Tahniah Comic Paradise! Tapi sayangnya…

with No Comments 4066

Berita gembira dan sedih untuk peminat Budak Getah!

Kami kongsikan berita gembira dahulu.

Comics Paradise dah mula keluarkan terbitan Komik Budak Getah mereka sambungan dari Volume 82 (kira menyambung legasi Comics House)

Tahniah kami ucapkan! 🙂

Boleh tengok gambar-gambarnya seperti di bawah.

Harganya?

Cuma RM 7 sahaja

 

Boleh dapatkan di cawangan Comics Paradise / Animix yang ada di sini.

Kami di Budak Getah hampir menjerit kegembiraan apabila dapat tahu ada company yang terbitkan Komik Budak Getah terbaru dengan harga yang lebih kompetitif dari kami.

(ini juga bermaksud yang kami dah tak perlu buat penat-penat buat terjemahan lagi, yay!)

Tapi sayangnya…

Ini berita buruk yang anda patut tahu.

Terjemahan yang mereka buat got no love at all.

We are sad :'( Really really sad.

Bahasa Malaysia Translation Rights in Malaysia arranged by Shueisha Inc through Quantum Resources LTD.

Bahasa Malaysia rights? Pfff. More like Bahasa Indo / Robot Google rights.

Komen Peminat.

Antara komen pembaca dan pembeli yang dah dapatkan terbitan Comic Paradise yang menarik perhatian Team kami di Budak Getah

“Google translate, bang. Ok la dari takde”

“Ahaha macam bahasa indon jea ‘sampai ketemu’ hehe

“Pokoknya harus ditebang mas”

“Pokoknya, lol indo-ish”

“Ya ampun~~~”

“Padahal mereka sudah terlihat mirip…”

“Masak, hilang mood baca better buat english terus”

“Translator pun dah orang indon conquer ke? Jangan lepas ni manga translate guna bahasa melayu bangla sudah…”

“Adoi CP buat keje caca marba. Hmmm nak duit je ke apa diorang ni?”

“Pokoknya pokoknya… memang sah indon”

“Kalau macam ini gelak bukak sebab lucu jalan cerita op banyak gelak pasal seni kata dia jela…”

“Kenapa complain bebanyak nii… jika CP nampak nanti kecil hati dah tak nak print dan sambung one piece baru tahu!! Ssssshhhh diam-diam baca jer komik tu. Hargailah ada orang nak sambung publish komik kegemaran kita.”

“Bukan tak hargai… Sekadar teguran baiki kelemahan… Tak nak la nak kecik hati… hati pembeli pun kena juga… pendapat je…”

“Rasanya CP copy dari penerbit di Indonesia sebab sana pun dah kedepan keluaran volumnya…

Hasil kerja kami sebelum ini.

Sekarang nilaikan dengan terjemahan yang kami dah buat dan keluarkan tempoh hari.

Side-by-side.

Let’s be honest, terjemahan dari seorang hardcore fan One Piece (macam anda) yang

  • hati remuk
  • geram
  • panas
  • kecewa

…bila tahu Comics House bankrap

VERSUS

terjemahan dari a company who just wanna push out of store sell comics and suck money from you getting more sales

…yang mana akan lebih pentingkan

  • kualiti
  • perasaan peminat dan
  • pengalaman peminat?

You decide.

 

“tapi komik yang korang jual mahal, diorang jual lebih murah dan mampu milik”

Yes and no.

 

Mahal murah itu subjektif.

People are sick, kami jual ubat yang mujarab dan melegakan kesakitan serta merta

While the other people are selling poison at a low price and do not give a flying fuck care about your feeling and satisfaction.

Mana yang kau pilih?

 

Still think we are the money grabbing devil bad guy now, haters?

What a shame Comic Hell Paradise, we at Budak Getah would’ve thought you could do better than this.

 

3 Kenyataan Yang Korang Patut Tahu.

Ada di antara korang yang baca penjelasan ini adalah terdiri daripada mereka yang

  • baru tahu kewujudan Budak Getah
  • baru kenal Budak Getah siapa
  • baru like Fanpage Budak Getah

Berbanding mereka yang dah follow kami dari awal dan sama-sama mengikuti perjalanan kami di Budak Getah, kebanyakkan dari korang memang pastinya terlepas pandang tentang kenyataan-kenyataan yang kami dah pernah buat sebelum ini.

1. Kenyataan Pertama

Perancangan awal kami membangunkan Budak Getah adalah untuk
  • menjadikan Budak Getah dot com sebagai hub pengumpulan teori-teori menarik yang berkaitan dengan One Piece dan
  • tolong menjual Komik terbitan dari Comics House.

