Pengalaman Menghadiri COMIC FIESTA 2016

with 3 Comments 862

Salam nakama-nakama sekalian

Posting kali ini, saya nak cerita sedikit pasal Comic Fiesta. Lebih spesifik lagi, saya nak cerita pengalaman saya sewaktu menghadiri Comic Fiesta 2016 pada 17 December 2016 lepas.

Sebelum itu, saya nak jelaskan sedikit sebab mungkin ada yang tak tahu apa itu Comic Fiesta kan

APA ITU COMIC FIESTA?

Comic Fiesta atau pendeknya CF, adalah satu konvensyen di Malaysia yang memberi tumpuan kepada animasi, komik dan permainan (Anime, Comic and GamingACG).

Tumpuan mereka adalah untuk meraikan semua aspek seni dan kreativiti (dan budaya ACG yang semakin popular). Comic Fiesta biasanya diadakan pada bulan Disember di lokasi yang ditetapkan.

Fiesta Komik (CF) adalah konvensyen yang diadakan dengan bermoto “event by fans for fans”. Ia merupakan konvensyen pertama dan non-profit ACG terbesar di Malaysia, yang dianjurkan oleh sekumpulan sukarelawan untuk membawa pengalaman konvensyen komik kepada peminat di Malaysia.

Sama tarikh seperti JUMP Festa di Jepuntahun ini CF diadakan di Putra World Trade Centre atau PWTC pada 17 dan 18 December 2016. Tetapi, saya cuma berkesempatan untuk pergi pada hari Sabtu (17 Dec) sahaja sebab pada hari esoknya, (Ahad 18 Dec) saya ada hal.

Jadi saya akan berkongsi dengan anda semua pengalaman saya pada hari Sabtu sahaja 🙂

 

SELAMAT DATANG!

Baiklah nakama-nakama sekalian, selamat datang ke Comic Fiesta 2016!

“Irasshaimasen~” (Selamat Datang dalam Bahasa Jepun)

Image and video hosting by TinyPic

Cuba tengok, sesak gila kot waktu ini. Tengok lah betapa ramainya orang datang bertandang ke Comic Fiesta 2016!

Ini baru hari first. Dengar khabar jumlah orang-orang yang datang ke CF untuk kedua-dua hari adalah dalam kira-kira seramai 45,000 orang!

Gila ramai XD

Ada satu masa ini pula, kitorang sesak dalam satu kawasan hampir 2 minit. Ada trafik jem. Trafik jem manusia. Dekat tengah-tengah konvensyen. Pelik betul lah.

Daripada pintu masuk, (tempat korang bayar atau beli atau tunjuk tiket), korang akan melintasi satu jambatan panjang dan sesak dan penuh dengan pengunjung-pengunjung yang hadir.

Image and video hosting by TinyPic
Floor Plan Comic Fiesta 2016

Dewan Event pula sangat besar, panjang dan luas. Penuh kedua-dua dewan dekat PWTC ini. Boleh kata yang saya sebenarnya agak bernasib baik sebab masa saya datang tu tak ramai sangat orang.

 

EXHIBITION BOOTH

Lepas kita lalu jambatan tadi tu, kita akan masuk ikut pintu depan dewan yang penuh dengan Exhi-booth atau lebih dikenali sebagai premium Exhibition booth.

Saya secara personal suka kawasan lorong artist yang ada gabungan Premium dan Basic Artbooth di Hall 2. Sebab di situ ada jual macam-macam merchandise yang baru dan tengah trending.

Yang menjualnya pula kebanyakkan orang Malaysia macam kita. Mereka jual sticker, postcard, posters, keychain, badge dan macam macam lagi.

Image and video hosting by TinyPic

Image and video hosting by TinyPic

Tengok lah masterpiece yang ad ini semua!

Harga pun tak lah mahal mana. Tapi kita semua tahu kalau mereka jual mahal pun, tak ada apa yang boleh menghentikan keinginan darah para-para peminat setia untuk memiliki salah satu merchandise yang begitu menggoda.

Duit tak payah cerita la, memang habis melayang tapi peduli apa kan? Setahun sekali je ada konvensyen macam ini.

Lorong Artis ni pula, macam yang saya terangkan tadi selalunya highlight merchandise baru, tak macam exhibition yang besar-besar seperti di Hall 1 yang selalu jual barang sama sahaja setiap tahun.

Lorong Artis ini sentiasa dipenuhi dengan barang-barang merchandise yang tengah popular. Jadi, kala setiap tahun kalau kita datang ke lorong ini, mesti akan merasai pengalaman baru.

 

HOT STUFF MERCHANDISE

Tahun ini punye Hot Stuff adalah merchandise daripada anime Yuri on Ice dan otome game yang dikenali sebagai Mystic Messenger.

