Selamat Datang ke Budak Getah

Image and video hosting by TinyPic

First time singgah ke Website Budak Getah?

Selamat datang saya ucapkan 🙂

 

Dah banyak kali singgah ke Website Budak Getah?

Terima kasih saya ucapkan 🙂

Jangan segan-segan datang lagi ke sini

 

Di kesempatan ini saya nak ceritakan sedikit apa yang anda perlu tahu tentang One Piece (Budak Getah).

Terutamanya kepada sesiapa

  • yang masih blur dan
  • tak faham terma-terma yang digunakan

…di dalam One Piece dan perkara yang berkaitan dengannya.

 

This post is especially made with love, for you! 🙂

Kepada yang dah faham dan terer, anggap sahaja ini sebagai ulangkaji kepada anda.

Berkemungkinan juga ada kawan-kawan korang yang lain yang masih tak faham dan perlukan penerangan, jadi korang boleh share link website ini dan ajak kawan korang baca sekali.

Anggap ini sebagai

  • General Guideline atau
  • Garis Panduan Umum

…untuk peminat One Piece (Budak Getah) macam kita 🙂

Selepas membaca penjelasan di bawah, anda akan belajar dan tahu

  • Makna Manga
  • Makna Anime
  • Perbezaan di antara Manga dan Anime
  • Siapa Eiichiro Oda
  • Apa itu Filler?
  • Kenapa perlu ada Filler?
  • Apa itu Canon dan Non-canon?
  • Mana sumber yang lebih asli? Manga ke ataupun Anime?
  • Bila Chapter baru akan keluar?
  • Bila Volume baru akan keluar?
  • Bila Anime baru akan keluar?
  • Bila filem baru akan keluar?

1) MANGA

Manga adalah karya sebenar dari pelukis asal iaitu Eiichiro Oda.

Image and video hosting by TinyPic
Contoh terbitan fizikal Manga (Komik) yang dijual di Jepun
Image and video hosting by TinyPic
Antara muka hadapan koleksi Manga yang pernah diterbitkan

Definisi

Manga (漫画) ialah perkataan Jepun untuk komik (bukan berbentuk animasi, merujuk kepada kartun yang dicetak); di luar Jepun, ia merujuk khas kepada komik Jepun. Manga dihasilkan daripada gabungan ukiyo-e dan gaya lukisan barat. Biasanya manga dilukis dalam bentuk hitam putih (kecuali kulitnya).

Cara sebut – Man-ga bukannya Mang-ga (Mangga ini sejenis buah)

One Piece (ワンピース Wan Pīsu) atau dikenali dengan nama Budak Getah di Malaysia merupakan manga hasil karya oleh Eiichiro Oda. Ia mengisahkan pengembaraan sekumpulan sahabat yang belayar bersama-sama mengejar impian masing masing.

Pada 14 Jun 2015, diumumkan bahawa Eiichiro Oda dan One Piece telah menerima anugerah Guinness World Records untuk “salinan cetak komik terbanyak”.

Genre One Piece (Budak Getah) adalah

  • Aksi
  • Pengembaraan
  • Komedi
  • Shōnen
  • Drama
  • Fantasi
  • Ketenteraan
  • Misteri.

 

2) ANIME

Image and video hosting by TinyPic

Definisi

Anime (bahasa Jepun: アニメ) merupakan animasi yang berasal dari Jepun. Anime bagaikan gambar manga (komik Jepun) yang bergerak

Cara Sebut – Perkataan Anime asalnya dari perkataan inggeris animation yang disebut a-ni-me-syon (アニメーション).

Disebabkan kebiasaan orang Jepun untuk memendekkan perkataan katakana yang melebihi 4 huruf, syon (ション) dibuang daripada perkataan a-ni-me-syon, menjadikannya a-ni-me (アニメ) sahaja.

Istilah ini tidak digunakan sehingga pertengahan tahun 1960-an, di mana sebuah majalah Jepun mula membacakan animation sebagai anime. Dari sinilah, perkataan anime dilahirkan, dan digunakan sehingga hari ini.

