaja Wolf cakap ini, dia jatuh di atas sofa, akibat kehilangan tenaga.

“Aku masih perlu selesaikannya.” Aku mengambil serbuk yang diekstrak daripada tumbuhan yang sangat istimewa dan larut dalam air, kemudian menyuntikkannya ke dalam budak yang memakai Casquette. Ia adalah penenang yang aku buat bila tiba ke tempat ini. Dengannya, aku dapat memastikan dia tak akan sedar ketika aku beroperasi padanya.

Aku kemudian mensterilkan pisau aku di dalam api, kemudian memotong abdomen budak itu. Perutnya berlubang tetapi tiada apa yang aku tak dapat mengendalikan. Aku dengan cepat merapatkan luka dengan jarum dan benang, kemudian semak untuk memastikan dia tak mempunyai kecederaan lain.

Baiklah. aku kemudian menutup perutnya dengan benang. Seorang dah selesai.

“Bepo! Bawa Topi-Penguin ke sini!”

“Roger!”

Aku bawa budak lelaki yang memakai Casquette dari meja dan meletakkannya di atas sofa, dan budak lelaki topi penguin pula diletakkan di atas meja. Dia senyap ketika dia berbaring di atas meja, mungkin terlalu lemah dari kehilangan darah untuk membuat sebarang bunyi. Sejujurnya, operasi dia adalah lebih sukar. Untuk menyelamatkan nyawanya, yang perlu aku lakukan ialah merapatkan tangannya dan memberinya pemindahan darah.

Aku mahu dia mendapatkan lengannya semula dan bergerak semula.

Kenapa aku fikir macam itu, aku tak dapat beritahu kau. Aku cuma tahu ia akan memalukan bidang perubatan kalau aku tak cuba. Satu kehinaan kepada ibu dan ayah aku yang menguruskan hospital untuk menyelamatkan nyawa dan membuatkan orang kembali ceria semula.

Itulah sebabnya.

Aku berikan budak lelaki Topi Penguin anestetik yang sama dengan budak lelaki yang tadi, kemudian memeriksa lengan yang meletup akibat letupan. Tisu dia musnah sepenuhnya. Kalau ia dah dipotong oleh pisau atau pedang, menyambungkannya tak akan menjadi masalah tetapi yang ini memang agak mustahil untuk menyambung semula.

Boleh ke aku melakukan ini?

Walaupun dengan Ope-Ope Fruit, tak ada jaminan yang aku boleh dengan mudah meletakkan bahagian tubuh kembali bersama-sama. Aku mempunyai pengetahuan dan kemahiran, tetapi…

“Aku hanya perlu mencubanya.”

Bukan kerana jadi baik. Bukan kerana untuk ucapan terima kasih. Aku bukannya orang yang baik macam itu. Aku hanya melakukan ini disebabkan satu sebab: Kebanggaan aku sebagai doktor!

“Encik Sampah (Mister Junk), aku perlu pinjam mikroskop kau!” Dia mungkin tak seperti namanya sebagai pencipta genius yang mengisytiharkan dirinya sendiri tetapi dia ada banyak barang yang berguna.

Aku letakkan tangan Topi Penguin di bawah lensa mikroskop, mengikatnya dengan tali, kemudian memfokuskan lensa pada luka.

Baik, aku dapat melihat dengan jelas. Setiap tangki darah, setiap saraf, dapat dilihat.

“Bepo! Bawa tangannya yang terputus padaku!”

“Aye-aye!”

Aku meletakkan lengan yang terputus di bawah mikroskop juga. Ia dah disejukkan, dan sel-sel masih hidup. Aku boleh buat ini…

Aku mengambil jarum benang dan mula mengikat. Dengan sangat, sangat berhati-hati. Kalau aku membuat satu kesilapan, semuanya akan musnah.

Aku tak boleh tak berjaya. Ingatlah apa yang ayah ajar kau. Ingat apa yang dah kau baca dalam banyak buku. Pertama sambungkan otot dan tendon…

Baiklah, tak ada masalah.

