Pengalaman Team Budak Getah ke Pameran ONE PIECE di Kuala Lumpur!

with No Comments 4059

Salam nakama-nakama sekalian.

Pameran “Eiichiro Oda presents Hello, ONE PIECE Luffy is here!” akhirnya tiba juga di Malaysia!

Awal-awal pagi lagi (11 AM) saya dah sampai di ISETAN The Japan Store.

Nampak tak betapa excitednya saya nak dapat first-hand experience event One Piece sempena ulang tahun One Piece yang ke-20.

Tahniah community One Piece! Berikan tepukan gemuruh untuk diri sendiri!

 

Dalam artikel kali ini. saya nak kongsikan sedikit pengalaman saya semasa menghadiri pameran tersebut.

Kami juga akan kongsikan beberapa sebab kenapa anda semua kena pergi pameran ini.

Sebelum itu, saya nak bagi warning sikit:

Gambar-gambar yang dipost di website ini mempunyai kredit yang menyatakan hak cipta (Credit: ©Eiichiro Oda/Shueisha).

Mohon jangan curi (download) dan kemudian

  • letakkan sebarang teks
  • edit imej
  • ubah nisbah saiz
  • merenggangkan gambar
  • crop
  • menambah caption atau
  • menggunakan gambar-gambar

…yang ada ini untuk tujuan personal anda.

(kalau nak share dengan kawan-kawan anda, mohon sangat-sangat share sahaja link website ini ataupun klik icon share yang ada di website ini untuk share di media sosial anda)

Pertama sekali, selamat datang ke “Hello, ONE PIECE!”

One Piece Kuala Lumpur

Team Budak Getah yang pergi cumalah 2 orang sahaja iaitu Admin Yato dan Admin Sabo.

Kami pergi mendaftarkan diri pada jam 2:30 petang sebagai wakil www.budakgetah.com yang dijemput oleh One Piece melalui email yang ditujukan khas untuk Don Budak Getah, Admin Indera.

Pameran diadakan di ISETAN The Japan Store Kuala Lumpur, tingkat 3 di The Cube (Cube 1). LOT 10, 50 Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur, Malaysia.

 

Selepas mendaftarkan diri, kami dapat satu goodie beg yang berisi

  • fail dan info tentang pameran “Hello, ONE PIECE Luffy is here!”
  • stiker “Hello, ONE PIECE Luffy is here!”
  • tiket VR percuma dan
  • stiker ‘PRESS’ berwarna merah (pihak media).

One Piece Kuala Lumpur

One Piece Kuala Lumpur

Kemudian, event pun hampir nak mula! Yeay!!

Hanya tinggal beberapa minit sahaja lagi.

Masa ini, pihak pihak media yang lain semua dah berkumpul di kerusi masing-masing termasuklah kami berdua.

Debaran sudah semakin terasa menunggu jarum jam bergerak ke jam 3 petang.

Sidang Media

One Piece Kuala Lumpur

Dan akhirnya, program bermula tepat pada pukul 3 seperti yang dinyatakan di dalam tentatif program.

Contoh yang sangat bagus, walaupun berada di negara asing, orang Jepun sangat menepati masa dan menghormati masa orang lain. Marilah kita sama-sama mencontohi sikap mereka ye 😉

Program dimulakan dengan ucapan selamat datang daripada pengacara majlis dan diikuti oleh ucapan daripada Maya Furuie-san, Store Manager ISETAN, The Japan Store Kuala Lumpur.

One Piece Kuala Lumpur

Ucapan beliau adalah dalam Bahasa Jepun, tapi nasib baik ada translator dekat sebelah yang tolong terjemahkan apa yang disampaikan oleh Furuie-san.

Beliau memberitahu tentang sejarah ISETAN The Japan Store yang baru dibuka pada bulan Oktober tahun lepas. Ianya masih lagi berada di peringkat still developing kerana baru saja beberapa bulan ia memulakan operasi.

Kemudian, ucapan diikuti oleh Ken Fukutake-san, Manager Dai Nippon Printing (NP) Co., Ltd.

One Piece Kuala Lumpur

Beliau menyatakan yang sebelum ni, dia dapat beberapa rayuan daripada peminat-peminat One Piece di luar Jepun untuk mengadakan sebuah event khas di negara masing-masing.

Jadi sempena ulang tahun One Piece yang ke-20, beliau memberi cadangan untuk membuat pameran di negara selain Jepun supaya peminat-peminat One Piece di luar Jepun juga dapat merasai pengalaman menghadiri ke event seperti yang selalu diadakan di Jepun.

10 hari yang lepas (15 Ogos), beliau mengumumkan tentang pameran “Hello, ONE PIECE” dan negara pertama yang dipilih untuk diadakan pameran ini adalah di Malaysia! Wohooo!!

