Teori Pengakhiran Manga / Anime One Piece

with 5 Comments 3941

Manga One Piece ciptaan Eiichiro Oda merupakan manga yang paling popular bukan sahaja di Jepun malah di seluruh dunia.

Mula dihasilkan pada tahun 1997 dan kini sudah 19+ tahun bertahan dalam dunia manga dan anime.

Apa yang membuatkan cerita One Piece ini menarik dan lain daripada manga yang lain adalah kerana

  • plot yang unik dan tersusun
  • jalan cerita yang misteri
  • tidak cliche serta
  • karakter yang berwarna-warni.

Malah sebuah babak atau dialog yang kecil pada suatu chapter boleh menjadi

  • petunjuk dan
  • bayangan

…kepada sesuatu yang penting dan besar pada beratus-ratus chapter kemudiannya.

Namun tidak tahu sampai bila One Piece ini akan tamat.

Oda sendiri berkata yang One Piece kini hanya separuh daripada penceritaannya, bermaksud mungkin ia akan tamat dalam 10 atau 15 tahun lagi dan mencecah ribuan chapter.

Akan tetapi, kepada yang hendak tahu

  • pengakhiran dan
  • misteri harta karun One Piece

…ini adalah teori yang paling logik dan masuk akal setakat ini hasil daripada perbincangan hebat komuniti peminat siri One Piece.

Teori Pengakhiran One Piece: The Inherited Will.

Image and video hosting by TinyPic

THE VOID CENTURY

Mari kita mulakan dari awal. Ada satu tempoh masa yang dinamakan Void Century dalam dunia One Piece, di mana hanya kru dari lanun Gol D. Roger sahajalah yang mengetahui misteri apa yang terjadi di dalam tempoh masa tersebut.

Namun, seorang profesor Ohara bernama Clover telah memperolehi petunjuk tentang apa yang terjadi di masa itu.

Beliau mengatakan bahawa terdapat sebuah kerajaan kuno yang digelar Ancient Kingdom atau Great Kingdom yang amat hebat dan menguasai seluruh lautan.

Namun kerajaan tersebut memiliki ramai musuh yang sangat berbahaya, yang pada akhirnya musuh-musuh itu

  • berjaya meruntuhkan kerajaan hebat tersebut dan
  • menghapuskan semua bukti-bukti kewujudannya dari sejarah.

Image and video hosting by TinyPic

Image and video hosting by TinyPic
Dalam masa yang sama sewaktu kerajaan agung itu dilenyapkan dari dunia, World Government juga dibentuk buat kali pertamanya pada waktu itu.

Maka Clover membuat kesimpulan bahawa World Government yang wujud sekarang tak lain dan tak bukan adalah musuh silam kerajaan agung tersebut.

THE HIDDEN PATTERN

There are three things that cannot be stopped:

  • Man’s dreams (Impian manusia)
  • The flow of time (Aliran masa ATAU perubahan zaman)
  • Inherited will (Keazaman ATAU semangat yang diwarisi)

As long as people continue to seek the true meaning of freedom, they will never ceased to be!
~ Gol D. Roger

Dalam dunia One Piece, kebanyakan Arka atau cerita dalam dunia One Piece dirangka mengikut ketiga-tiga aturan tersebut, seperti contoh kisah Chopper dan Dr. Hiluluk:

Impian Dr. Hiluluk adalah untuk untuk mengubati hati rakyat di Pulau Drum yang telah membeku dan dingin yang disebabkan oleh sikap pentingkan diri Raja Wapol dengan membuat bunga sakura mekar di Drum Kingdom (Man’s Dream). Namun Hiluluk telah kalah melawan penyakit yang dideritainya menyebabkan impiannya tergendala di makan masa (Flow of Time). Impiannya diwarisi oleh Chopper, yang pada akhirnya berjaya membuat bunga sakura mekar di Drum Kingdom dan berlayar bersama Luffy (Inherited Will).

Kisah Golden Bell of Shandorian:

2 orang rakan baik, Calgara dan Noland berpisah di persisiran Jaya. Persahabatan mereka tidak berhenti di sini dan mereka berjanji untuk bertemu lagi (Man’s Dream). Calgara sering membunyikan loceng emas agar rakannya tidak sesat dalam perjalanannya. Malangnya, pulau Jaya telah ditakdirkan untuk tercampak 10,000 meter di atas langit. Calgara mati disebabkan perang, manakala Norland dihukum mati di kampung halamannya. Dengan itu janji tersebut turut terkubur (Flow of Time).

