Pameran “Hello, ONE PIECE Exhibition” Kuala Lumpur!

with No Comments 5994

Pada 15 Julai yang lepas, ada pengumuman sempena 20th Anniversary ONE PIECE di laman rasmi mereka.

Bersempena itu, ada 11 kempen yang didedahkan ketika itu. Berikut adalah butirannya.

Kempen Ulangtahun ke 20 One Piece

1. Majalah Weekly Shonen Jump isu 33 “One Piece” diterbitkan pada Sabtu, 15 Julai.

2. Muka hadapan isu kali ini ialah Luffy.

3. Gambar langsung dari kedai yang menjadi model “Baratie” di “Pengembaraan Jump Hecoko” di bawah siri “Jump+”

4. Pada Sabtu 22 Julai nanti, laman web rasmi One Piece akan diperbaharui secara besar-besaran. Laman Web bersempena ulang tahun ke 20 akan juga turut dilancarkan.

5. Festival musim panas di Tokyo One Piece Tower! “Tokyo Pirates Festival”

6. Acara untuk memperingati dan menghargai ulang tahun ke-20 ini turut dimasukkan ke dalam aplikasi permainan One Piece Treasure Cruise, One Piece Thousand Storm dan juga One Piece Grand Collection.

7. Pengumuman tentang permainan Video terbaru One Piece sempena ulang tahun ke-20.

8. Laman rasmi Twitter One Piece akan promosikan akaun LINE One Piece. Stamp One Piece akan muncul pada aplikasi “SNOW”

9. Laman Web khas “Comics Open” One Piece dari volume 1 hingga 60 akan dibuka secara percuma (bahasa Jepun).

10. Pameran “Hello, One Piece Exhibition” akan dianjurkan di serata dunia. Bermula dengan Kuala Lumpur, Malaysia! <— ini yang akan kita bincangkan di bawah

11. “One Piece Magazine” akan diterbitkan secara berturut-turut selama 3 bulan. Volume 1 telah pun mula dijual. Volume 2 akan diterbitkan pada Jumaat, 4 Ogos.

Kami dah pernah buat artikel tentang One Piece Magazine Volume 1. Kalau anda belum baca, boleh KLIK SINI untuk baca.

Sebarang berita baru akan dikemaskini lagi nanti.

 

“Pameran One Piece” akan ke luar negara!

“Hello, ONE PIECE Exhibition” akan bermula diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia pada Ogos nanti!

Acara “ONE PIECE” merupakan pameran yang wajib dikunjungi oleh peminat di luar negara!

Image and video hosting by TinyPic

  • Nama Pameran: Eiichiro Oda presents Hello, ONE PIECE Luffy is Here!
  • Tempat: ISETAN The Japan Store Kuala Lumpur 3F THE CUBE / CUBE_1 (LOT10 50 Jalan Sultan Ismail 50250 Luala Lumpur, Malaysia)
  • Telefon: Tasu 60-3-2141-7777
  • Tarikh: 26 Ogos 2017 (Sabtu) hingga 18 Oktober (Rabu)
  • Masa: 11: 00 AM ~ 9: 00 PM ※ Re-entry 8: 30 PM
  • Heijo date is equivalent to the closing days of ISETAN the Japan Store Kuala Lumpur.
  • Pengajur: ICJ DEPARTMENT STORE (M) SDN. BHD. / Dai Nippon Printing CO, Ltd.

Kemaskini –> (18 Ogos 2017) “Luffy dan Kru Berlabuh di Malaysia” [KLIK SINI]

Sumber