R. I. P. Comics House

with No Comments 763

Korang dah tau ke belum pasal berita ni?

Kalau belum tahu, sila baca sampai habis.

Cerita ini mungkin lebih sedih dari

  • Kisah silam Robin
  • Going Merry dibakar ke lautan dalam
  • Kisah silam Sanji

Atau mana-mana kisah sedih yang kita pernah baca dalam komik Budak Getah

It’s official! Comics House is out of business.

comics-house-shut-down

Jadi, kita tak akan dapat lagi Volume terbaru untuk Budak Getah.

Berita yang sangat sedih untuk peminat Manga One Piece (Budak Getah) seperti kita.

 

Ada beberapa sebab kenapa mereka out of business.

  1. Kos business meningkat dan mereka tak ada revenue yang cukup untuk meneruskan production
  2. Majoriti pembaca bari kini lebih suka baca free dari internet berbanding beli fizikal

Guys, this is what happens when you don’t support the official manga :'(

 

Ada sorang brother ni Pawi dia share cerita dia ke ofis Comics House tahun lepas (2015)

Baru-baru ni aku telah baca episod terakhir Naruto. Difaham dari internet, Naruto merupakan manga paling best abad ni. Dia merupakan pewaris Dragon Ball. Personally, aku tak rasa macam tu. Pada aku Dragon Ball jauh lebih best. Tapi, itu aku.

Pada masa yang sama aku tahu yang nemesis Naruto adalah One Piece. Aku memang ada ikut One Piece, tapi aku berhenti baca atas sebab tertentu. Maybe watak yang terlalu banyak. Namun adik aku ada beli. Just ada lompong (tertinggal issue) sana sini.

Maka lepas aku mula balik baca dari isu 1 baru aku sedar betapa bestnya One Peace. Dan misi melengkapkan One Peace pun bermula…

Dulu ketika aku di Kedah dan JB, aku teringin sangat nak ke source manga iaitu Comic House. Disinilah semua manga tersimpan dengan lengkap dan sempurna. So, berbekalkan alamat di sebalik mangga aku pun waze kan lokasi. Tapi sebelum tu aku call untuk pengesahan sama ada Comic House jual manga secara direct atau tidak. Memang depa jual direct. Siap ada discount price.

Maka inilah lokasi waze bawa aku.

1
Percetakan Solai

Actually ada bangunan Comic House, tapi bangunan tu sekarang dah jadi Gudang Kastam.

Bangunan percetakan Solai ni hanya bersebelah (kalau berhadapan di sebelah kanan) sahaja bangunan asal Comic House.

Dan dibawah pula ofis atau ruang tetamu dia.

2
Ini permandangan lepas buka pintu
3
Time aku masuk, ada sorang aunty tengah kerat-kerat kertas. Ni manga apa entah

4

5
Giler bersepah. Tak seperti yang aku sangkakan kan. Sebenarnya ada banyak lagi manga. Depa simpan dalam store.

Aku sebenarnya agak terkejut dengan keadaan ofis Comic House. Agak bersepah dan tak terurus. Macam gudang entah apa-apa entah.

Aku sembang dengan “ketua” kat situ. Dia cakap depa pindah sebab business mengecil. Dia bagitau yang business mengecil atas faktor internet. Dia kata majoriti pembaca bari kini lebih suka baca free dari internet berbanding beli fizikal.

Tapi aku cadangkan pada dia, untuk organize kan ofis dia dan market kan ofis dia dalam internet juga.

Comic House tak perlu pindah bangunan. Penggemar manga (macam aku) akan cari.

Buat balik ofis jadi macam konsep kafe. Taruk sofa sikit dan water drinker sudah lah. Hias dan taruk poster manga. Organize atau join Cosplay event ke ape.

Comic House merupakan brand name yang kuat. Aku tak pasti dia dengar tak nasihat aku. Tapi, kalu aku ada duit banyak aku akan beli Comic House dan rebrand dia.

Sumber: MPZ – How I See

 

 

OK NOW WHAT?

Kau, ya kau yang tengah baca sekarang ni.

Aku nak minta tolong sangat-sangat.

Please please please

…kepada kawan-kawan korang untuk baca Manga terjemahan Bahasa Melayu di website ini.

 

Jangan lupa maklumkan kewujudan website ni kat kawan-kawan korang yang minta One Piece (Budak Getah) tau?

 

Talk to you guys later 🙂

Leave a Reply