Siapa Shogun Kerajaan Wano?

with 3 Comments 9901

Sebelum kita mulakan teori pasal Shogun, mari sini kita belajar sikit pasal status-status di dalam feudalism Jepun.

Menurut carta hierarki seperti di bawah ini, Shogun merupakan kelas tertinggi dalam sistem dan kemudian diikuti oleh Daimyo dan Samurai.

Image and video hosting by TinyPic

Shogun

Image and video hosting by TinyPic

Jawatan paling top dalam sistem. Orang ‘kedua terpenting’ di Jepun tetapi beliau memikul tugasan paling banyak seperti

  • pemimpin tentera
  • bertanggungjawab dalam keputusan yang berkaitan dengan militant
  • peperangan dan yang seangkatan dengannya

Mostly semua yang berkait dengan perang la senang cerita.

Daimyo 

Image and video hosting by TinyPic

Memiliki jawatan kedua terpenting dan berkhidmat di bawah Shogun.

Dia juga bertanggungjawab untuk menguruskan kebajikan Samurai yang dibayar untuk melindungi beliau dari segala ancaman.

Samurai

Image and video hosting by TinyPic

Pahlawan Jepun (macam knight di Europe).

Diorang pula berkhidmat dalam menjaga dan melindungi Daimyo dengan penuh kesetiaan.

 

Now balik kat One Piece pulak, Daimyo kerajaan Wano adalah Oden Kozuki dan Samurai yang berkhidmat di bawah Oden pula adalah Kin’emon (sebab Kin ada tatu lambang keluarga Kozuki di belakang badannya)

Dia dilihat sebagai seorang yang sangat kuat dan berpotensi tinggi sewaktu berlawan sebagai contoh sewaktu dia tetap berlawan dengan Brook di depan kilang di Punk Hazard walaupun hanya tinggal badan sahaja (waktu ini kena kerat dengan Shichibukai Trafalgar Law)

Kin’emon juga mempunyai kemahirannya untuk membelah api. Tetapi yang paling penting adalah kesungguhan dia dalam mencari Momonosuke yang merupakan waris kepada Oden.

Samurai dikatakan merupakan individu yang sangat setia kepada tuannya.

Hal ini dapat dilihat apabila Kanjuurou sanggup mengorbankan dirinya agar Kin’emon dapat lepaskan diri dan pergi selamatkan Momo

Image and video hosting by TinyPic

Identiti Shogun pula masih lagi menjadi misteri yang Oda belum dedahkan apa-apa kepada para pembaca tetapi setakat yang kitorang tahu, Shogun kerajaan Wano ini berpakat dengan Kaido untuk menjatuhkan Oden sebab beliau merupakan salah seorang daripada suku Kozuki yang mewarisi ilmu pengetahuan tentang Poneglyph.

Kaido juga dikatakan ingin mendapatkan info daripada Oden, Momo, Kin’emon dan Kanjuroo tetapi dorang berjaya melarikan diri dari Wano namun Oden dan isterinya jatuh ditangan Kaido dan mati.

Keluarga keturunan Kozuki ini merupakan Pengukir Batu (Stonemason) sejak ratusan tahun yang lalu dan juga bertanggungjawab dalam mencipta ‘Poneglyph’.

Tetapi malang sekali Oden tidak mewariskan pengetahuan tu kepada warisnya (Momonosuke) ataupun Kin dan Kanjuroo. Beliau dikatakan tidak mahu mereka tahu kerana risau yang Kaido atau Shogun akan mengugut dan membunuh mereka.

Image and video hosting by TinyPic

Persoalannya, siapa Shogun kerajaan Wano?

Kalau nak ikut dari segi pamakaian baju penduduk kerajaan Wano, dapat agak yang Shogun pun akan memakai pakaian traditional yang sama.

Apa kata kite cuba recall balik karakter yang memakai baju yang ala-ala tradisi Jepun.

Image and video hosting by TinyPic

Hahaha terkejut? Nampak macam tak masuk akal kan?

Ada rasa macam ragu-ragu sikit betul tak?

Sabar. Tak habis explain lagi pun.

Cuba tengok mamat ini (Shiki the Lion) pakai baju apa?

Tak dinafikan la kan yang Shiki ini pakai baju tradisional kerajaan Wano sama macam apa yang Kin’emon, Kanjuroo dan Momonosuke pakai.

Lagipun, keseluruhan design Shiki itu sendiri menyerupai seorang Shogun.

 

Garp pun pernah cakap yang Shiki ini bukan jenis orang yang boleh nak bertolak ansur langsung dengan keamanan era pada jangka masa yang lama.

Tetapi dia juga ada bagitau yang Shiki ini seorang teliti sekiranya dia nak planning apa-apa.

Hal ini memberi implikasi yang Shiki mempunyai mindset seorang Warmonger atau Militarist (Ketenteraan).

Atau lebih tepat, seorang Shogun.

Image and video hosting by TinyPic

Shiki juga merupakan salah satu lanun zaman Roger yang tinggal dalam era Roger.