400 tahun kemudian, seorang budak bernama Luffy berjaya menjumpai loceng emas tersebut dan membunyikannya semula untuk memenuhi janji yang telah dilupakan itu (Inherited Will).

Begitu juga dengan kisah Sanji:

Zeff si kaki merah mempunyai impian untuk mencari “All Blue“, lautan lagenda di mana lautan dari Utara, Selatan, Barat dan Timur bertemu dan mempunyai ikan daripada keempat-empat lautan (Man’s Dream). Namun setelah setahun berlayar di lautan Grand Line, beliau meninggalkan laut tersebut dan peristiwa kehilangan kaki kanannya menyebabkan beliau terpaksa melupakan impiannya (Flow of Time). Namun impiannya diwarisi oleh Sanji yang turut belayar bersama Luffy untuk mencari lautan All Blue (Inherited Will).

 

Boleh disimpulkan rangka cerita kebanyakan Arka di dalam One Piece adalah seperti berikut:

  1. Di masa lampau, ada seseorang yang memiliki impian tertentu, namun impian tersebut tidak sempat dikabulkan.
  2. Impian tersebut tidak terkabul dan terkubur dalam suatu tempoh waktu yang lama.
  3. Muncul seseorang yang akan mengabulkan impian tersebut dan merupakan seseorang yang mewarisi impian pemilik asal.

 

Kisah-kisah dalam One Piece diceritakan mengikut aturan ini berkali-kali namun mungkin tidak ramai yang perasan.

Aturan ini kita gelarkan “The Golden Pattern” kerana Gol D. Roger yang mencetuskannya.

  • Lalu bagaimana dengan impian Gol D. Roger sendiri?
  • Adakah ia juga mengikut aturan The Golden Pattern ini?

Persoalan ini terjawab di dalam Chapter 576:

Image and video hosting by TinyPic

Image and video hosting by TinyPic

Nampaknya Roger juga

  • mempunyai suatu impian,
  • impian yang diwarisi sejak beratus tahun, dan
  • dia menunggu seseorang untuk membawa impian tersebut,

…dan ia juga mempunyai kaitan dengan One Piece.

Oleh itu, apakah sebenarnya impian Roger?

Image and video hosting by TinyPic

 

ROGER’S DREAM

Impian Roger yang diceritakan kepada Whitebeard, sebenarnya bukanlah impiannya sendiri. Roger sebenarnya mewarisi impian tersebut dari 800 tahun yang lalu, ya, impian yang telah dilupakan dan dihilangkan dari The Ancient Kingdom.

Kerajaan Ancient Kingdom ini sangat besar, dan menguasai hampir seluruh dunia.

Mereka juga memiliki teknologi yang sangat canggih, namun ada satu perkara yang menjadi masalah kepada mereka.

Seperti yang kita tahu, dunia One Piece memiliki empat lautan utama yang dibahagi oleh Grand Line dan Red Line.

The Ancient Kingdom menganggap kedua-dua tebing ini sebagai pengganggu yang harus dimusnahkan kerana mereka mengganggu para pelaut dan penjelajah yang hendak menyeberangi lautan dengan bebas, yang juga menghalangi kerajaan ini mencapai kemakmuran tertingginya.

Maka, mereka membuat sebuah projek raksasa yang boleh dianggap gila tapi harus juga dilaksanakan.

Projek ini adalah projek untuk menghancurkan titik temu antara Red Line dan Grand Line, dan dengan demikian menyatukan keempat lautan tersebut menjadi sebuah lautan besar.

Projek ini dinamakan ONE PIECE.

Untuk merealisasikan projek ini, The Ancient Kingdom telah mencipta dan memiliki tiga buah senjata kuno iaitu

  • Pluton
  • Poseidon dan
  • Uranus

…yang berkemampuan untuk menghancurkan dunia, yang kini disebut Ancient Weapons (Senjata Purba).

Image and video hosting by TinyPic

Namun, tidak semua orang senang dengan projek tersebut.