Selepas itu, ucapan daripada Ketua Editor majalah Weekly Shonen Jump, Shueisha Inc., Hiroyuki Nakano-san.

One Piece Kuala Lumpur

Inilah ucapan yang paling dinanti-nantikan oleh kami. (Tak sangka comel jugak ketua editor kita ni kan? Hihi)

Beliau menyatakan bahawa sejak One Piece diperkenalkan di dunia manga ianya sentiasa mendapat kedudukan top 10 sejak tahun 1997.

“One Piece bukan sahaja disukai oleh peminat-peminat dari Jepun, tetapi ia juga disayangi oleh peminat-peminat di seluruh dunia. Jadi sebab itulah kami membuat pameran seperti ini diluar negara Jepun. Pameran macam ini dah banyak kali diadakan di Jepun tapi tak pernah diadakan di Malaysia jadi ianya mungkin akan menjadi sebuah pengalaman yang baru buat peminat-peminat di Malaysia”.

(Makin sayang aku kat Editor ini horohorohorohoro)

Nakano san juga bagitahu yang pengalaman Virtual Realiti (VR) 3D One Piece ini adalah yang PERTAMA di dunia.

Ini bermaksud, orang Jepun sendiri belum pernah rasa pengalaman 3D ini. Jadi kita adalah negara pertama yang dapat merasakan pengalaman VR 3D One Piece yang dihasilkan ekslusif oleh Oda-sensei sendiri.

Seterusnya, ucapan disampaikan oleh Hiroyuki Orikasa-san yang merupakan Timbalan Ketua Misi, Kedutaan Jepun di Malaysia. (Dia speaking English, hebat! kiishishishishi).

One Piece Kuala Lumpur

Beliau memberitahu bahawa manga One Piece ini merupakan manga yang paling terlaris sehingga ia memecahkan rekod Guinness World Record pada tahun 2015 kerana telah menjual sebanyak 416 juta naskah diseluruh dunia dengan total sebanyak 86 jilid. Lebih dari 350 juta naskah pula dijual di Jepun sahaja.

Akhir sekali, ucapan oleh Yang Berbahagia Datuk Seri Mirza Mohammad Taiyab, Ketua Pengarah, Tourism Malaysia.

One Piece Kuala Lumpur

Beliau menyatakan tanda terima kasih kepada pihak organisasi yang sudi membuat pameran One Piece ini buat pertama kalinya di Malaysia.

Malah, sempena Hari Kebangsaan yang ke-60, Malaysia juga sebenarnya menyambut ulang tahun yang ke-60 bersempena dengan hubungan diplomatik Malaysia-Jepun.

Beliau juga memberi galakan kepada seluruh rakyat Malaysia

  • tak kira lah yang minat One Piece ke
  • yang tak berapa nak minat ke
  • yang kecik-kecik ke
  • yang besar-besar ke

…untuk sama-sama datang ke pameran “Eiichiro Oda presents Hello, ONE PIECE Luffy is here!”

Kemudian, acara memotong riben dan sekaligus merasmikan pembukaan pameran “Eiichiro Oda presents Hello, ONE PIECE Luffy is here!”

One Piece Kuala Lumpur

One Piece Kuala Lumpur

The Opening.

Kemudian barulah kami dapat masuk ke dalam pameran tersebut.

Pihak media terbahagi kepada dua kumpulan.

Kumpulan kami masuk dahulu.

PERINGATAN

Gambar-gambar yang kami kongsikan di bawah adalah gambar hak cipta terpelihara oleh ©Eiichiro Oda/Shueisha.

Jadi minta tolong sangat-sangat anda janganlah nak memandai pergi

  • save gambar
  • edit
  • crop
  • screenshot
  • ubah saiz atau
  • buat apa sekali pun

…pada gambar tersebut sama ada untuk tujuan personal ataupun tujuan lain-lain.

(kalau nak share dengan kawan-kawan anda, mohon sangat-sangat share sahaja link website ini ataupun klik icon share yang ada di website ini untuk share di media sosial anda)

Ini adalah pintu masuk ke pameran Hello, ONE PIECE.

One Piece Kuala Lumpur

Tiket masuk

  • RM 25 sahaja sekali pakej ke Zon Realiti Maya (VR).
  • RM 15 untuk tiket biasa tanpa VR.
  • Budak-budak bawah umur 4 tahun masuk percuma tapi tak dapat stiker percuma dan zon VR.

Ketua Editor Weekly Shounen Jump (WSJ) ada ditanya oleh Pengacara Majlis berkenaan dengan target rakyat Malaysia (ataupun bukan rakyat Malaysia) yang diorang anggarkan akan mengunjungi event ini sepanjang ianya diadakan.

Nakano san jawab 20,000 pengunjung.

Jadi, adakah anda salah seorang daripada 20,000 pengunjung yang diharapkan oleh Nakano san?

