Raja Roh Brook: Kuasa Durjana Dari Alam Roh “Underworld”

with 1 Comment 3699

*Teori ini dibuat sebelum Oda-sensei mendedahkan kuasa “Soul King” Brook di One Piece Chapter 848

 

Kali ini saya akan menceritakan tentang watak yang sering dipandang rendah oleh peminat One Piece iaitu Brook.

Brook dipandang rendah kerana dia merupakan watak yang tidak seberapa kuat di kalangan Lanun Topi Jerami. Ianya juga mungkin disebabkan oleh kuasa buah syaitannya. Selepas anda membaca teori ini, anda mungkin tak akan memandang rendah atas kebolehan yang dimiliki oleh Raja Roh Brook.

Perkara yang paling utama mengapa Brook dipandang rendah mungkin kerana impiannya yang lekeh iaitu untuk bertemu semula dengan seekor ikan paus. Berbanding dengan ahli yang lain, impiannya nampak seperti lemah dan ianya hampir boleh dicapai oleh semua orang.

Brook sememangnya satu-satunya watak yang mati dan hidup semula dalam One Piece. Janji yang dipikul olehnya demi mewakili kesemua bekas krewnya yang sudah mati ketika dalam pelayaran merupakan sebab utama mengapa dia perlu teruskan kehidupannya.

 

Untuk mengetahui lebih lanjut, mari saya terangkan secara terperinci:

Kepada yang masih belum tahu atau tak pasti, Brook merupakan seorang pendekar pedang dan Brook juga adalah seorang ahli muzik yang sangat hebat. Mari kita lihat lebih lanjut kehebatan Brook di Thriller Bark.

Image and video hosting by TinyPic

Satu lagi perkara yang perlu anda tahu ialah secara teknikalnya, Zoro tidak pernah bertarung dengan Ryuma. Dia bertarung dengan Brook. (bayang Brook)

Image and video hosting by TinyPic

Image and video hosting by TinyPic

Kesemua taktik dan teknik yang digunakan oleh Ryuma adalah sama seperti Brook dan cara percakapan Ryuma adalah sama seperti cara percakapan Brook. Perbezaan pada mereka berdua ini adalah dari segi fizikal.

Ryuma lebih kuat dari Brook kerana badan yang diduduki oleh Zombi Ryuma itu merupakan badan seorang samurai lagenda, jadi fizikalnya lebih kuat dari Brook sekaligus dengan kekuatan yang dimiliki Ryuma telah meningkatkan lagi kadar kemusnahan kuasa ataupun teknik yang digunakan Brook.

Image and video hosting by TinyPic

Image and video hosting by TinyPic

Image and video hosting by TinyPic

Brook telah melatih dirinya supaya menjadi seorang pendekar pedang yang hebat dan kuat. Objektif latihan Brook adalah untuk mengalahkan Ryuma dan mengambil kembali bayangnya yang dicuri.

Image and video hosting by TinyPic

Bayang Brook berasa kecewa kerana ia menjadi punca kematian badan samurai yang hebat itu.

Image and video hosting by TinyPic

Kebolehan Mengawal Roh

Buah Syaitan Brook iaitu Yomi Yomi no Mi adalah buah yang berhubung kait dengan Yami Yami no Mi milik Marshall D. Teach. Buah Yomi Yomi ini adalah diantara 3 buah devil yang pertama yang wujud bersama Yami Yami no Mi sebagai yang pertama. Ianya merupakan diantara 3 buah devil yang boleh mengawal kehidupan.

Ianya bukanlah satu kebetulan yang Brook diperkenalkan di babak pada Thiller Bark. Gekko Moriah yang memakan buah devil Kage Kage no Mi membolehkan penggunanya untuk mengawal bayang-bayang seseorang dan memindahkannya ke badan yang kosong. (Tiada roh)

Bayang itu hanyalah sambungan kesedaran seseorang yang digunakan untuk menggerakkan badan. Badan itu memiliki personaliti host yang asal. Ianya hanyalah bayang yang diekstrak dari badan seseorang dan ini menyebabkan tubuh asal bayang itu kehilangan bayang. Tubuh asal yang kehilangan bayang itu akan “terpadam” jika terdedah pada cahaya yang kuat (matahari).

