Teori Ketua-ketua Revolutionary Army

with No Comments 5062

Koala menggelarkan mereka pelik, gila. Tetapi pada translation yang lain ada mengatakan mereka ini “intense” iaitu hebat.

1. Bartholomew Kuma

Memang diketahui umum Kuma adalah salah seorang Revolutionary Army.

Kitab Bible yang dipegangnya adalah bukan bible sebenar, tetapi lebih kepada buku nota kerana helaiannya kosong, mungkin untuk menulis maklumat penting seperti tempat-tempat yang akan dihantar oleh Kuma untuk lawannya seperti krew Luffy.

2. Emporio Ivankov

Emporio Ivankov merupakan salah seorang orang kanan Dragon.

Pulaunya ialah tempat di mana Sanji berlatih selama 2 tahun kerana Sanji seorang tukang masak (Cook) dan pulau Ivankov mempunyai 99 recipes.

3. Dr. Vegapunk

Pulau tempat kelahiran Vegapunk adalah destinasi Franky berlatih. Kuma sangat menyanjung tinggi dan mempercayai Vegapunk walaupun Vegapunk adalah seorang Marine.

4. A Medical Tribal Savage

Pulau yang menempatkan orang-orang yang mempunyai pengetahuan hebat mengenai hal perubatan. Di sini juga merupakan tempat di mana Tony Tony Chopper berlatih ketika 3D2Y.

5. Heracles

Seorang raja di Flower Island, tempat di mana Usopp berlatih.

Heracles juga mempunyai kekuatan yang hebat kerana mampu mengalahkan kumbang gergasi dengan mudah sewaktu menyelamatkan Usopp.

6. Wizard from Whetheria

Tempat Nami berlatih selama 2 tahun, ahli sihir di pulau tersebut mampu memanipulasi keadaan cuaca.

7. Dracule Mihawk

Salah seorang Warlord sama seperti Kuma.

Kuma tahu tempat tinggal Mihawk dan menghantar Zoro ke pulau Mihawk. Kuma percaya Mihawk pasti ada sebab tersembunyi.

8. Hancock

Kenapa Kuma menghantar Luffy ke pulau yang amat membenci lelaki?

Kuma pasti mengetahui kisah silam Hancock dan mengenali beliau dengan rapat.

9. Red Leg Zeff atau seseorang dari Long Arm Tribe

Brook diterbangkan ke Pulau Harahettania (kata lain bagi kelaparan).

Zeff amat sinonim dengan makna kelaparan sama seperti Sanji. Mungkin ini foreshadowing daripada Oda atau juga salah seorang Long Arm Tribe kerana negara yang Brook pergi ini telah dirompak mereka.

Tapi saya lebih memilih Zeff kerana sewaktu Zeff muda, beliau dapat berlayar di New World tanpa cedera dan sekarang mungkin tugasnya adalah menjadi spy Revolutionary Army di lautan berasingan.

 

Dengan adanya Restoran Baratie, semua maklumat mudah didapati daripada lanun-lanun dan juga marine yang singgah di restorannya.

KUMA KENAL DENGAN KETUA REVOLUTIONARY

Kuma mengetahui dengan pasti ke mana hendak hantar krew-krew Luffy. Mungkin juga pulau-pulau yang dipilih Kuma adalah tempat ketua-ketua Revolutionary Army tinggal .

Sewaktu krew-krew Luffy bertemu semula 2 tahun kemudian,

  • Heracles
  • Pondan-pondan Ivankov
  • Ahli Sihir Whetheria (Wizards)
  • Burung daripada pulau Chopper berlatih dan juga
  • Boa Hancock

…datang membantu Straw Hat Pirates untuk meneruskan pengembaraan ke Dunia Baru (New World). Mereka tidak rasa takut malah identiti mereka tetap terlindung walaupun mereka menyerang angkatan Marines.

Apa pandangan anda tentang teori ini? Adakah nama yang disebutkan di atas merupakan salah ketua-ketua Revolutionary Army?

Kongsikan pandangan anda di ruangan komen di bawah

Leave a Reply