Rancangan Untuk Pengsankan Big Mom Tak Akan Berjaya?

with No Comments 1473

“Rancangan Kek” akan gagal?

Apabila Chapter 885 keluar, saya rasa kita semua terperanjat bila melihat halaman terakhir di Chapter.

Oda buat keputusan untuk mengakhirinya dengan reaksi dan kata-kata yang serupa dari Sanji sebelum ini. Tengok buktinya di bawah:

Chapter 876 (muka surat 17)
Chapter 885 (muka surat 17)

Saya rasa ini bukannya satu kebetulan dan pastinya Oda lukis reaksi yang sama macam ini untuk Sanji dengan sebab tertentu.

Saya rasa ini adalah cara untuk Oda tunjukkan pada kita yang rancangan untuk membuatkan Big Mom pengsan tak akan berjaya!

Seseorang yang dengan nada yakin macam itu mengulangi kata-kata yang sama untuk menjatuhkan seorang Maharaja pastinya akan gagal!

Mungkin Big Mom tak pengsan apabila makan kek, ataupun ada seseorang yang akan memusnahkan kek (ataupun sabotaj).

Saya tak mahu buat spekulasi tentang perkara-perkara yang boleh berlaku dengan kek tersebut untuk kali ini, tapi saya lebih berminat untuk bincangkan tentang kemungkinan yang boleh muncul kalau betul perkara macam ini berlaku (rancangan kek akan gagal).

Mari kita bayangkan situasi Big Mom makan kek tapi dia tak pengsan, malah dia berjaya mengembalikan kesedaran diri dan tetap akan marah dengan Topi Jerami sebab rosakkan majlis jamuan teh yang dah lama dirancang.

Bandingkan situasi ini dengan situasi sama yang berlaku dalam Chapter 828 – Jinbe berjaya tenangkan Big Mom dari sawan makan dia, tapi Big Mom tetap orang yang sama (tetap jahat, haha)

Big Mom cakap pada Jinbe kalau Jinbe mahu tinggalkan dia, Jinbe mesti bermain permainan rolet maut.

Dan kalau Big Mom nak membalas dendam, dia boleh bunuh orang-orang yang rapat dengan Topi Jerami.

Sekarang mari kita bincangkan perkara yang boleh berlaku sekiranya rancangan Kek tak berjaya, atau kek tersebut dimusnahkan (atau disabotaj).

Saya yakin yang Big Mom akan kejar Topi Jerami sampai dapat tangkap mereka, walaupun Big Mom terpaksa kejar mereka sampai di negara Wano.

Oda memberi bayangan dalam Chapter ini dengan halaman ini

Chapter 885 (muka surat 14-15)

Di Chaptter 885 ini ditunjukkan yang semua armada perang Big Mom bersiap sedia untuk Topi Jerami.

Lagipun, Sanji tak rancang untuk tunggu Luffy di Pulau Koko. Dia nak jumpa Sunny di laut, bukan di pulau itu.

Dan sekarang Luffy pun dah keluar dari dunia cermin dan mereka dah boleh terus menuju ke Wano sekiranya Nami dan Jinbe tahu yang kapten mereka berada di Pulau Kekacang.

Dah tentulah apa-apa situasi pun tetap boleh berlaku dan berubah, tapi saya percaya yang di akhirnya nanti Topi Jerami yang belayar menuju ke Wano akan dikejar oleh Big Mom dan armadanya di belakang.

Cuba kita bayangkan apa akan berlaku kepada reputasi kumpulan lanun Big Mom sekiranya Topi Jerami berjaya melarikan diri dan tak dihukum?

Ini bakal memberi gambaran yang

  • Big Mom lemah
  • supernova seperti Luffy boleh menghancurkan Tanah Totto
  • menewaskan Komander Cracker
  • merosakkan Upacara Perkawinan
  • meruntuhkan Pulau Kekacang dan
  • melarikan diri

…tanpa menerima apa-apa akibat dari seorang Maharaja Lanun.

Saya percaya yang ini pastinya hakikat yang tak boleh diterima oleh lanun Big Mom.

Jadi, mereka akan ikut mengejar kumpulan Topi Jerami walaupun terpaksa pergi ke Wano yang juga bermakna mereka berisiko untuk berhadapan dengan Kaido (seorang lagi Maharaja).

Cuba fikir sekejap tentang keadaan situasi sekarang ini.

Topi Jerami masih belum bersedia untuk bertarung dengan seorang Mahajara, tapi sekiranya kumpulan lanun Big Mom yang akan menghadapi Kaido, ini boleh menyebabkan perbalahan di antara kedua-dua Yonko dan mereka akan mengalahkan satu sama lain.

 

Anda rasa macam mana?

Peminat sejati tahu yang Oda tak mungkin akan buat jalan cerita sesenang macam itu sahaja (Bagi kek, Big Mom makan terus pengsan)

Tak semudah itu untuk pengsankan Big Mom. Sedangkan rancangan untuk tewaskan Big Mom guna pelancar KX sebelum ini pun gagal, lagikan nak pengsankan Big Mom.

Mesti akan ada konflik yang akan membuatkan kita tak senang duduk untuk tunggu Chapter seterusnya dari Oda nanti kan?

Heh.

Classic Oda.

—————

  • Artikel teori oleh Konstantis
  • Diolah dan ditambahbaik oleh Team Budak Getah

Anda ada teori menarik yang ingin dikongsikan? Jemput KLIK SINI untuk hantar artikel anda.

Leave a Reply