Apa Sebenarnya Kuasa Monkey D. Dragon?

with No Comments 5035

Monkey D. Dragon adalah antara salah satu karakter yang masih menjadi misteri dan tanda tanya kepada kita semua.

Walaupun terdapat pelbagai teori mengenai Dragon di dalam komuniti peminat One Piece, teori yang ini berjaya menarik perhatian saya.

 

Dragon Berkuasa Angin?

Kemunculan Dragon buat pertama kalinya ialah di Logue Town.

Ramai berbahas mengatakan yang Dragon berada di Logue Town kerana ingin menyelamatkan Luffy daripada dihukum mati oleh Kapten Buggy.

Ketika menyelamatkan Luffy daripada Buggy, Dragon juga turut menyelamatkan Luffy daripada Smoker.

Image and video hosting by TinyPic

Seperti yang kita tahu dari babak ini, Dragon muncul bersama angin ribut.

Disebabkan ini ramai yang mengatakan Dragon telah memakan “Buah Syaitan berkuasa Angin”

Tapi sebenarnya betul ke?

Dragon Berkeupayaan Zoan Mistik Shenlong.

Berkemungkinan juga yang Dragon tidak memakan Buah Syaitan Angin tetapi dia sebenarnya memakan Buah Syaitan Jenis Zoan Mistik iaitu Shenlong (Naga Lagenda).

Image and video hosting by TinyPic

 

Sebabnya?

1. Petir di Pentas Hukuman

Kita mulakan dengan petir yang datang “menyelamatkan” Luffy yang menyambar tiang hukuman dan pedang Kapten Buggy.

Adakah ianya kebetulan semata-mata?

Dengan adanya wajah Dragon di akhir babak tersebut, boleh dikatakan yang angin ribut petir tersebut sebenarnya dibawa oleh Dragon.

 

2. Angin yang Bertiup Kencang

Kemudian, hujan berhenti secara tiba-tiba dan angin mula bertiup kencang selepas Dragon menahan Senjata Batu Laut (Sea Stone) Kapten Smoker,.

Bagaimana boleh angin menghentikan Hujan?

 

Jadi, kemampuan Dragon agak logik apabila dikaitkan dengan pengawalan Cuaca seperti

  • angin
  • ribut
  • petir
  • hujan dan
  • lain-lain yang berkaitan.

 

Kenapa Mesti Zoan Mistik: Shenlong?

Kalau Dragon dikaitkan dengan cuaca, kenapa tak cakap yang Dragon adalah pengguna Buah Syaitan Logia berjenis Cuaca sahaja?

Alasannya adalah kerana karakter Dragon akan menjadi kurang menarik kalau dia hanya memiliki keupayaan mengawal cuaca semata-mata.

Bukan Eiichiro Oda lah namanya kalau tak meninggalkan petunjuk-petunjuk menarik yang tersembunyi dalam karyanya untuk kita membuat kajian.

 

Malah di dalam cerita Mitos China, Naga memiliki kemampuan mengawal elemen-elemen yang terdiri daripada sifat Angin + Air seperti:

  • Air
  • Hujan
  • Taufan
  • Ribut dan
  • Banjir.

 

Zoan Mistik yang Unik.

Seperti yang kita ketahui, Zoan Mistik merupakan Buah Syaitan dengan kemampuan unik dan mistik yang berkeupayaan untuk

  • berubah menjadi spesies binatang sahaja seperti Zoan biasa yang lain dan
  • memiliki keupayaan lain seperti Paramecia atau Logia.

Contohnya…

  • Marco The Phoenix dengan keupayaan Zoan Mistiknya dia mampu pulih semula daripada luka sepantas kilat seperti jenis Logia
  • ‘Buddha’ Sengoku mampu menghasilkan “shockwave” (gelombang renjatan) dengan keupayaan Zoan Mistiknya.

Jadi logik kalau Zoan Mistik mampu memiliki keupayaan yang biasanya ada pada buah Paramecia dan Logia,

Memang masuk akal juga kalau “Devil Fruit” Mythical Zoan: Shenlong betul-betul wujud di dunia One Piece dan dimiliki oleh Monkey D. Dragon yang memiliki keupayaan untuk mengawal cuaca.

 

Inspirasi Timur.

Kemudian, dalam Chapter dan Episode One Piece yang lepas Ivankov pernah menegur Dragon yang asyik memandang ke arah Timur (East).

Image and video hosting by TinyPic

Shenlong juga berasal dari negara-negara di Timur seperti China yang merupakan Wilayah Asia Timur.

Merah Simbolik Cina.

Dan bendera Revolutionary Army (Tentera Revolusi) yang berwarna merah juga memiliki warna seperti bendera tempat asalnya Shenlong di China?

Image and video hosting by TinyPic

Kapal Dragon.

Dan yang terakhir, kapal Dragon memang jelas berbentuk seperti Shenlong dari kepala sampai ekornya.

Image and video hosting by TinyPic

Semua bukti-bukti yang saya tunjukkan di atas ini menunjukkan betapa logiknya kalau Dragon memiliki Buah Syaitan Zoan Mistik: Shenlong.

Sangat masuk akal jika Dragon memakan “Devil Fruit” Shenlong yang juga dapat mengawal cuaca seperti yang disebutkan dalam lagenda Mitos Cina

 

Apa pandangan korang?

Cliche ke tak kalau Monkey D. Dragon berkuasa Zoan Mistik Dragon Shenlong?

 

Artikel kiriman oleh Harith Khusyairi dan diolah semula demi untuk memudahkan pembacaan


Anda mahu penulisan dan perkongsian anda diterbitkan di website Budak Getah? Hantarkan artikel anda dengan KLIK SINI