Terdapat 19 daripada 20 kerajaan kecil yang lain tidak setuju dengan projek itu, maka mereka bersatu dan melancarkan perang terhadap The Ancient Kingdom.

Akhirnya mereka memenangi perang dan kerajaan-kerajaan kecil ini bergabung membentuk World Government.

Kekalahan dalam perang tersebut menyebabkan Ancient Kingdom beserta projek One Piece lenyap dari muka bumi dan sejarah mengenai kewujudan kerajaan agung itu juga dihapuskan oleh World Government.

THE FLOW OF TIME

Namun, the Ancient Kingdom ini seperti sudah dapat mengagak akan kejatuhan mereka.

Mereka pun mencipta Poneglyphs yang terkandung mesej yang ingin disampaikan kepada generasi akan datang dengan batu yang tidak boleh dimusnahkan serta tulisan yang tidak dapat difahami lalu disembunyikan di seluruh muka bumi, berisikan sejarah mereka dan Ancient Weapons yang mereka ciptakan.

Update Chapter di Zou Arc: Keluarga Kozuki adalah pengukir batu dari Wano yang mencipta batu Poneglyph.

Mungkinkah mereka sebahagian daripada penduduk Ancient Kingdom? Sebab Wano adalah negara yang mengamalkan dasar closed door policy (tak bersetuju dengan World Government?)

Disebabkan itu, World Government melarang sebarang aktiviti untuk membaca Poneglyph dan mempelajari sejarah sebenar yang berlaku pada Void Century.

THE INHERITED WILL

Ketika Gol D. Roger tiba di pulau Raftel, tempat terakhir di New World, dan juga dikhabarkan adalah pulau di mana kerajaan Ancient Kingdom terletak pada suatu ketika dahulu, mereka telah berjaya bertemu dan mengetahui sejarah yang telah hilang itu 800 tahun yang lalu.

Beliau tahu apa yang harus dilakukan untuk melaksanakan projek One Piece, namun tubuhnya dijangkiti oleh penyakit yang tiada penawar dan umurnya tidak panjang.

Maka, Roger memutuskan untuk mencetuskan era “The Great Age of Pirates” yang terkenal itu, dengan harapan seseorang yang cukup kuat akan muncul dan memenuhi impian tersebut untuk menggantikan dirinya.

Image and video hosting by TinyPic

Image and video hosting by TinyPic

Dan siapakah seseorang itu yang telah mewarisi impian tersebut?

Rasanya kita semua sudah tahu jawapannya.

THE PROJECT OF ONE PIECE

Bagaimana projek ini akan terlaksana?

Rajah berikut menunjukkan bentuk bumi dunia cerita One Piece. Terdapat 4 lautan utama iaitu

…yang dipisahkan oleh Redline (tanah besar yang menegak) dan Grand Line (arus laut melintang).

Image and video hosting by TinyPic

Image and video hosting by TinyPic

Image and video hosting by TinyPic

Image and video hosting by TinyPic

Image and video hosting by TinyPic

Image and video hosting by TinyPic
Peta East Blue

 

Idea One Piece ini adalah projek untuk menciptakan lautan yang sempurna untuk dilayari.

Oleh itu ada dua perkara yang harus dilakukan:

  • menyatukan empat lautan besar menjadi satu lautan yang besar, dan
  • melenyapkan keluarbiasaan dan ketidakstabilan di Grand Line.

Adakah ia tidak mustahil untuk dilakukan?

Sebenarnya ia tidak mustahil untuk saintis Ancient Kingdom.

Caranya adalah dengan menghancurkan satu titik di mana semua lautan di muka bumi iaitu

  • North
  • West
  • East
  • South
  • Grand Line
  • New World
  • Calm Belt

…bertemu di satu tempat.

Titik ini ada dua, dan keduanya harus dihancurkan:

Ya, tempat pertama Luffy memasuki Grand Line dan tempat di mana Tenryuubito (Celestial Dragon) tinggal.

Image and video hosting by TinyPic

Maka, apakah yang mampu untuk menghancurkan titik tersebut?

Ya, itulah Ancient Weapon atau Senjata Kuno iaitu Pluton.