Anime adalah adaptasi daripada manga yg diterbitkan oleh TOEI Animation setelah mendapat kebenaran daripada Eiichiro Oda

…dan disiarkan oleh Fuji Television berdasarkan siri manga dengan nama yang sama.

Episod pertama disiarkan di Jepun pada 20 Oktober, 1999. Siri Anime masih berterusan sehingga hari ini.

TOEI Animation mempunyai kuasa untuk menambah sebarang jalan cerita atau lebih dikenali sebagai “filler” asalkan ianya tidak mengganggu plot asal manga.

 

3) Apa Perbezaan di Antara Manga dan Anime?

Ada banyak perbezaan… tetapi masing-masing mempunyai kelebihannya tersendiri.

Berikut adalah senarai kelebihan & kekurangan mereka

Manga

  • Karya asal, asli dan tulen dari pencipta asal
  • Jalan cerita lebih jauh dari Anime
  • Tak bersuara
  • Tak berwarna (hitam putih)
  • Dilukis setiap minggu untuk terbitan Shonen Jump

Anime

  • Bukan karya asal, kadang kala jalan cerita ditokok tambah yang dikenali sebagai “filler”
  • Diterbitkan oleh TOEI Animation
  • Jalan cerita lambat berbanding Manga
  • Bersuara (boleh dengar)
  • Berwarna dan bergerak (lebih visual berbanding Manga)
  • Diterbitkan setiap minggu oleh TOEI Animation

4) Siapa Eiichiro Oda?

Image and video hosting by TinyPic
Eiichiro Oda, pencipta dan pelukis One Piece

Tak kenal Eiichiro Oda?

Dia adalah individu di sebalik siri manga yang paling berjaya diterbitkan oleh Mingguan Shonen Jump iaitu One Piece!

Eiichiro Oda dilahirkan pada 1 Januari, 1975 di Bandar Kumamoto, Wilayah Kumamoto di Jepun.

Kami ada tulis lebih tentang Oda pada satu artikel khas seperti di bawah

10 PERKARA YANG ANDA PATUT TAHU TENTANG EIICHIRO ODA” [KLIK UNTUK BACA]

5) Apa itu “filler”

Filler adalah jalan cerita yang direka oleh pihak TOEI Animation untuk memanjangkan jalan cerita..

Walaupun anime One Piece umumnya mengikut jalan cerita canon dengan teliti, ada juga perubahan yang ketara seperti menambah cerita tambahan.

Episode Non-canon Anime dikenali sebagai fillers (pengisi), kerana episode non-canon biasanya tidak dianggap sebagai berkaitan dengan plot asal keseluruhan siri ini.

“Kalau macam itu, kenapa perlu ada fillers (non-canon) episode?

Dalam anime, fillers secara amnya digunakan untuk

  • mengisi masa dan
  • mengelakkan anime

…terlalu cepat mengikut jalan cerita dalam manga.

Ini diperlukan kerana sesuatu Episod biasanya merangkumi lebih daripada satu Chapter Manga.

Sebagai contoh, Arc Kampung Syrup (Kampung Usopp) terdiri daripada 20 Chapter Manga yang diterbitkan ke dalam 10 episod Anime.

Oleh kerana kedua-dua Manga dan Anime dikeluarkan secara mingguan, penerbitan Manga tanpa bahan tambahan akan menyebabkan Anime cepat kehabisan bahan cerita untuk diterbitkan.

Episod Anime menangani masalah ini dengan

  • menambah dan
  • memperluaskan

…adegan-adegan atau sedikit jalan cerita supaya tidak cepat mengejar terbitan Manga dan bakal kehabisan sumber bahan rujukan.

6) Apa Itu Canon dan Non-Canon?

CANON

Apabila pengarang atau pencipta menulis sesebuah siri Manga, segala-galanya yang dia karang dianggap canon.

Senang cakap, canon adalah bahan asal yang dinyatakan oleh penulis dalam kerja mereka.

Canon adalah terma yang digunakan, dan bukannya meriam (kau tegak sangat kenapa?).

Untuk mengetahui kisah One Piece (Budak Getah) dan isi kandungannya yang asli, korang WAJIB BACA MANGA sebab siri ini bermula dari Manga.