Sebuah judul permainan video otome (otome gemu) merupakan sebuah genre permainan video yang ditujukan khas buat golongan wanita, di mana salah satu daripada objektif permainannya, adalah untuk mewujudkan sebuah hubungan romantik di antara para pemain (seorang perempuan) dan beberapa watak-watak lelaki. Genre ini paling laris dijual di Jepun, dan perkataan otome secara literal bermaksud perawan dalam bahasa Jepun.

Kita lalu lah booth mana-mana pon (Hall 2), majority barang-barang yang mereka jual seperti keychain, badge, postcard, stickers adalah daripada dua-dua ini. Senang citer, YOI dan MysMe (Mystic Messenger) kita boleh jumpe di hampir kesemua booth-booth yang ada. Siap sold out lagi! Ini baru hari pertama!

Image and video hosting by TinyPic

Sold Out! Gila la peminat Yuri on Ice. Baru sahaja berapa jam diorang jual, habis terus! Hahaha.

Apa yang saya perasan sewaktu berlegar-legar di sini, lagi ramai orang dekat sesuatu kawasan tu, lagi masyuk merchandise yang diorang jual.

Lagi-lagi booth Yuri on Ice. Saya pun sebenarnya ada cari booth One Piece tapi tak banyak sangat. Kecewa la juga sebagai peminat setia One Piece 🙁

 

COSPLAYERS

Konvensyen berskala besar macam ini memang tak sah sebenarnya kalau tak ada cosplayer.

Image and video hosting by TinyPic

Kali ini, cosplayer pun boleh tahan ramai! Termasuk lah nate dinosaur hijau ini yang saya terserempak di escalator sewaktu nak masuk CF. (Itu pun kalau kita anggap dinosaur comel ini cosplay lah hahaha)

Orang-orang Malaysia memang creative gila, terhibur hati. Thumbs up for all the cosplayers! You guys rock!

Gambar-gambar berikut adalah Cosplayer yang saya sempat snap.

Image and video hosting by TinyPic
Disebabkan anime Code Geass season 3 diwar-warkan macam nak keluar, jadi cosplayer Lelouch dan Suzaku pun ada untuk membuat comeback ke dunia cosplay.
Image and video hosting by TinyPic
Kalau ada yang tak tahu, ini lah dia salah satu cosplayer Yuri On Ice. Dari kiri Viktor Nikiforov dan sebelah dia Yuri Plisetsky. Not bad juga kan cosplay diorang?

 

COSPLAYER ONE PIECE

Ini dia, cosplay yang ditunggu oleh semua peminat One Piece. Cosplay daripada character One Piece itu sendiri! Cosplay pertama One Piece yang saya jumpe adalah Sabo (I really like Sabo)

Saya jumpa Doflamingo, Corazon dan hijab Koala (kawai AF). Ada nampak Shanks, Luffy dan lain-lain tapi tak sempat pula nak tangkap gambar T_T

Image and video hosting by TinyPic
Cosplayer Sabo-kun
Image and video hosting by TinyPic
Cosplayer Koala-chan
Image and video hosting by TinyPic
Cosplayer Donquixote Doflamingo
Image and video hosting by TinyPic
Cosplayer Donquixote Doflamingo dan Donquixote Rosinante

 

COSPLAYER BUKAN DARI ONE PIECE

Yup, kita namakan “bukan dari One Piece” sebab website ini kan Budak Getah (One Piece) dan kita lebih berfokus kepada One Piece 🙂

Di bawah ini adalah antara cosplay-cosplay lain yang saya jumpa di CF. Namakan sendiri lah ya?

Saya pun bukan tengok semua anime yang ada.

Image and video hosting by TinyPic

Image and video hosting by TinyPic
Captain America – Civil War cosplay

Image and video hosting by TinyPic

Image and video hosting by TinyPic

Image and video hosting by TinyPic

POKEMON

Booth Pokemon pun ada disediakan di sini dan diorang ada buat Video Game Championship di mana trainer boleh battle trainer-trainer lain dari seluruh Malaysia and be the very best like no one ever was.

Image and video hosting by TinyPic

Tapi malang sekali, saya tak join T_T

Kusyuk sangat cari barang, ingatkan sempat la nak singgah petang itu ke apa, tapi boleh pula terlupa ( ^^  )

Mana tahu ada antara korang (yang pergi CF ini tempoh hari) yang dah try game ini, boleh la korang kongsi sikit pengalaman korang ke apa. Nak tahu juga macam mana korang main benda alah ini.

 

COSPLAYER KHAS

Dan ada juga cosplayer khas yang dijemput dari luar. Saya boleh dikatakan antara peminat diorang la juga sebab saya follow Instagram diorang @moemoehana and @moemoebaozi. Tapi kalau nak amik gambar atau autograf diorang kene beli postcard atau tiket, dan rasanya memang nasib saya, asal nak beli je dah sold out. Jilake betul. Hahaha.