Image and video hosting by TinyPic

Setelah Reverse Mountain dihancurkan, lautan akan menjadi lebih ganas dan tidak stabil daripada sebelumnya kerana telah kehilangan jumlah daratan yang sangat besar dan lautan utama bertemu antara satu sama lain.

  • Pusaran air besar akan muncul ditengah-tengah titik kemusnahan
  • Ribut dan ombak besar akan mengganas di mana-mana.

Namun setelah beberapa ketika, lautan akan menjadi normal kembali.

Maka bermulalah keajaiban, di mana…

Cuaca teruk di Grand Line dan New World dan

  • medan magnet yang tidak stabil akan lenyap,
  • angin dan badai akan mulai bertiup di Calm Belt.

Juga ada teori yang menyatakan ia disebabkan oleh satu kuasa yang mampu mengawal dan menstabilkan cuaca, iaitu dengan salah satu Senjata Kuno iaitu Uranus yang bermaksud Sky atau Heaven.

Oleh itu bagaimana pula dengan para Sea King (raksasa Raja Laut)?

Setelah kesemua lautan bertemu, pasti Sea King akan mengganas dan tidak senang duduk.

Jadi, inilah tugas satu lagi Senjata Kuno iaitu Poseidon yang mempunyai kuasa untuk menguasai dan mengawal Sea King di mana Poseidon akan menenangkan raksasa-raksasa ganas ini dan menciptakan pelayaran laut yang aman.

Kuasa Poseidon kini dimiliki oleh Permaisuri Duyung Shirahoshi.

Image and video hosting by TinyPic

Maka dengan ini, projek One Piece telah pun selesai dan lahirlah satu lautan yang ideal!

Dan kesan daripada projek ini…

Pusaran air akan tercipta dari kehancuran Reverse Mountain.

Kenapa?

Kerana air laut daripada keempat lautan akan mengalir menuju ke titik musnah iaitu tempat asalnya Reverse Mountain, dan bersama dengan air laut datang bersama segala macam penghuni lautan, dan hasilnya?

All Blue, lautan lagenda impian Sanji di mana semua jenis ikan di muka bumi dapat ditemukan di sini.

Image and video hosting by TinyPic

Dengan ini sekurang-kurangnya 6 impian ahli lanun Topi Jerami (Mugiwara Pirate) akan terlaksana dengan projek ini:

  1. Luffy berjaya menjadi Pirate King (Raja Lanun) setelah berjaya melaksanakan projek One Piece, menjadikan beliau lanun yang paling dihormati, disegani dan bebas di atas lautan.
  2. Sanji berjaya menjumpai All Blue.
  3. Nami dapat melukis peta dunia yang telah lama diimpikannya.
  4. Franky dapat melihat Thousand Sunny berlayar di seluruh dunia.
  5. Robin berjaya menemukan sejarah yang hilang (Void Century), jika tidak, bagaimana orang akan tahu akan One Piece?
  6. Brook dapat bertemu Laboon dengan mudah tanpa dihalangi oleh tebing-tebing Reverse Mountain yang curam.

Image and video hosting by TinyPic

 

Sekarang, bagaimana pula dengan Mariejoa dan Fishman Island?

Perhatikan, kedudukan Mariejoa dan Fishman Island adalah selari.

Image and video hosting by TinyPic

Dalam chapter 610, Madam Shirley ada meramalkan yang Fishman Island akan dimusnahkan oleh seorang manusia yang memakai topi jerami yang tak lain dan tak bukan adalah Luffy.

Image and video hosting by TinyPic

Madam Shirley tidak berbohong ketika dia meramal melihat masa depan.

Luffy akan menghancurkan Fishman Island; walaupun Luffy tidak menghancurkan Fishman Island buat masa sekarang, tapi dia pasti akan memusnahkannya kelak bagi bagi melaksanakan projek One Piece mengikut ramalannya.

Image and video hosting by TinyPic

Image and video hosting by TinyPic

Dan nenek moyang Fishman Island sebenarnya sudah pun ambil maklum mengenai peristiwa yang bakal mendatang ini, tetapi bagaimana mereka tahu?

Ingat lagi dengan Joy Boy?

