PROGRAM PENULISAN KOMIK 2018 ANJURAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

with No Comments 394

Admin ada terima email di bawah ini pada 08 November 2018 daripada Bahagian Pembinaan Bakat dan Kepakaran, Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kalau ada adik-adik yang berbakat dan nak tunjukkan bakat, jemput hadir ke program ini nanti ya 🙂

Jadi di kesempatan ini Admin nak hebahkan kepada peminat-peminat Website Budak Getah dot com. Sebarkan maklumat ini, SHARE kat Wall korang, TAG adik-adik atau kawan-kawan korang yang berbakat. Jangan biarkan bakat tu disimpan begitu sahaja.

 


 

PELAWAAN MENYERTAI PROGRAM PENULISAN KOMIK 2018

 

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

 

2.    Dimaklumkan bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Persatuan Penggiat Komik Malaysia (PeKOMIK) akan melaksanakan Program Penulisan Komik 2018. Antara tujuan program ini diadakan adalah untuk melahirkan lebih ramai penulis komik di Malaysia; mengembangkan profesion serta pengkaryaan seni komik; mengetengahkan bakat penulisan komik ke dalam dunia sastera; dan menambah hasil terbitan komik DBP. Untuk makluman tuan, seramai 50 orang (berusia 12- 25 tahun) akan menjadi peserta program ini. Karya peserta yang terbaik akan berpeluang untuk diterbitkan oleh DBP.

 

3.    Sehubungan dengan itu, dengan sukacita DBP mempelawa peserta untuk menyertai program ini yang akan diadakan seperti maklumat yang berikut:

  • Tarikh : 1 – 2 Disember 2018 (Sabtu dan Ahad)
  • Masa : 8.30 Pagi – 4:30 Petang
  • Tempat : Akademi DBP, Wisma DBP, Dewan bahasa dan Pustaka,
    50460 Kuala Lumpur.

 

4.    Untuk makluman, peserta akan dikenakan bayaran sebanyak RM100.00. Bayaran ini dikenakan untuk membiayai kos makan minum peserta dan bahan bengkel.

 

5.    Sekiranya pihak tuan/puan berminat untuk menyertai program ini, sila lengkapkan borang yang disertakan dan kembalikan kepada kami pada atau sebelum 25 November 2018. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Encik Wan Mohd Farid bin Jamel melalui talian telefon 03-21479219/017-6883447 atau melalui e-mel wanfarid@dbp.gov.my atau Puan Intan Zawani binti Abdul Kadir 03-21479221/019-3477900, intanzawani@dbp.gov.my.

 

Atas kerjasama dan perhatian yang diberikan, kami dahulukan ucapan terima kasih.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“BAHASA JIWA BANGSA”

 

Saya yang menjalankan amanah,

Wan Mohd Farid bin Jamel,
Bahagian Pembinaan Bakat dan Kepakaran,
Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera,
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tel : 03-21447 9219
Tel Bimbit : 017-6883447
e-mel : wanfarid@dbp.gov.my

Leave a Reply