Seterusnya, adalah saraf. kalau aku membuat kesilapan di sini, dia tak akan dapat menggunakan tangannya. Tak boleh silap walau satu milimeter. Ia perlu dilakukan dengan sempurna. Dengan segera dan dengan tepat, aku menyambung saraf. Masa seolah-olah dah berhenti. Berapa lama sejak aku memulakan operasi ini? Dua, tiga jam? Mungkin lebih.

Ia memakan jiwa aku. Dengan kadar macam ini aku yang akan rebah terlebih dahulu.

“Law, kau berpeluh. Aku akan membersihkan kau. Aku tahu aku tak boleh bantu dengan lebih banyak daripada ini.”

“Ah, terima kasih, Bepo.”

“Mereka… tak akan mati, kan? Kau boleh selamatkan mereka, kan?”

“Sudah tentu aku boleh. Kau bercakap dengan siapa sebenarnya. Aku doktor genius, Trafalgar Law! “Aku cuba mendapatkan semangat aku sendiri dengan mencuri kata-kata Encik Sampah (Mister Junk).

Aku faham. Hanya mengiyakan perkataan “genius” ia menjadikan kau percaya dan memberikan kau kuasa.

Aku meneruskan operasi, dan selesai menghubungkan semua saraf. Sepatutnya sempurna. Sepatutnya lah. Aku menguatkan semula kekuda kaki aku yang goyah dan mula menyambungkan saluran darah. Kemudian urat, dan arteri. Akhirnya, aku berjaya menjahit bersama lengan itu sendiri.

Operasi, selesai. Aku jatuh ke belakang dengan bunyi hentakan yang kuat.

“Law!”

“Law…!”

Sangat penat.

Jangan bimbang tentang aku, Bepo, lelaki tua.

“Pastikan… jarum transfusi tetap masih masuk. Aku cuma… letih. Aku akan bangun…. sekejap lagi” Hanya dengan cakap itu pun dah menghabiskan seluruh tenaga aku. Lega dengan operasi yang dah selesai, perasaan tidur memukul aku keras. Aku tidur dengan nyenyak, dibungkus dengan perasaan selesa sebab berjaya capai apa yang aku cakap aku boleh buat.

Bila aku bangun, aku segera memeriksa kedua-dua budak lelaki itu. Mereka masih tidur; anestetik itu berfungsi dengan baik. Aku mengeluarkan dua jarum dan menyuntik kedua-dua mereka dengan makanan tambahan yang dibuat oleh ayah aku. Aku memeriksa denyutan mereka: normal. Tak demam.

Nampaknya mereka selamat.

“Law, bagaimanakah dua budak mentah itu?”

“Lelaki tua, kau bangun?”

“Ya, aku tak dapat tidur sebab aku mungkin bangun dengan jumpa mayat.”

“Jangan risau. Operasi aku berjaya. Asalkan mereka tak demam atau apa-apa, mereka akan baik-baik saja.”

“Betul ke? Leganya aku.”

“Lega? Itulah perkataan yang aku tak fikir aku akan dengar kau ucapkan. Menyelamatkan mereka tak akan membantu kau apa-apa.”

“Menyelamatkan nyawa dua anak cukup memuaskan.” Seperti yang dikatakannya, lelaki tua itu menyembunyikan wajahnya, tetapi aku dapat merasakan perasaan kasihnya yang pelik, dan ia membuat aku gembira.

Empat hari mereka berehat dan kemudian bangun. Mereka seolah-olah memahami apa yang dah berlaku kepada mereka. Casquette sangat lemah dari pembedahan perut tetapi akan lebih baik kalau dia mendapatkan sedikit makanan di dalam perut.

Topi-Penguin mungkin tak bernasib baik. Aku mungkin dah menyelamatkan nyawanya, tetapi kalau aku merosakkan pembedahan penyambungan semula, dia mungkin tak dapat menggunakan lengannya, dan dia mungkin akan terkejut dengan kesedaran itu.

“Aku akan buangkan kain balutan kasa kau. Tengok kalau kau boleh menggerakkan lengan dan jari kau.”

“O-Okey…”

Dia kelihatan ketakutan. Semua orang di dalam bilik kelihatan cemas dan memerhatikannya dengan nafas.