Buktinya?

Tengok di bawah ini

Kat mana nak baca kenyataan penuh kami ini? KLIK SINI

Tetapi sebab yang kedua tak berjaya sebab sebulan selepas website Budak Getah dot com dibangunkan, Comics House pun bankrap :'(

 

2. Kenyataan Kedua

Kami tak ada niat pun untuk sambung legasi Comics House.

Baca kenyataan penuh kami dengan KLIK SINI

Oleh sebab terlalu

  • kecewa
  • marah
  • geram dan
  • pelbagai perasaan berkecamuk

…dengan kenyataan yang Budak Getah terbitan Comics House sudah tak akan keluar di pasaran lagi, Team kami mula secara suka-suka terjemah Chapter terbaru untuk dikongsikan bersama dengan peminat yang lain.

Boleh tengok sendiri hasil kerja awal kami di Chapter 840 sehingga Chapter latest, anda boleh tengok dan nilaikan sendiri perkembangan kami dari mula sampai sekarang.

Perancangan awal kami cumalah ingin menjadikan Budak Getah dot com sebagai

  • hub pengumpulan teori-teori menarik yang berkaitan dengan One Piece dan
  • tolong menjual Komik terbitan dari Comics House.

Siapa tahu yang tiba-tiba Comics House nak bungkus sebelum ini?

Apa yang kami tahu adalah tak ada gunanya untuk kami

  • maki
  • marah dan
  • berperang

…dengan peminat One Piece yang tak sokong terbitan Comics House sebelum ini.

Sebab ianya pointless dan di luar kawalan kami.

Dan kami juga tahu yang memang sangat senang untuk terus complain itu ini, tapi sebenarnya buang masa betul tak?

At the end of the day, it does not solve the problem. – Akhirnya masalah tetap tak akan selesai.

Jadi kami ambil tindak proaktif dengan membuat terjemahan kami sendiri dan kongsikan dengan peminat One Piece (Budak Getah) yang lain.

Kami percaya, the best way to complain is to make things

Image and video hosting by TinyPic

Jadi apa sebenarnya yang kami (BUDAK GETAH) dah buat selama ini?

  • Terjemah Chapter Manga terbaru hampir setiap minggu
  • Menyediakan platform untuk anda baca terjemahan yang kami dah buat
  • Mengumpulkan peminat di Channel Telegram dan Group Chat Telegram
  • Berkomunikasi dengan peminat seperti anda di Media Sosial (Facebook Fanpage, Twitter dan Instagram)

Tak sangka peminat yang lain pun suka dengan usaha kami 🙂

By the way, anda boleh baca sejarah penuh penubuhan website ini di bahagian Tentang Kami.

Sekarang anda dah tahu yang kami bukan Comics House dan tak ingin meneruskan legasi yang dibina oleh Comics House, jom kita pergi ke sebab yang seterusnya.

 

3. Kenyataan Ketiga

Yang sebenarnya, kami memang tak berniat untuk terbitkan langsung terbitan komik secara fizikal.

Sebabnya?

1) Kami tak mahu ‘merompak’ anda dengan terjemahan yang asal boleh kalau mula diterbitkan dan dijual.

Kami faham perasaan anda yang mahu harga yang murah dan mampu milik, tetapi dalam pada masa yang sama mahu kualiti terjemahan yang terbaik untuk dibaca.

Trust us, we do too!

Oleh sebab ada di antara korang yang mungkin baru follow Budak Getah dot com atau anda seorang ignorant fuck, yeah you hater please read this, motherfucker! yang tak pernah baca kenyataan penuh ini boleh klik pada pautan di bawah ini

3 Sebab Kenapa Kami Tak Buat Komik Fizikal (Buat Masa Sekarang Ini) [KLIK SINI UNTUK BACA]

Tak ada niat langsung untuk kami sengaja letakkan harga yang mahal.

Kalau boleh jual RM 5 sebuah, dah lama kami jual.

Tapi disebabkan

  • kami tak ada dana
  • tak ada siapa yang nak sponsor dan
  • daripada kami sibuk tunggu peluang yang tak kunjung tiba

…lebih baik kami mulakan sesuatu daripada asyik komplen sahaja, betul kan?

 

Tetapi tak sangka, Comic Paradise buat rookie mistake macam ini (jual murah tapi kualiti terjemahan sampah)

Shame on you Comic Paradise, shame. on. you!

 

Ada yang cakap,

“Kenapa complain bebanyak nii… jika CP nampak nanti kecil hati dah tak nak print dan sambung one piece baru tahu!! Ssssshhhh diam-diam baca jer komik tu. Hargailah ada orang nak sambung publish komik kegemaran kita.”

