Perbezaan Di Antara Manga Dan Anime Yang Mungkin Anda Terlepas Pandang

with No Comments 4696

Di dalam perkongsian kali ini, Admin nak tunjukkan kepada peminat semua terutamanya kepada yang HANYA menonton Anime (dan tak baca Manga iaini sumber asal) perbezaan di antara Manga dan Anime.

Kompilasi perbezaan ini asalnya dibuat oleh Che Romzi Che Soh, salah seorang Admin Group One Piece Malaysian Division. Kalau masih belum join group Facebook ini jemput join dengan KLIK SINI

 

Tanpa melengahkan masa lagi jom kita mulakan.

Dari Che Romzi Che Soh

Memandangkan ramai nakama yang lebih berminat pada #anime sahaja, ada juga yang hanya berminat pada #manga sahaja. Di sini aku kongsikan perbezaan ketara antara Anime dan Manga One Piece. Untuk pengetahuan semua nakama, Manga adalah idea tulen dari Oda Eiichiro ( 尾田 栄一郎 ). Manakala Anime adalah gubahan semula oleh Toei Animation.

By the way, perkongsian ini dah disusun secara kronologi demi memudahkan kita semua ingat semula babak babak ini.

Babak Zoro Membunuh Anjing Helmeppo

Dalam Manga Chapter 3, Roronoa Zoro telah memotong serigala peliharaan Helmeppo.

Tetapi dalam Anime Episod 2, Zoro hanya memukul menggunakan kerusi.

Babak Buggy Beri Amaran Kepada Pengikutnya

Dalam Manga Chapter 9, Kapten Buggy telah menembak pengikutnya dengan menggunakan meriam.

Tetapi dalam Anime Episod 5, Kapten Buggy hanya memberi amaran dan melepaskan pengikutnya.

Babak Luffy Dengan Chou Chou


Dalam Manga Chapter 12, Monkey D Luffy telah mencucuk mata Chou Chou (anjing yang menjaga kedai).

Tetapi dalam Anime Episod 6, Luffy hanya mencucuk di antara mata Chou Chou.

Babak Zoro Berlawan Dengan Cabaji

Dalam Manga Chapter 16, Roronoa Zoro telah melukakan perut kerana Cabaji suka menyerang tempat yang dah terluka.

Tetapi dalam Anime Episod 7, Zoro membiarkan Cabaji menyerang tempat tersebut.

Babak Nami Membaiki Topi Luffy Yang Koyak

Dalam Manga Chapter 22, Nami telah mencucuk mata Luffy menggunakan jarum setelah Luffy merosakkan semula topi jerami yang baru dibaiki.

Tetapi dalam Anime Episod (TIADA), tiada babak Manga di dalam Anime kerana ianya terlampau ganas. Rujukan terhampir di Episod 8, Nami cuba menjatuhkan Luffy ke dalam laut.

Babak Sanji Dikepung Di Baratie

Dalam Manga Chapter 47, Sanji telah dikepung oleh chef yang menggunakan pistol di Baratie kerana cuba memberi makanan kepada lanun.

Tetapi dalam Anime Episod 22, Sanji hanya dikepung menggunakan perkakasan memasak.

Babak Gin Menangkap Zeff

Dalam Manga Chapter 56, Gin telah menangkap dan mematahkan kaki palsu Zeff sebagai jaminan Sanji tidak melawan kehendak Don Krieg.

Tetapi dalam Anime Episod 25, Gin hanya menangkap tanpa mematahkan kaki palsu Zeff.

Babak Imbas Kembali Sanji Dan Zeff

Dalam Manga Chapter 57, Zeff telah memotong kakinya menggunakan batu untuk dijadikan makanan semasa tersadai di atas batu bersama Sanji.

Tetapi dalam Anime Episod 26, Zeff telah memotong kakinya menggunakan rantai kerana tersepit semasa cuba menyelamatkan Sanji.

Babak Don Krieg Menembak MH5

Dalam Manga Chapter 60, Don Krieg telah menembak shuriken beracun sebelum menembak gas beracun MH5.

Tetapi dalam Anime Episod 27, Don Krieg menembak gas beracun MH5 tanpa tembakan shuriken.

Babak Sanji Mula Merokok Kali Pertama

Dalam Manga Chapter 68, Sanji merokok kali pertama semasa kanak-kanak kerana ingin membuktikan dia telah dewasa.

Tetapi dalam Anime Episod (TIADA), tiada babak Manga di dalam Anime kerana ianya tidak sesuai untuk kanak-kanak. Rujukan terhampir di Episod 30, semasa Sanji dan Zeff saling mengingati masa silam mereka berdua.

Babak Arlong Menembak Bellmere

Dalam Manga Chapter 78, Belmere telah mempertahankan Nami dan Nojiko semasa kehadiran Arlong. Akhirnya Arlong telah menembak tepat di kepala Belmere.

Tetapi dalam Anime Episode 36, Arlong menembak Belmere di dada.

Babak Nojiko Melindungi Nami

Dalam Manga Chapter 80, Nojiko telah melindungi Nami dari ditembak oleh pasukan Marines mengikut arahan Kapten Nezumi (tikus) yang korup dengan Arlong.

Tetapi dalam Anime Episode 37, situasi sama Nojiko telah melindungi Nami tetapi ditembak oleh Kapten Nezumi sendiri.

Babak Zoro Berlawan Dengan Hatchi

Dalam Manga Chapter 84, Hatchi telah dikalahkan oleh Zoro dengan dicampakkan ke arah bangunan dan ditimpa runtuhan semasa pertarungan antara mereka.

Tetapi dalam Anime Episod 39, Hatchi terkena serangan penamat Zoro iaitu Tatsumaki (Dragon Tornado) dan terbang akhirnya jatuh dan kalah.

