Sebab Utama Shanks Melawat Pulau Doan (Dawn Island)

with No Comments 4012

Ada banyak spekulasi tentang kenapa Shanks melawat Kampung Foosha (Foosha Village) dan seterusnya mencetuskan takdir pertemuan dengan Luffy.

Saya dah baca teori-teori yang tidak terkira banyaknya.

Walaupun terdapat beberapa teori yang nampak masuk akal, izinkan saya kongsikan pandangan saya kenapa Shanks pergi ke Pulau Doan (Dawn Island).

Sebab utamanya adalah kerana ianya tempat di mana jasad Gol D. Rogers dikebumikan.

Saya juga percaya Shanks pergi ke sana kerana dua perkara ini

1. Shanks mahu memberikan penghormatan kepada kubur Roger.

2. Shanks pergi ke sana untuk mengembalikan Topi Jerami di kubur Roger

Tapi mengapa Shanks akan berbuat demikian?

Roger memberikan Topi Jeraminya kepada Shanks dengan bersebab, jadi kenapa Shanks mengembalikannya semula?

Kita akan bincangkan hal ini sekejap lagi.

Sebelum itu…

Macam mana jasad Roger boleh ada di Pulau Doan?

Saya percaya Garp yang membawanya ke sana.

Selepas hukuman Roger dilaksanakan, saya percaya Garp bertanya kepada Kong (dia adalah Laksamana Pertama (First Admiral) pada ketika itu) untuk dia dibenarkan menjadi orang yang menguruskan pengebumian jasad Roger.

Oleh kerana Garp adalah “Wira Tentera Laut” dan saingan terhebat Roger, saya percaya bahawa ini adalah alasan yang kukuh untuk Kong membenarkan Garp untuk menguruskan jasad Roger

Kong juga memandang tinggi dan menghormati Garp dalam banyak hal.

Sekarang…

Mengapa Shanks pergi ke Kampung Foosha untuk mengembalikan Hat Straw ke kubur Roger?

Saya percaya ia adalah kerana, Roger berkata perkara yang sama kepada Shanks dan Shanks kemudian cakap perkara yang sama kepada Luffy apabila dia memberikan Topi Jeraminya.

Roger dan Shanks membuat janji yang Shanks akan menjaga topi jerami, dan pulangkan kembali kepadanya hanya apabila Shanks telah menempa nama untuk dirinya sendiri, dan menjadi lanun yang terkenal.

Ini juga menjawab satu lagi persoalan yang sering ada di fikiran semua orang…

Bila masa Shanks menjadi seorang Maharaja (Yonko)?

Saya percaya Shanks menjadi seorang Yonko betul-betul sebelum dia pergi ke Kampung Foosha.

Selepas Shanks menjadi Yonko, dia menuju ke Kampung Foosha untuk mengotakan janjinya kepada Roger, dan ketika itulah dia bertemu dengan Luffy.

Masih ingat lagi kata-kata Janggut Putih apabila dia dan Shanks bertemu?

Tentang bagaimana beliau dan semua orang terkejut apabila seorang lelaki sehebat Shanks yang pulang dari East Blue kehilangan sebelah tangan dan Topi Jerami?

Saya rasa inilah petunjuk yang Shanks merupakan seorang Yonko sewaktu dia melawat Pulau Doan!

Saya percaya dia melihat semangat Roger di dalam Luffy dan persamaan yang luar biasa yang Luffy turut kongsi dengan Roger.

Daripada meletakkan Topi Jerami di kubur Roger, Shanks memutuskan yang dia akan meninggalkan Topi Jerami dengan seorang kanak-kanak yang dia percaya mewarisi semangat Roger.

Dan Shanks juga percaya yang Luffy adalah lelaki yang ditunggu-tunggu oleh Roger!

Dari sisi yang lain, Shanks telah memenuhi janjinya kepada Roger dengan mengembalikan Topi Jerami kepada kanak-kanak yang akan satu hari membawa semangat Roger dan seterusnya membuat janji yang sama dengan Luffy, dia akan memastikan Luffy akan mengikuti jalan yang lanun, dan memenuhi peranannya yang Roger mahukan!

Janji Yang Dikotakan.

Sebab kenapa saya beri penekanan kepada perkataan janji adalah kerana ia adalah tema utama dalam One Piece.

Setiap janji yang telah kita lihat setakat ini berkait kembali kepada Luffy

  • Luffy mengotakan janji Calgara kepada Montblan Noland – dengan membunyikan Loceng Emas sebagai isyarat kepada Montblan Cricket, cucu Montblanc Noland lokasi Pulau Langit.
  • Saya percaya Luffy juga bakal mengotakan janji Joy Boy kepada Poseidon – dengan membawa semua Manusia Ikan ke permukaan lautan menggunakan Noah.

Jadi masuk akal juga kalau Shanks membuat janji dengan Roger yang Luffy akan turut sama berkait dengan janji tersebut!

Nasib dan Takdir?

Nasib (atau Takdir) juga merupakan tema utama dalam One Piece dan saya percaya Roger telah ditakdirkan untuk dikebumikan di Doan Island yang kemudiannya memberi sebab mengapa Shanks menziarahi Pulau tersebut

Secara tak langsung, Roger lah orang yang menjumpai individu yang dia tunggu dan memandu Luffy ke jalan mencari Raftel dan juga One Piece!

Image and video hosting by TinyPic

Teori oleh Celestial D. Dragon dan diolah semula demi untuk memudahkan pembacaan


Anda mahu penulisan dan perkongsian anda diterbitkan di website Budak Getah? Hantarkan artikel anda dengan KLIK SINI