Bullshit!

Komplen je, korang dah keluarkan duit korang beli terbitan mereka, korang ada hak untuk komplen

Takut komplen sorang-sorang?

Kita sama-sama komplen. Team Budak Getah bersama anda!

Kalau kita tak sama-sama komplen, diorang akan teruskan terbit terjemahan yang sampah dan tak berkualiti.

 

Siapa yang lebih faham perasaan dan ‘kesakitan’ anda selama ini?

Kami (Team Budak Getah) atau mereka?

 

“Rasanya CP copy dari penerbit di Indonesia sebab sana pun dah kedepan keluaran volumnya…”

Tak bro, diorang tak copy dari penerbit di Indonesia. You wish Comic Paradise copy penerbit Indo, tapi hakikatnya tidak.

Sebab ada fan Indo yang PM kami di Fanpage Budak Getah beberapa bulan yang lepas mengatakan di Indonesia mereka baru sampai di Volume 79

Kalau korang nak tahu, Malaysia adalah antara yang terawal keluarannya selepas Jepun.

Negara-negara lain semuanya lambat 3-5 Volume daripada keluaran Jepun.

 

Sekali lagi,

Siapa yang lebih faham perasaan dan ‘kesakitan’ anda selama ini?

Kami (Team Budak Getah) atau mereka?

 

2) Kos masa dan duit

Kami akui, kami tak mampu untuk bersaing dengan rangkaian kedai buku yang sudah established

Kami tahu limitasi dan kekuatan kami.

Mana mungkin kami pasukan kerdil boleh berlawan dengan gergasi yang

  • mempunyai 10 cawangan
  • mempunyai team yang lebih besar dan
  • memiliki banyak kedai fizikal

Kami baru bertapak lebih kurang 6 bulan dalam usaha untuk

  • ‘mengubati’
  • ‘mencuri hati’ dan
  • ‘mendapatkan kepercayaan’

…dari peminat-peminat Budak Getah di Malaysia daripada hasil usaha kami sendiri 🙂

Lagipun nak buat cetakan fizikal (production process) adalah sangat renyah dan leceh yang kami sendiri tak sanggup lakukan kalau tak ada pasukan dan dana yang mencukupi.

Kalau nak baca lebih lanjut tentang kos masa dan duit yang Team Budak Getah tanggung untuk setiap Volume yang diterbitkan, boleh baca dengan KLIK SINI

 

Jadi kenapa kami tetap terbitkan cetakan fizikal Volume 82?

Sebabnya korang juga (peminat One Piece Budak Getah).

Ada sebilangan besar dari korang yang follow Page Budak Getah tak putus-putus setiap minggu PM, Komen, Email dan pelbagai lagi yang meminta kami terbitkan cetakan fizikal.

  • Bukan sebab kami gilakan duit anda
  • Bukan sebab nak penuhkan poket perompak (yeah, some of you are really mean to us)

Trust us, awal-awal kami memang tak layan langsung untuk buat cetakan fizikal malah kami menolak untuk terbitkan cetakan fizikal selagi tak ada yang sponsor atau mahu join venture dengan kami.

Tapi bila korang tiap-tiap minggu ulang tanya benda yang sama, Team kami turutkan juga.

Itupun ada sebilangan kecil dari korang yang tetap

  • kecam kami
  • bencikan kami
  • tak puas hati dengan kami

Sebab?

Kami jual komik mahal. WTF bro (or sis)?

Kau yang miskin dan dengki tak dapat Volume 82, kami pulak yang dikecam. Maaf sebab terkasar di sini. Kalau anda miskin dan terasa dengan kenyataan ini harap jangan terasa, kami tujukan kenyataan ini kepada hater ‘yang satu itu’ sebab dia sendiri akui yang dia tak kesah support cetak rompak kalau harganya murah di salah sebuah komen perbincangan yang kami nampak.

  • Kami dah jelaskan dengan terang kenapa harganya seperti itu
  • Kami juga dah letak warning sebelum orang ingin membeli.

AMARAN KERAS!