Tapi kan, semalang-malang nasib pon,saya berjaya tangkap gambar mereka senyap-senyap hahaha. Nasib badan kecik, tak ada siapa yang perasan saya curi-curi tangkap gambar X)

Image and video hosting by TinyPic
P/s: Baozi noticed me! XD

 

JUMPA DENGAN SALAH SEORANG KRU BUDAK GETAH

Bukan tu sahaja, saya pun ada terjump dengan orang penting dari kru One Piece Budak Getah. Beliau boleh dikatakan antara yang popular dalam group Telegram One Piece (@OnePieceGroupChat).

Ladies and gentleman, berikan tepukan gemuruh kepada masta Yato (@YatoYato)!

Image and video hosting by TinyPic

Kata masta Yato, kalau nak sekalikan gambar dia dalam perkongsian ini, saya pun kena sertakan juga gambar saya TwT

So, inilah dia rupa sebenar Admin Sabooo (@FlamingSabo) korang.

Image and video hosting by TinyPic

Join Group Telegram ONE PIECE Malaysia

Lebih 1000 members dah join group ini 🙂

Berkongsi pendapat dan teori berkaitan One Piece bersama fans One Piece Malaysia yang lain

KLIK SINI UNTUK JOIN GROUP TELEGRAM ONE PIECE

 

AKHIR KATA

Pengalaman ke CF tak pernah mengecewakan dan selalu bagi pengalaman dan memori yang manis dan seronok. Tapi tak boleh lawan lah pengalaman pertama (CF2014), yang mana saya pergi bersama bestie saya dan masa itu pula saya dapat jumpa cosplayer kegemaran saya, Liui Aquino!

Tapi pengalaman masa CF2016 pun tak kurang hebatnya juga. Apa yang buat 2016 ini special sikit adalah, saya dapat kongsikan dengan korang semua pengalaman saya untuk CF tahun ini!

Tapi sedikit mengecewakan juga lah sebab saya tak puas explore dengan lebih mendalam. Gambar pun tak banyak mana sangat dan cosplayer One Piece tak ramai T_T

Ataupun cosplayer One Piece sebenarnya ramai, tapi saya sahaja yang tak bernasib baik?

Sambil-sambil saya memburu cosplayer untuk bergambar, tengok apa yang saya berjaya beli fufufuu.

Image and video hosting by TinyPic

SATU SET COMPLETE WANTED POSTER ONE PIECE!

Saya baru sahaja tampal poster ini dekat dinding dan inilah hasilnya 🙂

Image and video hosting by TinyPic

Poster-poster ni BESAR GILA sampai saya terpaksa pakai kerusi nak tampal bahagian Robin, Franky dan Brook. Satu masa nanti, saya akan frame these babies tapi buat masa masa sekarang, marilah kita hargai kemegahan poster-poster ini.

Ada ketika terasa sama obses macam Bartolomeo pula. Teringin nak ada autograph semua kru lepas itu saya nak framekan dekat sebelah poster macam Bartolomeo. Mamat tu memang fans Straw Hat sepenuh hati, jiwa dan raga, tabik spring sama dia.

Rasanya setakat ini sahaja lah perkongsian pengalaman saya sewaktu menghadiri CF 2016. Mula-mula kalau boleh nak buat simple-simple, hightlight part penting-penting sahaja tapi rasanya macam dah terlajak lah pulak ^^;

Anyway, jumpa lagi di posting seterusnya 🙂

 

Nota:

  • Cosplayers yang dipaparkan di artikel ini, let me know kalau korang ada sosial media account yang fans boleh follow and appreciate your works. I’ll update the content nanti. Send an email to thebudakgetah@gmail.com
  • Any One Piece cosplayer yang nak kitorang share gambar korang di artikel ini pun boleh PM us on Budak Getah Fanpage ataupun email di thebudakgetah@gmail.com

3 Responses

  1. nzxier73
    |

    at first ingatkan Budak Getah ni lelaki.. sekali kakak daaa… hahaha, saya pon pi jugak CF. tu first time saya pi, teruja and kejutan budaya gila >~< first time dapat tengok cosplayer depan2 mata, jakun teramat. first time dapat test play VR kat booth Gempak Starz and first time dapat jumpak idola2 saya (yakni kartunis) xanseviera and akak Ain Lavendra, memang terbaiklah. saya pi pada hari yg sama macam cik Budak Getah. seqonok pulak dapat share cqita dengan someone yg ada pengalaman kt tempat yg sama ^^

  2. saboo
    |

    Ade je staff gegirl dalam budak getah;) Saya tau mcm mana perasaan dpt pergi cf first time. Awesome kn!! Kalau join group telegram One Piece boleh lah discuss byk bende pasal One Piece. Yang mengarut2 pon adee jgak tp kne berpada2 lah. Jgn lupa bace dan ikut rules kalau tak nak kne kick group. Saya pon minat Xanseviera, tp no1 tetap Zint hehe. Hari yg sme tuu adee ternampak saya n Yato dating tak haha😂 Anyways, thanks for the feedback! 😀

  3. Anas Nazean
    |

    waahhh…. ada orang minat Zint jugak. jumpa tak kat sana?

Leave a Reply