Sesi Interview bersama Ketua Editor Weekly Shonen Jump

with No Comments 6000

Ini adalah Part 2 daripada 2 Artikel yang berkaitan pameran “Eiichiro Oda presents Hello ONE PIECE, Luffy is here!”

  • Part 1 – Pengalaman Team Budak Getah ke Pameran ONE PIECE di Kuala Lumpur! [KLIK SINI UNTUK BACA]
  • Part 2 – Sesi Interview bersama Ketua Editor Weekly Shonen Jump <– anda di sini

Sesi interview bersama dengan Ketua Editor Weekly Shonen Jump, Hiroyuki Nakano san

Sesi Interview bersama Ketua Editor Weekly Shonen Jump

  • Budak Getah – BG
  • Nakano san – N

Interview dilaksanakan menggunakan Bahasa Jepun oleh Hiroyuki Nakano-san dan Bahasa English oleh wakil daripada Budak Getah dan diterjemahkan oleh penterjemah yang berbaju putih.


Interview Mula

BG – Konnichiwa Nakano san. Saya adalah wakil daripada budakgetah.com, website One Piece yang merupakan salah satu platform dalam bahasa Malaysia untuk komuniti rakyat Malaysia yang minat One Piece. Selamat datang ke Malaysia Nakano san.

N – Hai, doumo arigatou (Terima kasih) *sambil mengangguk kepala

BG – Saya ada beberapa soalan yang saya nak tanya.

N – Hai hai douzou (boleh boleh, silakan)

BG – Selain daripada One Piece, adakah Nakano san akan membuat pameran macam ini untuk anime yang lain? Seperti Naruto ataupun siri anime yang lain?

N – Saya tiada apa-apa rancangan untuk manga yang lain, tetapi yang pastinya selepas kami mengadakan pameran ‘Eiichiro Oda presents Hello, ONE PIECE Luffy is here!’ di Malaysia, kami akan mengadakan pameran yang sama iaitu dari One Piece ke negara Asia Tenggara yang lain pula.

Rancangan untuk anime lain tiada dalam rancangan, tetapi untuk Pameran One Piece kami akan adakan di negara lain.

Sesi Interview bersama Ketua Editor Weekly Shonen Jump

BG – Jadi selepas pameran di Malaysia, negara mana lagi yang ada dalam senarai negara Nakano san?

N – Kami belum putuskan lagi negara mana yang akan kami akan pilih sebagai lokasi pameran ini, tetapi mana-mana negara yang berminat dengan Exhibition One Piece seperti ini, kami dengan sukacitanya sudi untuk menerima tawaran mereka.

BG – Jadi buat masa sekarang ini, belum ada mana-mana negara dalam senarai selain Malaysia?

N – Ya, belum lagi. Kami masih belum ada rancangan negara mana yang akan kami pilih selepas Malaysia.

BG – Soalan seterusnya, stok majalah Weekly Shounen Jump dan juga One Piece magazine adalah sangat terhad dan hanya ada dijual di Kinokuniya.

Pihak Publisher tak nak mengembangkan jualan ke tempat lain ke seperti MPH atau Borders?

N – Sudah semestinya kami ingin mengembangkan lagi jualan ke kedai-kedai yang lain.

Kami memang berharap sangat untuk membuka jualan ke kedai buku selain Kinokuniya. Jika kedai-kedai buku yang lain mempunyai permintaan, kami akan hantarkannya.

Sesi Interview bersama Ketua Editor Weekly Shonen Jump

BG – Betul ke pasukan Editor ada membaca beberapa fan teori tentang One Piece di internet?

N – Maksud awak, adakah saya membaca teori peminat One Piece di internet?

BG – Betul. Teori daripada fans.

N – Ya. Kami ada membaca beberapa teori.

BG – Wow. Tak sangka ya. Seterusnya, berapa lama lagikah manga One Piece akan berterusan?

N – Tak tahu lagi. Sebab manga One Piece adalah manga yang sangat popular di Jepun dan popularitinya semakin lama semakin berkembang dan jalan cerita pula semakin lama semakin panjang secara tidak sengaja.

Oda sensei sendiri juga cuba untuk menamatkan manga seawal yang mungkin disebabkan ianya sudah menjadi terlalu popular.

Tetapi mungkin One Piece tidak akan berakhir dengan begitu awal.

Jadi jika ada yang bertanya “bila One Piece akan tamat?”, kami hanya mampu menjawab “tak pasti”.

Kami juga sudah mula berbincang tentang apa yang kami akan buat pada ulang tahun One Piece yang ke 30.

Sesi Interview bersama Ketua Editor Weekly Shonen Jump

BG – 10 tahun lagi? Nampaknya One Piece memang lama lagi lah nak tamat hahaha. Jadi pengakhiran manga untuk One Piece dah siap ke?

N – Menurut Oda sensei, saya rasa dia ada satu plot untuk penamat One Piece.

Dan tiada siapa yang tahu apa yang Oda sensei rancang untuk penamat tersebut. Semuanya ada di dalam kepala Oda saja. Dan oleh sebab jalan cerita One Piece semakin lama semakin panjang, plot yang Oda rancang juga kadangkala berubah mengikut aliran semasa. Ianya bergantung kepada situasi.