Topi Penguin menatap lengannya. Lengan yang mungkin tergantung tak berguna di sebelahnya di sepanjang hayatnya.

*Bergerak*

Jari anak dia bergerak. Kemudian, dia gerakkan jari manisnya, tengah, jari telunjuk, dan ibu jari. Kemudian, perlahan-lahan, dia mengangkat lengannya.

Ia berjaya. Aku berjaya menyambung semula saraf dengan betul.

Ha ha, ini bukan satu perasaan yang buruk. Jadi ini rupanya “kegembiraan doktor” yang ibu dan bapa aku pernah beritahu aku sebelum ini. Aku rasa aku akhirnya faham.

“Ohhh, hebat, terbaik…!”

Akibat terlalu gembira, Bepo memeluk Topi-Penguin. Dia memang terlalu baik. Dia seolah-olah terlupa yang budak lelaki ini pernah memukulnya.

Aku dengar bunyi. Kedua-dua budak lelaki itu menangis, sambil berhingus.

“Terima kasih… terima kasih!” Topi Penguin menundukkan kepalanya.

“Aku ingatkan aku dah mati. Aku sangat takut. Tetapi aku masih hidup terima kasih kepada kau!” kata Casquette yang masih terlalu lemah untuk bergerak, dan wajahnya teruk menangis.

“Aku melakukannya sebab aku sendiri yang mahu.” Aku berpaling daripada mereka apabila aku berkata demikian. Aku terlalu malu untuk membiarkan mereka melihat aku tersenyum.

Selepas kira-kira seminggu, kesihatan kedua-dua mereka dah agak baik. Wolf dan Bepo membantu Penguin dengan pemulihannya. Wolf, tentu saja, banyak mendengus dan kelihatan tak selesa, tetapi dia tak pernah cuba menghalau budak-budak itu pergi.

Setelah mereka stabil, aku tanya kepada mereka tentang apa yang sebenarnya terjadi, dan apa yang mereka lakukan di dalam hutan. Ada banyak maklumat yang mereka perlu kongsi.

“Budak mentah! Pertama sekali beritahu kami nama kau. Aku Wolf. Pencipta genius Wolf! Sebutkannya dengan hormat! ”

“Jangan dengar dia. Dia tak buat apa-apa pun selain dari sampah.”

“Berani kau, Law! Jangan ganggu apabila aku bercakap!”

“Apa-apa saja lah.” Lelaki tua bodoh, selalu memalukan aku.

Kedua-dua budak lelaki itu saling pandang sesama sendiri, kemudian memperkenalkan diri mereka. Nama yang memakai Casquette adalah Shachi, dan Topi-Penguin adalah Penguin. Mereka sebutkan nama-nama mereka dengan perlahan, seolah-olah mereka takut kepada kami.

“Shachi dan Penguin, ya. Boleh kau beritahu kami bagaimana kau dapat kecederaan ini?” Balas Wolf, dengan suara yang kurang mendengus daripada biasa.

“Aku dan Shachi, kami tinggal di pondok yang kami bina di dalam hutan selama kira-kira dua bulan.” Shachi mengerutkan kening disebabkan luka perutnya, dan Penguin kemudian meneruskannya.

“Kami berdua akan pergi berburu, dan ada pokok-pokok dengan buah-buahan walaupun pada musim sejuk. Jadi kami tak mempunyai masalah untuk mendapatkan makanan. Tetapi suatu hari, semasa kami sedang memasak daging, babi pastinya menghidu bau tersebut dan datang dengan kelajuan yang tinggi. Kami tak perasan… dan babi tersebut yang menusuk perut Shachi.”

Penguin mengambil nafas panjang, seolah-olah dia dah menggunakan semua tenaga dia apabila bercakap.

“Ambil masa kau,” kata Wolf sambil memberikan Penguin segelas air.

“Babi hutan… kemudian berpaling kepada aku. Aku tak boleh pergi dari situ dan tentunya aku tak boleh tinggalkan Shachi di sana. Jadi aku berlari ke pondok dan mengambil bom yang kami ada dan cuba melemparkannya, tetapi ia meletup sebelum aku sempat baling.”

