Putera Mahkota Arab Saudi Terima Tandatangan Oda Ketika Melawat Jepun Pada 2016

with No Comments 2267

Mohammad bin Salman bin Abdulaziz Al Saud, Putera Mahkota Arab Saudi menerima tandatangan Oda ketika dia melawat Jepun pada tahun 2016 menurut rancangan berita “Morning Show” di Jepun hari ini.

Salah seorang kakitangan Putera Raja Arab Saudi bertemu di Toei dan membincangkan pelbagai cadangan berkaitan perniagaan.

Putera Mahkota berjabat tangan dengan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe ketika lawatan pada tahun 2016

Mohammad bin Salman bin Abdul-Aziz Al Saud (Bahasa Arab: محمد بن سلمان بن عبد العزيز آل سعود dilahirkan pada 31 Ogos 1985) merupakan Putera Mahkota Arab Saudi dan Timbalan Perdana Menteri pertama Arab Saudi.

Beliau juga seorang menteri pertahanan paling termuda di dunia. Beliau juga merupakan ketua hakim bagi Mahkamah Diraja Saud dan seorang pengerusi Lembaga Ekonomi dan Pembangunan Arab Saudi.

Beliau menjadi lebih terkenal berikutan di bawah pemerintahan ayahandanya, Raja Salman.

Beliau dinaikkan pangkat menjadi Putera Mahkota Arab Saudi pada 21 Jun 2017 berikutan ayahandanya telah memecat Putera Mahkota Muhammad bin Nayef untuk semua kedudukan rasmi di dalam monarki Arab Saudi.

Dengan tindakan ini, Putera Muhammad bin Nayef disingkirkan secara rasmi sebagai pewaris takhta Raja Arab Saudi dan tempat beliau digantikan oleh sepupunya, Mohammad bin Salman.

Sumber

  • Sandman AP
  • Wikipedia

Leave a Reply