BG – Dan soalan terakhir untuk Nakano san, adakah manga One Piece manga nombor 1 bagi Nakano san dalam majalah Shonen Jump?

N – Sebagai ketua Editor, semua manga dalam senarai Shonen Jump adalah manga yang terbaik bagi saya.

Jadi bukan sahaja One Piece tetapi manga-manga lain di dalam majalah ini adalah manga nombor 1 saya.

BG – Kawan saya nak tambah lagi satu soalan boleh ke?

N – Ya boleh boleh. Silakan.

BG – Kenapa Oda sensei tak datang?

N – Sebab Oda sensei sekarang tengah melukis manga untuk series Weekly Shounen Jump (WSJ) jadi Oda sensei tak boleh tinggalkan meja lukis dia.

Setiap minggu, Oda sensei dan mangaka-mangaka yang lain perlu hantar manga mereka kepada pihak kami untuk kami terbitkan di dalam majalah WSJ, jadi dia agak sibuk.

Sebab itulah dia tidak boleh datang. Terutamanya Oda sensei.

Dia tak pernah berhenti dan merehatkan diri daripada melukis manga.

Dialah satu-satunya mangaka yang paling banyak meluangkan masa melukis manga berbanding dengan mangaka lain untuk menghasilkan manga yang terbaik bagi peminat-peminatnya.

Oda sensei kadang kala menghabiskan masa sehingga 30-40 jam tanpa rehat dan tidur secara konsisten untuk menghasilkan manga.

Jadi sebab itulah Oda sensei tidak dapat datang.

BG – Saya ingin menyampaikan satu mesej sebagai peminat untuk Oda sensei supaya Oda sensei mengambil rehat atau cuti sebanyak yang diperlukan dan jangan terlalu ‘push’ diri dia sangat.

Kesihatan Oda sensei adalah sangat penting bagi kami.

Kami menghargai segala usaha yang Oda sensei curahkan khas untuk One Piece dan peminat-peminatnya tetapi kami juga risau dengan kesihatan Oda sensei.

N – Awak terlalu baik. Baiklah, saya akan sampaikan mesej awak kepada Oda sensei ya. Terima kasih atas keperihatinan awak.

BG – Terima kasih juga atas masa yang Nakano san sudi luangkan untuk kami.

Kami akan sentiasa support Oda dan One Piece 100% dan harap One Piece akan kekal menjadi manga yang paling popular di Jepun dan di dunia sampai bila-bila.

Interview Tamat


Haa, nampak tak korang?

Siapa sini yang asyik komplen Oda sensei sikit-sikit cuti, sikit-sikit break/hiatus?

Tampar diri sendiri itu sikit. Oda sensei dah buat yang terbaik untuk kita semua ini tahu?

Jadi kalau boleh, lepas ini saya harap korang faham ye kenapa Oda sensei sikit-sikit cuti, sikit-sikit ‘libur’.

Oda sensei ini manusia juga. Kalau korang kerja sampai 40 jam sehari pun korang mesti perlukan rehat kan? Macam itu juga lah Oda sensei.

Peminat yang betul-betul setia dengan Oda sensei tak kesah sangat kalau One Piece nak amik cuti.

Sebabnya peminat setia macam kita semua hormati

  • masa,
  • usaha dan juga
  • kesihatan

…Oda-sensei.

Kalau Oda sakit sebab overwork (terlebih kerja) macam mana? Sanggup ke kita semua hidup tanpa One Piece?

Jadi diharap sesi interview yang kami adakan ini akan bagi sedikit pencerahan kepada semua supaya

  • lebih memahami
  • lebih perihatin dan
  • lebih menghargai

…Oda-sensei (pencipta Manga kegemaran kita) ya?

Tanpa Eiichiro Oda, tak adalah One Piece.

Selepas sesi interview, saya dan Yato mengambil gambar lagi sekali dengan Nakano san untuk mengakhiri sesi temu bual dan juga tour ke dalam pameran Hello, ONE PIECE.

Sesi Interview bersama Ketua Editor Weekly Shonen Jump

Jadi, sampai sini sahaja laporan saya tentang pameran ‘Hello, ONE PIECE Luffy is here!’.

Sokonglah lah Oda dan marilah kita sama-sama pergi ke event ini yang diadakan khas oleh Eiichiro Oda sensei sendiri dengan bantuan

  • Pn. Maya Furuie
  • En. Ken Fukuttake
  • En. Hiroyuki Nakano
  • En. Hiroyuki Orikasa dan juga
  • Yang Berbahagia Datuk Seri Mohammad Taiyab.

Sekian sahaja laporan dari saya.

Sebelum terlupa, selamat menyambut

  • Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-60 
  • Hari Raya Aidiladha

Kepada seluruh rakyat Malaysia! 🙂

Terlepas baca artikel sebelum ini?

  • Part 1 – Pengalaman Team Budak Getah ke Pameran ONE PIECE di Kuala Lumpur! [KLIK SINI UNTUK BACA]
  • Part 2 – Sesi Interview bersama Ketua Editor Weekly Shonen Jump <– anda di sini