“Itu jelaskan kecederaan kau. Budak, kenapa kau ada bom?!”

“Kami… curinya dari pekan. Mana tahu kalau ada bahaya berlaku semasa kami tinggal di hutan.”

“Aku faham. Kau tak patut mencuri, tetapi aku faham mengapa kau ingin melindungi diri kau dari binatang liar.” Wolf menghirup tehnya.

Mendengar kisahnya, satu perkara menonjol. Sesuatu yang aku pasti Bepo dan Wolf juga tertanya-tanya.

“Mana ibu bapa kau?” tak ada gunanya menyorokkan persoalan itu. Terus terang adalah yang terbaik pada masa ini.

“Ibu bapa aku dan Shachi meninggal kira-kira setengah tahun yang lalu,” jawab Penguin.

Aku sedang proses perkataan itu sambil dia terus bercakap. “Ibu bapa kami membuat barbeku, di pantai paling indah di Pulau Swallow. Semua orang berenang. Tetapi lautan itu bertindak pelik, dan tiada siapa yang perasan. Kemudian sebuah gelombang yang begitu besar macam dapat menelan seluruh pulau itu terhempas. aku dan Shachi jauh dari pantai memanjat pokok supaya kami selamat tetapi… ibu bapa kami kena…”

Penguin berhenti bercakap. Dia menahan air mata. Selepas beberapa lama, dia mula bercakap semula dengan senyap. Setelah mendengar cerita mengenai kedua-dua ibu bapa mereka, kami juga dapat tahu yang kedua-dua mereka tinggal bersama ibu saudara dan saudara Shachi. Mereka mahu “alat” yang mereka boleh gunakan bila-bila masa daripada menginginkan budak-budak, dan mereka menggunakan Shachi dan Penguin untuk mencuri perhiasan dan menyeludupkan senjata api secara haram.

Mereka diberi makan hanya setakat roti dan air.

Aku dengar cerita mereka dengan perasaan marah. Aku rasa sakit di perut aku. Marah sebab ada orang dewasa di dunia yang boleh ambil budak-budak yang baru saja kehilangan ibu bapa mereka dan menjadikan mereka lebih sengsara.

“Kami tak pernah dilayan seperti orang. Pada mereka, kami hanyalah hamba. Jadi kami melarikan diri. Tetapi kami tak ada tempat untuk pergi dan tak ada cara untuk mendapatkan wang, jadi kami bina pondok di dalam hutan, dan cuba menjalani kehidupan yang sebenar di sana… Tetapi… aku tak tahu apa tujuan hidup!” Penguin mula menangis. Dia memegang kepalanya, cuba untuk meredakan bunyi tangisan.

Shachi pun menangis juga, dan bangun dari katil untuk duduk di sebelah Penguin.” Kalau kau tak selamatkan kami, kami dah mati di dalam hutan. Terima kasih banyak-banyak! Dan…” Shachi berpaling ke Bepo dengan ekspresi sakit di wajahnya, dan dengan tekad mendadak bercakap. “Beruang kutub… kau dah jaga kami sepanjang masa ini. Beri makan kami, membantu dengan pemulihan kami… tak ada kata-kata yang boleh kami ucapkan penghargaan kami!”

“K-kau tak perlu berterima kasih pada aku. Memang sepatutnya secara semulajadi pada semua orang untuk membantu seseorang yang terluka, kan?”

“Lebih dari itu! Kami pukul kau. Tendang kau, tumbuk kau. Tetap menjadi baik pada seseorang yang melakukan itu lebih dari sekadar ‘semulajadi'”! Shachi berpaling ke muka Bepo ketika berkata demikian, lalu menundukkan kepalanya dengan rendah. Penguin pun tiru pergerakan dia.

“Beruang kutub, tak, Bepo… Terima kasih kerana membantu kami. Kami sangat-sangat minta maaf kerana menghalakan kemarahan kami pada kau!”

Kesunyian berlaku di dalam bilik. Walaupun selepas Bepo memberitahunya yang itu semua tak disimpan dalam hati, mereka terus menunduk dan menangis.

‘Aku tak tahu apa gunanya hidup.’ Itulah yang dikatakan Shachi. Aku mungkin berfikir benda yang sama.