Babak Tarian Pukau Miss Wednesday

Dalam Manga Chapter 109, Miss Wednesday (Vivi) telah cuba menyerang Zoro menggunakan serangan tarian pukau. Kemampuan pukau tersebut adalah disebabkan corak baju yang dipakai olehnya.

Tetapi dalam Anime Episod 65, Serangan Vivi masih sama tetapi corak baju berbeza kerana untuk kesesuaian tontonan kanak-kanak.

Babak Mr 3 Memaku Brogy

Dalam Manga Chapter 122, Mr 3 menggunakan pedang besar yang dibuat dari kuasanya (Doru-doru No Mi) untuk memasung (kunci/lock) Brogy bagi mengelakkan Brogy bergerak.

Tetapi dalam Anime Episod 74, Mr 3 memasung Brogy menggunakan paku (spike), kaki dan tangan ditutup sepenuhnya.

Babak Wapol Dipancung Dolton

Dalam Manga Chapter 136, Dalton telah memancung kepala Wapol sehingga jatuh, dan dijahit semula oleh Isshi-20 (20 Doktor) yang telah dijadikan hamba.

Tetapi dalam Anime Episod 82, Wapol hanya terkena serangan Dalton pada badannya, tiada kecederaan teruk tetapi masih dirawat oleh Isshi-20.

Babak Kemunculan Ace

Dalam Manga Chapter 157, Kemunculan Ace semasa di Alabasta. Ace tertidur semasa sedang makan dalam kedai. Tatu Whitebeard dalam manga ketika itu berbentuk logo “Nazi”.

Tetapi dalam Anime Episod 94, Tatu berbentuk “Nazi’ pada belakang Ace telah ditukar kepada tulang berpalang. Ianya ditukar kerana menyentuh sensitiviti dunia sekarang.

Babak Pencak Mr 2 Berlawan Dengan Sanji

Dalam Manga Chapter 187, Sanji telah berlawan menentang Mr. 2 a.k.a Bon Kurei semasa di Alabasta. Mr. 2 telah menggunakan serangan Okama Kenpo untuk menyerang Sanji.

Tetapi dalam Anime Episod 115, Nama serangan Okama Kenpo telah ditukarkan kepada Ballet Kenpo kerana Okama bermaksud pondan.

Babak Bellamy Di Mock Town

Dalam Manga Chapter 222, Bellamy memang terkenal dengan kekejaman dia. Apabila dia telah kalah berjudi, dia mengatakan pihak lawan dia menipu. Dia telah menikam tangan lawan semasa ingin mengambil duit.

Tetapi dalam Anime Episod 146, Bellamy hanya bertindak memegang tangan semasa lawan dia ingin mengambil duit kemenangan. Ianya ditukarkan kerana terlalu ganas untuk tontonan umum.

 

Babak Foxy Berlawan Dengan Luffy

Dalam Manga Chapter 315, Afro Luffy telah menerima cabaran Kapten Foxy Pirates untuk bertanding dengan pertaruhan 500 orang ahli. Ada satu babak yang menunjukkan Kapten Foxy terkena perangkap sendiri, yang mana mukanya telah tercucuk oleh cerucuk (spike).

Tetapi dalam Anime Episod 218, Kapten Foxy terkejut dengan cerucuk yang hampir terkena mukanya dan dengan pantas dia memanjat ke atas peluru meriam yang di tembak oleh Afro Luffy. Ianya ditukarkan kerana terlalu ganas untuk tontonan umum.

Babak Sanji Menyelamatkan Nami

Dalam Manga Chapter 464, Sanji telah membiarkan tubuhnya dipukul dan ditikam oleh Absalom demi menyelamatkan Nami yang berpakaian pengantin dan pengsan semasa di Thriller Bark. Sanji jelas dtusuk pisau selepas Nami terlepas dari tangannya.

Tetapi dalam Anime Episod 218, Situasi sama yang mana Sanji cuba menyelamatkan Nami dengan membiarkan tubuhnya dipukul. Semasa babak Nami terlepas dari tangan Sanji, tiada pisau yang tercucuk di tubuh Sanji.

Babak Janggut Putih Ditumbuk Akainu

Dalam Manga Chapter 575, Whitebeard telah ditumbuk oleh Akainu di mukanya sehingga hilang sebahagian muka semasa ingin menyelamatkan Ace di Marine Ford.

Tetapi dalam Anime Episod 484, Situasi sama yang mana seluruh lanun Whitebeard ingin menyelamatkan Ace. Semasa pertarungan antara Whitebeard dan Akainu, Whitebeard hanya kehilangan misai sahaja. Babak ni adalah paling menjadi perbualan antara peminat manga. Sudah pastilah kerana babak ini terlampau kejam untuk dianimasikan.

Babak Bartholomeo Mengamuk

Dalam Manga Chapter 720, Bartholomeo mengamuk. Semasa pertarungan di Colloseum, Luffy telah menyamar menjadi Lucy untuk menyertai pertarungan demi mendapatkan mera mera no mi. Ada sebahagian pertarung yang kenal Luffy, ada yang ingin membunuh dan ada juga peminat fanatik. Bartholomeo telah menikam lidah seorang petarung kerana mulut celupar mengutuk Lucy.

Tetapi dalam Anime Episod 650, Situasi sama yang mana Bartholomeo mengamuk kerana ada seorang petarung bermulut celupar mengutuk Lucy. Akan tetapi Bartholomeo terlalu baik untuk gelaran lanun kejam kerana telah membiarkan petarung tersebut dengan hanya amaran setelah mengugut untuk menikam lidah petarung tersebut.

Bonus: Cuba Teka Babak Trafalgar Law Ini Chapter & Episod berapa?

Leave a Reply