Budak Getah ialah…

…laman dengan misi:

  • untuk menterjemah karya One Piece kepada bahasa Malaysia dan
  • mengumpulkan peminat One Piece (Budak Getah) di suatu tempat yang istimewa.

 

Apa yang anda boleh perolehi dan nikmati di website Budak Getah adalah…

  1. Berita berkaitan One Piece (Budak Getah)
  2. Manga Chapter baru
  3. Teori berkaitan One Piece
  4. Produk-produk berkaitan One Piece

 

Sejarah Penubuhan.

– Januari dan Februari 2016

Hampir setahun yang lepas (pada awal 2016) kami ada Channel Telegram (@onepiecetheory) yang membincangkan teori-teori menarik tentang One Piece (Budak Getah).

Kemudian pada Februari 2016, kami buka group Telegram (@onepiecegroupchat) selepas mendapat banyak permintaan untuk ruangan perbincangan mengenai teori-teori mengenai One Piece.

– Mac 2016 – August 2016

Kami yang terdiri daripada beberapa orang Admins yang aktif di Telegram meneruskan perkongsian di Channel dan perbincangan di One Piece Group Chat.

Kami dapati adanya limitasi apabila membuat perkongsian di Channel.

Topik-topik perkongsian yang kami dah pernah dikongsikan di Channel

  • hilang begitu sahaja dan
  • sukar untuk dirujuk kembali

…kerana new updates akan menyebabkan perkongsian yang lama hilang dan perlu diskrol ke atas apabila ingin dirujuk kembali.

Dalam tempoh 5 bulan ini, apabila dah terlalu banyak teori-teori yang dikongsikan di Channel, kami dapatinya memang perlu ada sebuah website untuk kami kumpulkan teori-teori itu dengan lebih teratur.

– September 2016

Dan pada September 2016, wujudlah Budak Getah dot com secara tak rasminya demi menyusun konten dan perkongsian secara lebih tersusun.

Dengan adanya website, kami juga setup akaun media sosial iaitu

Pada 22 September, salah seorang daripada Team Admin Budak Getah mula membuat terjemahan (Chapter 840) secara suka-suka.

Dan dari situ, Team Admin terus melakukan terjemahan secara mingguan.

– Oktober 2016

Awal Oktober, kami dapat tahu yang Comics House bankrap dan Volume 82 pun tak dijual di pasaran lagi 🙁

Penghujung Oktober 2016, Telegram One Piece Theory (Group Discussion) berjaya memperoleh ahli yang ke 1000 untuk join group discussion.

…terus diterjemah secara mingguan.

– November 2016

Awal November, Team Admin Budak Getah membuka tempahan awal untuk jualan untuk Budak Getah Volume 1 (berwarna penuh)

Mendapat sambutan yang menggalakkan dan dalam masa 2 minggu, kami dapat menyiapkan Volume 1 dengan jayanya.

Dari situ, Facebook Page Budak Getah mula dihujani dengan

  • komen dan
  • message

…yang mahukan Volume 82 untuk diterbitkan.

Penghujung November, kami membuka tempahan awal untuk Volume 82 dan inginkan 100 tempahan berbayar sekiranya peminat betul-betul mahukannya.

…terus diterjemah secara mingguan.

Bezanya kali ini Team Admin Budak Getah

  • lebih serius dalam melakukan terjemahan dan
  • menggunakan font yang lebih berkualiti untuk pembacaan.

– Disember 2016

Penyelenggaran dan updates di Website dijalankan (Tema baru, Shop yang lebih mesra pelanggan)

Pada 21 Disember, Channel Telegram One Piece Update / Theory berjaya memperoleh lebih 3000 followers

Pada 29 Disember, Facebook Fanpage Budak Getah berjaya mendapatkan 1000 fans pertama!

Pada 31 Disember, Budak Getah Volume 2 berjaya disiapkan dengan jayanya.

…diterjemah secara mingguan tanpa gagal.

– Januari 2017

Berjaya siapkan Volume 82 (Hitam Putih) versi Digital.

…diterjemah secara mingguan tanpa gagal.

– Februari 2017

…diterjemah secara mingguan tanpa gagal.

21 Februari, 2000 Fans di Facebook Budak Getah

Volume 3 (Berwarna Penuh) dalam progress.

– Mac 2017

Akan dikemaskini lagi nanti

 

Apa Yang Kami Dapat?

Apa yang kami buat ini secara

  • financially and
  • economically 

…adalah tidak menguntungkan.

Sebabnya kami tahu yang kebanyakkan daripada rakyat Malaysia yang minat dengan One Piece lebih suka benda free daripada bayar.

 

Buktinya?

Comics House, penerbit Budak Getah (tak disangka-sangka) bungkus secara rasminya sebulan selepas kami setup website Budak Getah ini.

 

Perancangan awal kami cumalah ingin

  • menjadikan Budak Getah dot com sebagai hub pengumpulan teori-teori menarik yang berkaitan dengan One Piece dan
  • tolong menjual Komik terbitan dari Comics House.