Manga merupakan tulang belakang One Piece dan tanpanya, One Piece tak akan wujud.

  • semua perkara
  • semua orang dan
  • apa-apa peristiwa atau
  • segala maklumat

…yang terdapat dalam Manga adalah canon.

 

“Tapi bila baca Manga tak sedap, tak ada suara, tak bergerak” 

Betul, tak dinafikan perkara ini. Tapi bila tengok Anime, kenapa kau acah-acah lebih terer dari geng pembaca Manga? Padahal apa yang kau tengok kat Anime itu semuanya kitorang dah tahu 3 atau 4 bulan lebih awal dari kau. Oleh sebab itu, mohon jangan buat huru-hara dengan bertanya soalan-soalan tak masuk akal di dalam mana-mana Group sekiranya korang hanya menonton Anime.

Senang cerita tolonglah baca Manga supaya korang tak nampak bengap dan jadi mangsa troll. Kami (pembaca Manga) tahu kalau kau tanya soalan bodoh.

“Tapi saya tak faham Bahasa Inggeris”

Team Budak Getah dah mulakan terjemahan yang berkualiti di website ini. Korang dijemput untuk baca secara percuma di www.budakgetah.com/manga

Setiap hujung minggu

  • Khamis atau
  • Jumaat

…korang dijemput singgah ke website ini untuk baca terjemahan Chapter terbaru.

Kalau bukan korang yang baca, siapa yang nak baca nanti?

 

NON-CANON

Non-canon adalah bahan cerita yang tidak muncul dari cerita asal One Piece manga yang ditulis oleh Eiichiro Oda, termasuk

  • semua spin-off dan
  • penyesuaian sumber bahan dari Manga.

Maksud non-canon hampir sama dengan “filler”, tetapi terma non-canon biasanya digunakan untuk menerangkan jalan cerita.

Terma ini biasanya digunakan untuk

  • Movie dan
  • Filem-filem One Piece

…kerana kebanyakkan (boleh kata hampir semua) Filem One Piece adalah non-canon (tidak mengikut jalan cerita asal)

 

Sebagai contoh:

One Piece Filem Gold (2016) adalah non-canon.

Sebabnya?

Walaupun jalan ceritanya berlaku selepas Arc Pulau Dressrosa, tetapi

  • Sanji
  • Brook
  • Nami dan
  • Chopper

…berada di Pulau Zou terlebih dahulu sebelum Luffy dan yang lain yang bertolak dari Dressrosa.

Dari segi jalan cerita, ianya langsung tak mengikuti jalan cerita sebenar (spin off)

 

7) Mana sumber yang lebih asli? Manga ke ataupun Anime?

Sudah tentulah 100% Manga sumber yang lebih asli.

Membaca jambatan ilmu, menonton video membuang masa

Ok saja je buat peribahasa itu. Serius sangat sampai berkerut dahi tu apahal? 😛

Anyways, saya akan highly recommend peminat-peminat One Piece untuk baca Manga daripada menonton Anime.

Walaupun saya dah senaraikan

  • kelebihan dan
  • kekurangan

…di antara Manga dan Anime di atas tadi, tetapi saya tetap akan racun peminat One Piece terutamanya yang hanya menonton Anime untuk baca Manga. Hehe

Korang tengok Anime pun bukannya betul Anime itu, ada fillers yang merapu korang pun terus anggap benda itu canon je.

Contoh fillers merapu yang membuat penonton Anime bingung as fuck! dan tunjuk pandai di Group Facebook.

  • Poneglyph di tengah padang pasir Alabasta (fake, siapa percaya dia bodoh) – dalam Manga tak ada. Sukahati TOEI je buat macam tu!
  • Tanda parut ‘X’ di badan Luffy dibuat oleh Zoro (fake, siapa percaya dia bodoh) – dalam Manga tak ada. Parut X kesan dari tumbukan Akainu di Peperangan Marineford selepas Ace mati.

Dah nampak?

Sekarang pergi baca Manga! Tak ada alasan lagi!