Image and video hosting by TinyPic

Ya, dia adalah seorang raja dari Ancient Kingdom (mungkin diilhamkan Oda berdasarkan seorang raja Kerajaan Kediri di Jawa Timur bernama Joyoboyo/Jayabaya yang memerintah sekitar tahun 1135-1157).

Joy Boy telah membuat perjanjian dengan Mermaid Princess pada masa itu iaitu Poseidon, penguasa raksasa Sea Kings.

Joy Boy berjanji kepada Poseidon bahawa sebagai ganti penghancuran Fishman Island, ia akan memberikan tempat yang lebih baik di atas permukaan air, di mana mereka dapat hidup di bawah matahari (ini juga adalah impian Queen Otohime).

Untuk tujuan inilah Noah’s Arc dibina oleh Joy Boy kepada rakyat Fishman Island.

Noah’s Arc telah berjaya dibina oleh Joy Boy, tetapi malangnya kerajaannya hancur terlebih dahulu disebabkan perang.

Disebabkan janji Joy Boy terhadap Poseidon tidak dapat dilaksanakan, maka dia meminta maaf kepada Poseidon melalui Poneglyph seperti yang Robin temukan di Fishman Island.

Namun dia tetap berjanji yang hari di mana para fishmen dan mermen dapat hidup di bawah matahari di atas permukaan air pasti akan tiba pada masa akan datang, dan orang yang akan memenuhi janji itu tidak lain dan tidak bukan adalah Luffy sendiri (sekali lagi Oda menggunakan “golden pattern“).

Kesimpulannya, “The Promised Day” yang dijanjikan oleh Joy Boy kepada Poseidon dan ramalan Madam Shirley, kedua-duanya sebenarnya adalah benda yang sama.

Senarionya mudah, pada hari yang dijanjikan itu, Luffy akan gerakkan serangan ke tempat yang harus dimusnahkan, tapi sebelumnya Puteri Shirahoshi akan mengarahkan Sea King untuk menggerakkan Noah’s Arc yang membawa rakyat Fishman Island ke tempat yang selamat.

Image and video hosting by TinyPic
A = Sunny Tree of Eve B = Red Line C = Underwater Red Line D = Ocean Cave E = Fishman Island F = Holy Land Mariejoa

Setelah dimusnahkan, keajaiban yang sama berlaku di titik Reserve Mountain yang dimusnahkan akan turut berlaku di sini. Lautan All Blue akan muncul menggantikan titik yang telah dimusnahkan.

Mermen dan Fishmen akan berpindah ke sini dan membina tamadun dan menjadi tempat tinggal yang baru di sekeliling Sunny Tree of Eve yang akan selamat dan tidak dimusnahkan dalam projek ini.

Image and video hosting by TinyPic
A = Sunny Tree of Eve B = Tempat tinggal baru bagi penduduk Fishman Island C = All Blue D = Sisa kemusnahan Red Line

Image and video hosting by TinyPic

Ini juga menandakan perakhiran bagi pemerintahan World Government kerana Mariejoa, simbol utama World Government juga akan turut terkubur bersama Fishman Island dalam proses ini dan Luffy akhirnya menang dalam peperangannya terhadap World Government.

Image and video hosting by TinyPic


Teori Tambahan

2 senjata kuno atau Ancient Weapon telah pun diketahui, di mana

…di mana Franky pernah memiliki cetakan biru atau blueprint bagi Pluton namun ia telah dimusnahkan oleh Franky ketika di Enies Lobby.

Maka, apakah pula senjata kuno terakhir iaitu Uranus?

Setakat ini tiada sebarang maklumat atau petunjuk yang menyatakan apakah sebenarnya Uranus, namun Uranus pasti mempunyai bahagian dalam projek One Piece ini.

Sebelum ini pernah disebutkan yang Uranus bermaksud Sky atau Heaven, oleh itu ia pasti mempunyai kaitan dengan langit atau cuaca.

Oleh itu, mungkin Uranus adalah kuasa yang mampu mengawal dan menstabilkan cuaca, di mana kuasa tersebut merupakan sebuah objek ataupun dimiliki oleh seseorang seperti mana Poseidon, serta sama ada kuasa tersebut dimiliki melalui warisan darah atau buah syaitan, masih lagi tidak dapat diketahui.

Namun, terdapat seorang watak yang paling menyerupai Uranus, dan berkemungkinan besar beliau memang seseorang yang boleh mengawal cuaca.