Tetapi ianya berbeza dengan Brook, kerana Brook mampu mengawal dan membentuk rohnya.

Image and video hosting by TinyPic

Image and video hosting by TinyPic

Image and video hosting by TinyPic

Roh Atau Jiwa Adalah Intipati Kehidupan Dan Brook Mampu Mengawalnya Mengikut Kehendaknya

Sama seperti Yami Yami no Mi yang boleh mencuri dan menyimpan roh, kebolehan buah devil Brook mampu untuk memanipulasi dan mengawal roh.

Di sini anda boleh lihat bagaimana Brook menggunakan muzik untuk mengawal ataupun memanipulasi roh orang lain.

Image and video hosting by TinyPic

Raja Segala Roh

Gelaran terbaru Brook iaitu “Soul King” bukanlah gelaran bagi kerjaya muziknya, tetapi ianya merupakan kebolehannya untuk mengawal roh. Nama sebenar gelarannya adalah “Raja Segala Roh“. (Gelaran yang digunakannya selepas 2 tahun)

Yomi adalah “Tanah Orang Mati” atau “Dunia Kegelapan” bagi bahasa Jepun. Ianya bahasa yang digunakan orang jepun Shintoism (Wano), Yomi adalah tempat dimana kesemua roh pergi. Ianya sama seperti mitologi orang Greek iaitu Hades .

Image and video hosting by TinyPic

Pedang Brook iaitu “Soul Solid” yang mampu menjana ais datang dari tenaga rohnya sendiri. Brook mengatakan bahawa ianya adalah kesejukkan yang datang dari alam roh.

Image and video hosting by TinyPic

Image and video hosting by TinyPic

Kesimpulannya, Brook boleh menyeru roh orang yang mati dan mungkin boleh memanggil Yomi ataupun Hades itu sendiri ke permukaan.

Ingat tak lagi bila saya katakan yang kuasa Moriah boleh memindahkan bayang ke badan yang kurang orang kesedaran atau mayat?

Brook boleh memberi kehidupan pada mayat itu dan ianya boleh bergerak bebas tanpa batas, tanpa perlu risau terdedah kepada garam (Kelemahan askar Moria). Kelemahan ini kerana mayat itu kekurangan jiwa, ianya boleh dimusnahkan.

Ianya hanyalah satu jasad tiada halatuju dan jiwa. Ianya memerlukan kebolehan Brook sebagai Raja Roh untuk menjadikan mayat itu “betul-betul” hidup semula. Brook dan Moriah akan mencipta 1 askar yang tiada kelemahan daripada zombi untuk mengalahkan askar Kaido. Juga, di Wano ialah tempat di mana kuasa buah syaitan Brook dan kebolehannya akan mencapai yang ke tahap seterusnya.

 

Kuasa Brook Sebagai Medium Untuk Menunaikan Janji

Sekarang, ianya terdapat satu sebab yang sangat baik di mana Brook boleh menyeru roh dari alam roh.

Ingat lagi tak janji Brook pada Laboon?

Saya percaya ianya bukanlah janji yang dipegang oleh Brook seorang, tetapi keseluruh krew Lanun Rumbar. Mereka semua yang berjanji untuk bertemu semula, bukannya Brook seorang sahaja, Brook sendiri yang katakan kematian bukannya satu sebab untuk melanggar janji itu?

Image and video hosting by TinyPic

Image and video hosting by TinyPic

Setelah Brook mendapati keupayaan sebenar yang dia miliki, rasanya dia tak perlu menggunakan dail rakaman lagi.

Dia hanya perlu memanggil roh-roh yang rakan-rakannya (kebangkitan hanya boleh berlaku sekali untuk setiap jiwa bagi menjaga plot One Piece daripada menjadi berulang-ulang atau mudah dijangka) untuk mempunyai perjumpaan yang sebenar dan masa yang menyayat hati dengan Laboon.

Brook mewakili kehidupan itu sendiri dan kegembiraan dalam sesuatu perkara walaupun ianya sedikit lah yang memberikan sebab dan tujuan untuk terus hidup.

One Response

  1. Mr47
    |

    Layan…ada betulnya….

Leave a Reply