Malah, backstory pasal Shiki juga adalah canon. Sengoku siap mention lagi nama Shiki dalam main story.

Image and video hosting by TinyPic

Ini merupakan satu clue yang sangat besar.

Kenapa perlu mention nama Shiki dalam Arc Impel Down? (Chapter 530)

Kalau ikutkan, Oda boleh sangat kalau bagi kita info yang entah apa-apa dalam storyline.

In fact, lagi senang kalau Oda bagitau kite yang Impel Down ini penjara yang unbreakable.

Sebaliknya, Oda mencemarkan rekod Impel Down dengan mengatakan Shiki berjaya melepaskan diri.

If you ask me, aku percaya yang Oda ada prepare something untuk Shiki. Kita semua tahu kan Oda ini diiktiraf sebagai master dalam bab-bab foreshadowing kan?

Jadi, don’t underestimate the power of foreshadowing from Oda.

 

Lagipun, ada sedikit bukti yang nampak agak mencurigakan. Cuba tengok Cover page chapter 631 di bawah.

Image and video hosting by TinyPic

(Crocus dan Laboon diilustrasikan oleh Oda buat pertama kalinya selepas 2 tahun. Untuk pengetahuan pembaca, versi color tu dihasilkan oleh Shueisha dan diorang ikut Oda punya contoh coloring)

Clue paling besar yang kita nampak dalam cover page tu adalah topi yang lelaki misteri tu pakai. Memang sah-sah laa kan dari Wano.

Pakaian dia pulak iras-iras jaket Haori traditional Jepun.

Image and video hosting by TinyPic
Pakaian Haori

Ramai yang mengatakan bahawa lelaki misteri tu adalah Gaban tapi kan, sebenarnya lain.

Cuba korang compare dengan gambar kat bawah ini.

Image and video hosting by TinyPic
Scopper Gaban

Lagipun rambut Gaban hitam. Ada jugak yang kata orang misteri tu Seagull.

Image and video hosting by TinyPic
Seagull

Ini lagi la, beza dia ya Tuhan. Korang nilaikan sendiri la kan?

 

Tetapi banyak juga antara teori-teori yang mengatakan bahawa lelaki misteri itu adalah salah satu krew Roger sebab keakraban antara dia dan Crocus.

Tapi tak semestinya rival tak boleh minum sama-sama kan?

Ada kot scene minum antara Shiki dengan Whitebeard.

For old time’s sake bak kata omputih.

Image and video hosting by TinyPic

Sepanjang One Piece ditayangkan, kita sebagai peminat setia One Piece menyaksikan satu per satu generasi baru menumbangkan generasi lama.

Era Roger dah tamat 20 tahun yang lalu.

Whitebeard mati. Sengoku dan Garp kedua-duanya bersara.

Nama dan wajah lanun bertukar, memberi laluan kepada lanun-lanun baru dan munculnya Supernova terkenal seperti Trafalgar Law dan Eustass Kid.

 

Aku percaya bahawa halangan terakhir kepada generasi lanun yang baru merupakan seseorang yang setaraf dengan legendary pirate seperti Roger dan Whitebeard. (Shiki je la yang tinggal siapa lagi haha)

Dan dalam sepanjang perjalanan cerita One Piece, kita cuma nampak lagenda-lagenda terkenal ini tumbang dengan rela hati dengan korbankan diri atau public excecution

Kite tak pernah nampak pun saat-saat di mana generasi baru berlawan head to head dengan generasi lama.

Kalau la lanun-lanun muda generasi baru ini bakal mewarisi lagenda-lagenda lanun zaman Roger, mestilah diorang kena buktikan yang diorang ini layak.

Lagipun, since Oda dah create lanun yang dikatakan rival dengan Roger, kalau karakter hebat macam ini hilang secara tiba-tiba macam karakter sampingan, ianya bagaikan sebuah penghinaan terhadap Oda sendiri.

 

Oda dah foreshadow Shiki sejak Impel Down kot.

My point is, One Piece tidaklah se-straightforward atau boleh diramal dengan senang macam apa yang kita faham.

Oda ini dia bijak dan kreatif orangnya, dia ada baki ratusan Chapter lagi untuk mendera kepala otak kami semua sebagai pembaca dengan fakta-fakta mind-blowing dia tu dan dalam ratusan Chapter tu dia boleh buat apa sahaja yang dia nak atau perlu.

 

Seperti biasa, ini hanyalah sekadar theory.

Kalau Shiki memang merupakan Shogun kerajaan Wano wouldn’t it be awesome?

Tetapi, kalau Oda nak create karakter baru pun, terpulang kepada pencipta One Piece.

Kita pembaca hanya perlu pasrah dan terima dengan seadanya.

 

Korang rasa?

3 Responses

  1. Rsix Fx
    |

    salam min, maknanya shiki tu la shogun yg bekerjasama ngan kaido kan?

  2. saboo
    |

    Tak pasti bro. Ini cume teori je based on beberapa fakta2 yang admin kumpul dan analyse;)

  3. danar
    |

    pengen liat gambar aslinya shogun

Leave a Reply