Jangan cakap kami tak warning. Tempahan ini tak sesuai untuk anda yang…

1. Tidak berada di Malaysia. Kau ingat kau lawak buat order dari luar Malaysia? Macam mana kami nak hantarkan naskhah kau? Baik dapatkan sahaja Versi Digital di Budak Getah Shop [KLIK SINI]

2. Skeptikal as fuck dan tak percayakan Budak Getah (walaupun kami dah buat penerangan yang panjang lebar)

3. Baru follow Facebook Budak Getah dan baru tahu kewujudan website Budak Getah. Mohon baca penerangan dahulu [KLIK SINI UNTUK BACA]

4. Tunggu Comics House ‘bangkit semula’ dari kematian baru nak beli. Nak teruskan menunggu ya? Mohon baca artikel Comics House bungkus [KLIK SINI UNTUK BACA]

5. Acah-acah baik gila babi tak mahu beli salinan naskhah yang bukan dari official license (padahal tetap support (baca) scanlation English di website lain atau terjemahan Bahasa Melayu yang kami sediakan, what a hyprocytical bastard padahal korang juga la yang tak support Comics House menyebabkan diorang bungkus, senang cerita this is not for you!)

6. Rasa harga RM 30 tak berbaloi. What a rip off. Kalau anda boleh dapatkan harga yang lebih baik lagi please entertain us untuk buat sampai jadi, jangan complain sahaja.

7. Compare harga dengan Buku terbitan geng Dragon Ball Super (untuk makluman, cetakan mereka cuma 75 muka surat sahaja, manakala cetakan Budak Getah Volume 82 adalah sebanyak 220+ muka surat) – again, kalau boleh dapatkan harga lebih baik please buat sampai jadi, kami order je dengan anda.

8. Belum lagi baca artikel yang pernah kami kongsikan dahulu tentang kenapa kami tak buat buku fizikal [KLIK SINI UNTUK BACA] – please baca dulu.

Cuba beritahu atau tunjukkan kami, di page jualan kami ada ke kami acu pistol di atas kepala pembeli dan paksa mereka beli komik terbitan kami?

Jual beli di atas dasar suka sama suka.

Yang kau sakit hati sangat kenapa? Tolong lah muhasabah diri bro (or sis).

 

Maaf kepada yang tak berkenaan tapi terpaksa baca perkongsian ini.

Kami terpaksa kongsikan juga kekesalan di hati kami sebab ada pihak yang cuba memecah-belahkan kita.

 

Dia suruh bertabahlah kepada mereka yang beli mahal dari ‘page yang satu ini’ (kami la tu)

Apa motif dia buat macam itu pun kami tak faham. Hmmmm.

Kami boleh terima kalau

  • dia kritik hasil kerja kami
  • apa yang kami buat selama ini salah

(kami terima sebarang kritikan dengan hati terbuka supaya dapat meningkatkan kualiti dan servis kami dari masa ke semasa)

Yang kami tak boleh terima adalah apabila dia langsung tak fikirkan perasaan pembeli-pembeli komik dari kami yang telah terguris hati mereka dengan kenyataan sinis dia.

 

Kenapa perlu perli?

Kalau kongsikan sahaja di group One Piece kita dengan neutral tanpa perlian kan boleh?

Tak perlu tunjuk hero dan sombong sangat perli-perli page kami, nak pergi mana perli-perli tu?

Bertabahlah sebab terjemahan yang kau dapat terjemahan sampah dan kau buta-buta dirompak oleh Comic Paradise. Yeah bitch, good for you!

 

Ok cukup sampai di situ. The rant is over.

Berbalik semula kepada fokus sebenar kita.

Apa sebenarnya yang kita semua mahukan?

1. Adanya komik Budak Getah di pasaran sampai One Piece tamat.

Kalau company nak bankrap, bankrap lepas One Piece dah tamat, betul tak?

Kita semua memang heartless (tak berhati perut) dan cuma pentingkan diri sendiri kan?

Don’t fucking lie to us, memang fitrah manusia macam ini XD

2. Harga yang mampu milik (tapi tak mahu terjemahan yang asal boleh, nak terjemahan yang berkualiti dan tip top)

Kita semua nak harga murah.

Kalau boleh nak harga awal-awal dulu RM 3.90 je. Taknak harga lebih RM 10.

Tapi itu dulu dah berapa tahun yang lepas?

Sekarang tahun sudah tahun 2017 ya Abang dan Kakak sekalian. Mohon jangan ignorant sangat sampai tak faham konsep inflasi. Salahkan Najib

Kerana sikap segelintir dari kita ini lah yang menyebabkan industri komik ranap (Comics House bankrap in the first place sebab tak ramai yang support dengan membeli dari mereka)

3. Pastikan yang segala sokongan yang kita buat (dengan membeli dari pihak yang betul) dapat terus memajukan industri Komik dan Manga (Jepun)

Kalau boleh nak beli dari mereka yang sah.

Bukannya beli dari perompak macam Team Budak Getah kan? segelintir kecil dari korang memang kalau sembang babi pun boleh terbang tapi langsung tak ada buat apa-apa, cuma pandai kondem dan komplen sahaja.