(Saya tahu pelawat Budak Getah memang baca dan up to date dengan Manga, tapi pastikan korang ‘racun’ kawan korang yang hanya tengok Anime itu untuk baca Manga supaya diorang tak bingung dan memperbodohkan diri dia di khalayak ramai ataupun di group Facebook!)

8) Bila Chapter Baru Akan Keluar?

Secara officialnya Chapter Baru akan keluar setiap hari Isnin

Tetapi, kami di Budak Getah selalunya akan buat terjemahan dan terbitkan mengikut keluaran yang paling laju iaitu hari

  • Khamis atau
  • Jumaat

Kitaran yang biasa adalah setiap 3 kali (atau minggu) berturut keluar Chapter baru, maka satu minggu selepas itu adalah minggu cuti (atau rehat) untuk Eiichiro Oda.

Silakan nangis kalau tak ada Chapter baru (seperti gambar di bawah)

Image and video hosting by TinyPic

9) Bila Volume Baru Akan Keluar?

Kami di Budak Getah baru terbitkan Volume 82

Image and video hosting by TinyPic

Walaupun kami tahu pada 4 Februari 2017 yang lepas, Volume 84 sudah diterbitkan di Jepun.

Tetapi di Malaysia, atau lebih tepat lagi bila kami (Budak Getah) akan terbitkan Volume 83 dan Volume 84?

 

Lambatnya? Sepatutnya lepas terbitkan Volume 82, sambung je la terbitkan Volume 83 dan Volume 84?

Tak semudahnya cakap. Banyak kerja yang perlu dibuat.

Kalau nak cepat sangat, apa kata sama-sama tolong kami di Budak Getah untuk buat

  • typesetting dan
  • cleaning manga?

Hantarkan email kepada thebudakgetah@gmail.com dan nyatakan skillset yang korang ada untuk bantu kami di Budak Getah.

Pastikan anda boleh luangkan masa 3 jam setiap hari tanpa gagal demi untuk mempercepatkan

  • proses cleaning,
  • terjemahan,
  • typesetting dan
  • editing.

 

Kenapa buat Versi Digital? Kenapa tak bukukan je?

Kami dah jawab soalan ini di artikel yang bertajuk “3 Sebab Kenapa Kami Tak Buat Komik Fizikal” [KLIK SINI UNTUK BACA]

 

Perancangan kami yang sebenar adalah untuk meneruskan terjemahan dan terbitkan Volume lama yang berwarna penuh.

  • Februari – Volume 03
  • Mac – Volume 04
  • April – Volume 05
  • Mei – Volume 06
  • Jun – Volume 07
  • Julai – Volume 08
  • Ogos – Volume 09
  • September – Volume 10
  • Oktober – Volume 11
  • November – Volume 12
  • December – Volume 13

(Segala perubahan adalah dijangka)

Mana Volume 01 dan Volume 02?

Dah siap terjemah tahun lepas (2016). Boleh check it out di Budak Getah Shop untuk dapatkan naskhah korang.

 

Nak tengok-tengok dulu?

Silakan download Free Preview di bawah (Percuma!)

 

10) Bila Anime Baru Akan Keluar?

Anime bersarikata (subtitle) Bahasa Inggeris akan keluar setiap

  • Hari Ahad
  • Jam 10 pagi

…di WATCHOP

That’s it.

Jangan tanya lain sebab Anime is weak. Manga is better

Haha.

11) Bila Filem Baru Akan Keluar?

Belum ada perancangan dan khabar angin apa-apa tentang filem baru selepas One Piece Film Gold (2016).

Kalau ada nanti kami update.

Rasanya paling cepat pun maybe 2018?

 

Ok done! Sekarang anda dah tahu apa yang sepatutnya anda tahu tentang One Piece!

Apa kata teruskan baca tentang Budak Getah pula?

Baca Sejarah Penubuhan Budak Getah dot com

– Ketahui sejarah Penubuhan Budak Getah dengan lebih lanjut

–  Orang cakap, “tak kenal maka tak cinta” 🙂

>> KLIK SINI untuk BACA [Tentang Kami] <<