Ingat lagi peristiwa di Logue Town di mana ketika Buggy mahu memancung kepala Luffy, secara tiba-tiba

  • cuaca menjadi tidak terkawal,
  • muncul ribut dan tornado di tengah-tengah bandar,
  • dan kemudian Buggy terus dipanah petir?

Image and video hosting by TinyPic

Image and video hosting by TinyPic

Siapa yang muncul pada waktu itu dari gelap untuk selamatkan Luffy?

Ya, dia adalah bapa Luffy sendiri yang juga ketua bagi Revolutionary Army iaitu Monkey D. Dragon.

Image and video hosting by TinyPic

Info Tambahan

Dalam satu temu bual pada tahun 2014 bersama China Times di Taiwan, Oda berkata semasa beliau mula menulis One Piece,

  • dia jangka ia akan mengambil hanya kira-kira 5 tahun dan
  • dia tidak pernah menjangka ia berlangsung selama lebih daripada 17 tahun.

Kerana watak-watak baru dalam One Piece yang muncul – dan kerana jumlah inspirasi secara tiba-tiba yang tidak berkesudahan – telah menyebabkan cerita One Piece berlanjutan lebih lama daripada yang dijangkakan.

“Saya fikir saya akan dapat terus melukis One Piece untuk 10 tahun lagi!”

Tambahan pula, artikel itu menambah bahawa mengikut Oda, ahli-ahli kumpulan lanun Topi Jerami masih belum cukup sempurna lagi.

“Masih ada kemungkinan untuk lebih ramai ahli muncul satu demi satu!”

Apabila ditanya mengenai maksud di sebalik tajuk “One Piece” dan sama ada ia mempunyai apa-apa kaitan dengan homonim “Won Peace” atau akhir siri ini (bermaksud Luffy akan membawa “World Peace”), Oda dilaporkan tersenyum dan menjelaskan bahawa makna tajuk ini memang berkaitan dengan akhir siri ini tetapi ia akan tidak akan masuk akal jika beliau menjelaskan sekarang.

——-

Semua di atas hanyalah teori semata-mata yang telah banyak dibincangkan di Internet dan ia mungkin tidak sama dengan plot sebenar.

Sekarang ini yang tahu pengakhiran One Piece hanyalah penciptanya Eiichiro Oda dan seorang kanak-kanak pesakit kanser di Jepun.

Peminat-peminat One Piece yang nak komen dan berbincang pasal One Piece, boleh kongsikan di ruangan komen.

Perbincangan ini dibuka sepanjang masa.

Image and video hosting by TinyPic

5 Responses

  1. Hizami
    |

    Power….
    Aku mmg minat one piece.
    Sebab jln cerita dia mmg power. Oda bukan sebarangan pelukis komik. Otak dia mmg segar dan masih berjalan lancar.
    Xdapat bayang kalau oda mati. Sapa nak sambung crita ni….
    Satu lagi kita tertinggal. Usop. Ayah dia bukan kru dragon jika tak silap. Dlm volume berapa ntah ada sebut pasal ayah usop ni. Jadinya usop ni pon bukan darah sebarangan…

  2. Indera
    |

    Ayah Usopp kru Shanks Berambut Merah la Hizami 😀

    Long live Eiichiro Oda!

  3. Anonymous
    |

    Oh btoi. Kru shanks…
    Mmg dh lama tgu nk jd cerita apa pulak usop ni.
    Luffy = shanks
    Usop = shanks.
    Mmg ada story best jgk nnt ni…

  4. Mohd azmir
    |

    Sedikit penambahan..part last kisah budak sakit yg tahu tentang pengakhiran one piece tu dikatakan tak benar…hanya rekaan/gosip fan jepun shj..bab ending one piece yg mengetahui selain oda..adalah beberapa orang editor/bos komik onepiece..yg sering bertukar ganti sepanjang komik onepiece wujud..maybe 2 ke 3 orang..oda ada sebut dlm interview beberapa tahun lepas..just share

  5. Cro
    |

    Teori ini mirip atau memang teori yang disalin dari RokushikiMaster/Ashura Kingfisher orang Indonesia? Tolong klarifikasinya.

Leave a Reply