Sial. Aku tak tahu. Aku tak tahu tetapi aku rasa teruk. Aku rasa seperti apa yang aku lakukan waktu aku melihat pekan aku hancur terbakar.

“Kau berdua,” aku panggil Shachi dan Penguin dengan suara yang tenang. “Kau tak ada tempat mana-mana untuk dituju, kan? Aku tahu yang kau pun tak boleh pergi ke rumah saudara kau lagi.”

“Itu satu tempat yang memang kami tak akan kembali.”

“Baiklah, kau berdua akan menjadi orang bawahan aku. Dan sekarang, kau boleh tinggal di sini.” Sebaik sahaja aku berkata demikian, wajah mereka menyala. Mereka boleh tahu yang aku memang tak bergurau.

“Aku kan dah cakap, ini rumah aku!” Lelaki tua itu mula mengeluh tetapi aku tak menghiraukannya.

“Lagipun, Bepo di sini memang dah jadi salah seorang orang bawahan aku.”

“Itu kali pertama aku dengar! Betul ke? Aye-aye!”

Shachi dan Penguin pandang satu sama lain. Kemudian, mereka mengangguk pada masa yang sama. Menghadap pada aku, kedua-duanya membongkok dan berkata serentak, “Mohon biarkan kami tinggal di sini!”

Wolf menghela nafas panjang dan mendengus dengan nafasnya tentang bilangan budak mentah yang baru meningkat. “Oi, budak-budak! Aku rasa ia memang dah tak boleh ditolong lagi. Aku akan biarkan kau berdua tinggal di sini. Tetapi jangan salah sangka! Aku bukan penjaga kau dan tak mahu jadi penjaga kau semua! Aku tak perlukan keluarga atau rakan-rakan! Satu-satunya hubungan yang aku perlukan ialah memberi dan menerima! Faham?! Kalau kau mahu tempat tinggal, kau perlu bantu aku dengan perkara sekitar rumah! Pertukaran adil! Sebaik sahaja cedera sembuh, aku akan biarkan kau semua bekerja di pekan supaya kau dapat rasa pekerjaan yang sebenar! Ada soalan?!”

Tiada siapa yang berkata apa-apa. Dan tak seorang pun dari kita kelihatan kecewa. Hanya Wolf yang bertukar merah selepas dia memberikan ucapan yang memalukan.

Kadang-kadang aku terfikir tentang maksud Cora-san ketika dia bercakap tentang “kebebasan”. Empat daripada kami – diri aku, Bepo, Penguin, dan Shachi – kami mengalami kesepian yang sangat dalam di dunia ini dan entah bagaimana kami semua berjaya mengatasi rasa putus asa. Aku masih tak tahu apa “kebebasan”. Tetapi aku tahu yang ia selesa berada di dalam rumah Wolf.

Aku masih tertanya kenapa?

Orang tua yang cakap hidup dengan memberi dan menerima tak pernah mengarah kami dengan terlalu keras. Dia menganggap kami semua sama dan menghormati kami. Jadi, ia takkan begitu teruk di sini. Kalau aku tinggal di sini bersama-sama dengan yang lain, aku mungkin jumpa “kebebasan” yang Cora-san tak pernah menjelaskan kepada aku.

Aku tak jamin, tetapi aku percaya aku akan jumpanya nanti.

Walaupun kami berlima terus tinggal bersama dengan pelik, aku pasti aku akan jumpa apa yang aku cari.

Sekarang bila aku fikir semula, mungkin dunia ini taklah sebegitu teruk. Sambil aku melihat gelagat empat yang lain yang kuat dan gembira, mulut aku bergulung dengan senyuman.

  • Cover dilukis oleh Ashley Wood
  • Novel dikarang oleh Sakagami Akinari “Shushei”
  • Sumber dari One Piece Magazine Vol.
  • Mula diterbitkan pada 19 Oktober 2018 (Chapter 1)
  • Terjemahan Team Budak Getah

Bersambung lagi akan datang (kalau rajin). Jumpa lagi dalam cerita yang seterusnya 😀

Leave a Reply