Siapa tahu yang tiba-tiba Comics House nak bungkus? FUCK! Hmmmm

Kami juga tahu dan sedar yang tak ada gunanya untuk kami

  • maki
  • marah dan
  • berperang

…dengan peminat One Piece yang tak sokong terbitan Comics House.

Sebab ianya

  • pointless dan
  • di luar kawalan kami.

“At the end of the day, it does not solve the problem.” – Akhirnya masalah tetap tak akan selesai.

 

Jadi kami ambil tindakan proaktif dengan

  • membuat terjemahan kami sendiri dan
  • kongsikan dengan peminat One Piece (Budak Getah) yang lain.

 

Kami percaya, the best way to complain is to make things

Tak sangka peminat yang lain pun suka dengan usaha kami 🙂

 

Hanya Dua Orang Sahaja.

Untuk makluman nakama semua, sekarang ini hanya ada 2 orang sahaja yang mengendalikan website ini secara full-time.

Tetapi, yang sebenarnya kami tak mampu buat full-time sebabnya

  • masih terikat dengan kerjaya sebenar kami dan
  • revenue yang datang dari website ini masih tak mampu untuk menampung kos sara hidup kami 🙁

 

Walaupun kami suka dengan kerja hakiki kami sekarang, sejujurnya kami gembira buat sesuatu yang berkaitan One Piece walaupun pada fasa sekarang ini masih belum membawa pulangan yang kami harapkan 😛

Harapan kami adalah untuk menyediakan terjemahan yang berkualiti, sebagaimana yang diharapkan oleh pencipta asal Eiichiro Oda kepada peminat One Piece pada setiap minggu secara full-time!

Untuk mencapai tahap tersebut, kami memerlukan sokong dari Nakama semua sebagai tanda perhargaan dari korang semua kepada kami disamping mengurangkan stress kami :’)

Cara Untuk Sokong Budak Getah dot com

Kalau korang suka apa yang kami buat sekarang ini, apa kata sokong kami dengan membeli produk yang kami sediakan di…

 

Kalau korang rasa berat untuk keluarkan duit, anggap sahaja korang yang korang belanja minum seorang ‘kawan’ di internet.

Jika 20-30% daripada pelawat Budak Getah membeli barangan yang ada di website ini, kami yakin yang impian kami untuk membuat terjemahan One Piece secara full-time akan tercapai dengan cepat.

 

Macam mana pula kalau saya tak ada duit untuk beli produk yang ada di Budak Getah Shop?

Jangan risau, tiada paksaan untuk membeli.

Apa yang korang boleh buat adalah korang perlu rajin-rajinkan tangan untuk klik SHARE segala posting kami di media sosial.

Buat selalu.

It really helps us out!

 

Janji Kami.

Kami tak mampu untuk berjanji apa-apa kepada anda

…tetapi, apa yang kami boleh buktikan adalah dengan sokongan terus daripada anda, kami akan ‘laburkan’ lebih banyak masa untuk Budak Getah supaya

  • anda boleh baca Chapter terbaru disamping
  • menikmati terjemahan yang berkualiti tinggi

…sebagaimana pencipta asal, Eiichiro Oda mahukan.

Terima kasih kepada sebilangan kecil fans kami yang terus menerus menyokong kami.

You guys are the true heroes!

Kami sangat menghargai setiap sokongan (baca – duit) yang anda berikan 🙂

 

Apa Yang Kami Akan Buat Dengan Duit Anda?

1) Sekarang ini kedua-dua kami mempunyai dua kerja

  • Satu kerja hakiki
  • Kedua – menguruskan website ini.

Dengan sokongan anda, kami akan boleh memberi lebih banyak fokus kepada Budak Getah dot com.

2) Kami akan laburkan lebih banyak masa untuk membuat terjemahan

  • Volume lama (full colour) dan
  • Volume baru (hitam putih) dengan lebih efisyen dan cepat.

Mungkin 2 Volume setiap bulan?

3) Lebih banyak terbitan-terbitan karya berkaitan One Piece (Budak Getah) akan diterjemah seperti

  • One Piece Databooks
  • One Piece Color Walks
  • One Piece Books (Movie Specials)

4) Menampung kos berkaitan website

  • Hosting (gambar dan video)
  • Domain
  • Web Security
  • Email solutions
  • Marketing
  • Members exclusive
  • E-Commerce

…dan kos-kos berkaitan yang lain.

5) Mungkin mula menerbitkan buku fizikal?

Hopefully, one day.

Kalau ada syarikat penerbitan yang nak JV dengan kami pun kami sangat berbesar hati.

  • Hantarkan ke email thebudakgetah@gmail.com hasrat anda untuk joint-venture

 

Terima kasih banyak kerana sudi baca sampai habis.

Terima kasih banyak di atas sokongan anda! Kami sangat-sangat menghargainya.