Anyways, mari kita teruskan 🙂

Pengembaraan bermula!

One Piece Kuala Lumpur

Luffy akhirnya sampai ke Malaysia sebagai salah satu ‘pulau persinggahan’ dalam pencarian One Piece!

Di sini, ada diberitahu tentang permulaan kisah Luffy dan macam mana cerita One Piece ini mula-mula diperkenalkan.

Ada shadow Luffy bermain-main dekat atas frame di bahagian kanan gambar (kawaii). Menandakan yang Luffy sedang ‘menerokai’ Malaysia.

One Piece Kuala Lumpur

One Piece Kuala Lumpur

Keratan-keratan manga yang dipamerkan merupakan gambar daripada gambar copy original yang ada dalam manga.

Panel-panel yang dipilih adalah scene yang paling memberi impak besar kepada pembaca dan merupakan scene yang paling tak boleh dilupakan.

Saya sendiri tak sempat nak meneliti setiap gambar-gambar pameran jadi saya kena datang semula kalau nak tengok satu-satu nanti.

One Piece Kuala Lumpur

Haaa inilah dia poster special 3D yang saya ada maklumkan di Thread Twitter (siapa yang masih belum follow kami di Twitter, follow cepat!)

Di belakang Luffy ada kesemua kru Topi Jerami berserta dengan Thousand Sunny, Merry Go dan makanan kegemaran Luffy, nikuu (daging)!

Besar gila saiz dia, lagi besar daripada saya sendiri fufufuuu.

One Piece Kuala Lumpur

Di belakang ini adalah bahagian kegemaran saya.

Kalau boleh nak tidur di situ pun saya rela sebabnya…

Jeng jengg~!!!

One Piece Kuala Lumpur

One Piece Kuala Lumpur

Replika meja Oda sensei!

Terasa aura Oda sensei yang

  • melukis atas meja itu
  • duduk angkat kaki satu
  • kesungguhan dia
  • keikhlasan dia nak siapkan manga sebelum deadline.

Memang kalau tabik hormat menggunakan 10 tangan kuasa 10 pun saya rasa tak cukup.

‘Harta-harta karun’ yang ada di atas meja itu saya taknak kongsikan gambar, kalau anda nak tengok dengan lebih detail, datang lah ke pameran ini 😉

 

Sejujurnya, kami di Budak Getah nak juga anda alami sendiri benda ini first-hand.

Kalau setakat dengar cerita mana feel kan?

Dia kena pergi sendiri baru rasa pengalaman tu.

The first in Malaysia weh!

Saya memang pasti akan pergi lagi. Tetapi kali ini berbayar lah yahahahahah.

Selepas itu, di sinilah hall (dewan) yang dinanti-nantikan.

One Piece Kuala Lumpur

Hall VR 3D One Piece yang dihasilkan khas oleh Eiichiro Oda sensei sendiri.

Oda sensei sanggup luangkan masa dia untuk buat VR 3D ini untuk kita semua. Jadi sebagai tanda terima kasih, anda cuba lah rasa pengalaman Virtual Reality (VR) ini sendiri.

Ingat senang ke nak buat?

(Mana tahu lepas alami VR 3D ini kurang sikit komplen pasal Oda asyik cuti ke apa kan?)

One Piece Kuala Lumpur

Haa tengok pakcik ini. Seronok dia try VR 3D tu Chapapapapa. Pakcik, tengok apa itu?

Sekian sahaja, pameran tamat sampai di situ.

Selepas keluar daripada hall ini, pastikan anda bawa duit banyak banyak sebab dekat luar ada jualan limited edition punye souvenirs.

Jadi siapa cepat dia dapat 😉

Merchandise(s)

One Piece Kuala Lumpur

One Piece Kuala Lumpur

One Piece Kuala Lumpur

One Piece Kuala Lumpur

One Piece Kuala Lumpur

One Piece Kuala Lumpur

 

Oh ya sebelum terlupa, saya ada interview Hiroyuki Nakano-san, Ketua Editor majalah Weekly Shonenjump selepas saya habis pergi tour.

One Piece Kuala Lumpur

Banyak juga info yang saya dapat daripada Nakano-san tapi tak sempat nak siapkannya di dalam satu posting jadi saya akan cuba buat di bahagian lain nanti pula ya?

Kita jumpa di “Hello, ONE PIECE!” Part 2 ke nanti?

Edited: Part 2 dah diterbitkan pada 31 Ogos 2017

Sekian, arigatou gozaimasu~ (terima kasih dalam bahasa Jepun)

 

Terima kasih tak terhingga kepada

  • ISETAN The Japan Store Kuala Lumpur, penganjur acara.
  • Assosiate Brand Manager dari Go Communications (Huei Yuih, Sharon, Elsy Tan & Inga)

…kerana menjemput Team Budak Getah ke Press Event 🙂