 

Asalnya, Team Budak Getah memang nak lepas tangan je terus bila dah ada company yang teruskan legasi Comics House.

(sebab buat terjemahan susah la babi, kau cuma tahu komplen je memang la tak tahu apa-apa dan kami nak berbalik semula kepada perancangan asal kami bangunkan website ini)

 

Tetapi bila dah jadi macam ini, kami tak sanggup tengok Comic Paradise terus

  • ‘merompak’ dan
  • ‘mempermainkan’

…peminat di Malaysia.

Adanya proper translation rights license dari Shueisha melalui Quantum Resources LTD tak bermakna kau boleh pijak-pijak dan permainkan perasaan peminat Budak Getah.

 

It’s easy to condemn, but we choose not to.

Memang mudah untuk kami di Budak Getah terus kondem dan komplen apa usaha Comic Paradise (atau Quantum Resources LTD) dah buat walaupun hasilnya setakat ala kadar dan asal boleh.

Tetapi bila difikirkan balik tak guna jadi pembuat masalah dan sertai mereka yang suka komplen atau kondem pihak lain.

Kami juga tahu itu adalah usaha pertama mereka, dan kebiasaannya memang tak akan perfect.

We know it and we can understand how they feel.

Sebab kami sendiri dah lalui semua proses-proses ini (buat terjemahan, cetak buku dan jual kepada peminat)

 

Jadi, kami ingin ambil pendekatan yang jauh lebih baik iaitu

  • cuba untuk mengingatkan yang mereka (Comic Paradise) menjual kepada manusia, bukannya jual kepada robot (ataupun pasaran Indonesia)
  • cuba membantu mereka dalam mengusahakan terjemahan yang lebih berkualiti untuk kepuasan semua pihak.

 

Apa yang Team Budak Getah nampak sekarang adalah

  • Team Budak Getah
    • mampu menyediakan terjemahan berkualiti
    • ada marketing channel sendiri di pasaran online
    • update yang pantas mengenai berita terkini One Piece
  • Comic Paradise / Animix / Quantum Resources
    • mampu membuat cetakan dengan harga yang kompetitif
    • ada marketing channel sendiri (ada banyak cawangan kedai fizikal) di pasaran offline
    • ada license dari Shuiesha

 

We have done our part, now it’s your turn guys!

Image and video hosting by TinyPic

Apa kata setiap dari korang (ya, kau yang tengah baca ini) bantu kami ‘bom’ Page diorang supaya diorang bekerjasama dengan Team Budak Getah.

  • Kami boleh sediakan terjemahan yang berkualiti dan tip-top.
  • Diorang boleh fokus bahagian production dan distribution.
  • Semua peminat gembira dan suka ria dapat memiliki dengan harga mampu milik.

Everyone wins!

 

Jadi ini step yang kami sarankan supaya Comic Paradise nampak apa yang kita semua mahukan.

1. Pergi kat Page diorang Comic Paradise / Animix KLIK SINI

2. Komen kat Page diorang pasal terjemahan Budak Getah Volume 82 yang diorang terbitkan

3. Gunakan hashtag ini —> #tolongkerjasamadenganBudakGetahdotcom

Kalau diorang nampak ramai yang buat dan komen ini, tak mustahil diorang akan berhubung dengan Team Budak Getah untuk berbincang tentang perancangan seterusnya.

Mudah-mudahan dipermudahkan supaya semuanya terus berjalan dengan lancar.

*Kalau anda tahu media sosial diorang yang lain selain Facebook Fanpage boleh maklumkan juga kepada kami. Kita sama-sama let them know that Budak Getah exists.

Kenapa Budak Getah tak buat sendiri je? Contact diorang direct? Apsal pulak kami yang kena tolong buat?

Suara mana yang lebih kuat?

Suara seorang ke atau suara ramai orang?

P/s: If you are Comic Paradise / Animix / Quantum Resources LTD team’s or affiliated with them please note that this is not a post intended to condemn any of you or your recent works.

Our intention is pure and we at Budak Getah do not have ill will towards your business whatsoever.

We simply want the best for all (your company, other parties involved and especially fans of One Piece in Malaysia). Because of that we’d love to contribute everything we can to make it better for you and your customer.

A great translation is a must before printing any material and distributing them or else it will give bad impression to your customers and ultimately your business. Please give a fuck care about your customer. They are not stupid. People can see if you guys are just trying to make some fast cash. C’mon now, we think you could be better than this.

P/s/s: We can be best contacted at thebudakgetah@gmail.com if you are interested to further discuss about this or wanted to work together with us. Just send us an email, will ya?