Theory Plot Storyline One Piece Part 2: Kebenaran Terungkai

with No Comments 5634

spoiler-warning

Perhatian: Ini adalah sambungan kepada theory sebelum ini [KLIK SINI UNTUK BACA

Kami pernah kongsikan theory ini dulu dan kalau anda masih belum baca theory di atas, boleh klik untuk baca dahulu. Kemudian, baru sambung baca penjelasan di bawah ini. 

 

PrologueSetakat posting ini disiarkan, pengarang cerita asal dah tutup FB dan kami tak berjaya untuk screenshot sumber asal. Apa yang kami tahu adalah pengarang cerita ini berasal dari Group Facebook One Piece di Filipina. 

Apa pun, berikut adalah apa yang kami berjaya dapatkan dari perkongsian beliau dan ada sedikit perkongsian theory daripada beliau kepada yang berminat untuk tahu lagi 🙂

———-

Hi semua. Saya orang yang membuat cerita tu.

Ianya bukanlah teori pun sebab saya tak sangka benda macam ini akan berlaku.

Ianya merupakan kisah peribadi saya. Kalau anda semua anggap ianya akan betul berlaku, saya minta maaf sebab ianya tak seperti yang disangkakan.

Kalau anda semua rasa ianya cuma mengarut, maknanya anda memang merupakan peminat sebenar One Piece yang tahu cerita ini dengan mendalam.

Saya sebenarnya cuma post cerita ini di sebuah group kecil One Piece. Disebabkan ahlinya semuanya tidak aktif lagi, saya post cerita ini dan letak tajuk “What If Plot by Oda” jadi mereka akan rasa menarik dan teruja untuk membacanya.

Mereka boleh berdebat dan memberi komen dengan pelbagai reaksi kepada saya punya post sebab mereka tahu pelbagai perkara mengenai One Piece dan saya tahu mereka akan sedar yang ini bukan dari Oda (dimana ianya sangat ketara, haha).

Group Private tersebut menjadi meriah kembali.

Tetapi lepas tu saya dapat tahu bahawa benda ni telah menjadi viral di public.

Sekiranya anda dah terbaca spoiler jadi sekarang mesti anda gembira sebab tahu yang cerita ini tak benar.

Saya hanya mereka cerita ini untuk group saya. Itu sahaja.

Walauapapun, saya akan jawap beberapa persoalan anda dan beberapa perkara yang tidak jelas mengenai kisah yang saya reka.

Sekali lagi, ini bukan jalan cerita sebenar. Saya akan terangkan berpandukan kepada saya punya penerangan dan bukannya dari Oda.

1) Law tidak beri Luffy immortality

Buah syaitan Law mempunyai 2 kelebihan.

  1. Memberikan immortality kepada orang yang masih hidup ataupun
  2. Menghidupkan kembali orang yang baru mati.

Dan sebagai pertukarannya, Law akan mati dan buahnya akan lesap.

2) Ini bukannya penamat kepada One Piece

…tetapi, ini adalah apa yang berlaku selepas Kaido dikalahkan.

Masih banyak lagi perkara yang perlu dijelaskan sebab itu tiada langsung perkara berkaitan Raftel, Will of D, Void Century ataupun makna sebenar One Piece.

Luffy tidak lagi sampai di tahap Yonko. Dia baru sahaja mengalahkan Kaido, itu pun dengan pertolongan 4 Supernovas.

Pertarungan terakhir tidak berlaku disebabkan execution (hukuman mati) tapi disebabkan invasion (pecah masuk).

3) Appo

Saya tidak menjelaskan berkenaan Appo, tapi sebab dia berada di dalam sangkar adalah disebabkan tindakan kru Appo yang bertindak melulu meyerang Kaido.

Appo sebagai Kapten, melindungi orang bawahannya dan telah dimasukkan ke dalam sangkar bersama Kid.

4) Mata Kiri Zoro

Mata kiri Zoro bukannya cedera atau buta.

Dia hanya simpan untuk peperangan pada masa akan datang.

Tidak membuka matanya itu merupakan salah satu bahagian daripada latihannya.

Ianya merupakan cara beliau untuk menyimpan kemampuan sebenarnya dan apabila dirungkaikan, dia akan memiliki Observation Haki yang sangat kuat dan dia boleh melihat pergerakan yang pantas mengunakan 2 belah mata.

5) Kaido Immortal?

Iya, Kaido immortal (abadi, tidak boleh dibunuh). Dia menerima immortality dari kuasa Ope Ope devil fruit pada masa lalu.

Ianya tidak menyatakan yang dia mati, dia hanya tidak sedarkan diri. Walau apapun, dia sudah dikalahkan. Immortality tak bermaksud yang dia langsung tak boleh dihentikan dari bergerak.

6) Perihal Shanks

Shanks takkan membantu Luffy kerana perjanjian yang perlu dipegang.

Itu juga merupakan sebab dia tidak melawat Luffy semasa kematian Ace kerana ianya akan memutuskan janji yang telah mereka buat untuk Shanks berjumpa dengan Luffy “di sana” (puncak tertinggi dunia lanun).

7) Firasat Dragon

Dragon sentiasa betul, dia tahu Luffy tidak akan mati. Dia percaya yang luffy akan diselamatkan. Tak perlu dihujahkan lagi

8) World Government (Kerajaan Dunia)

World Goverment muncul kerana mereka tahu Revolutionary Army (Angkatan Pemberontak) akan muncul, kerana orang yang bakal berdepan dengan hukum mati tersebut merupakan anak kepada Ketua Organisasi tersebut iaitu Luffy.

———-

Theory dan Pandangan Saya

Kalau anda rasa yang plot saya menarik dan inginkan lebih lagi, ini merupakan maklumat tambahan yang saya tidak pernah kongsikan lagi. (Tidak mengikut urutan)

– Ceasar Clown menyertai Strawhat Pirate sebagai ahli saintis mereka. Ahli pengguna Logia pertama mereka. Strawhats kini memiliki 11 orang ahli.

– Sun Pirate dan bekas ahli Heart Pirate di bawah naungan Strawhat Pirate.

– Selepas Kaido dikalahkan, mereka mendapat bounty baru (bounty mereka berkongsi dengan Supernova yang lain yang turut sama terlibat menewaskan Kaido).

  • Bounty Luffy naik kepada 1.2 billion
  • Zoro 700 million
  • Sanji 450 million
  • Jimbei 570 million
  • God Usopp 300 million
  • Robin 220 million
  • Franky 120 million
  • Brook 110 million
  • Nami 90 million
  • Chopper 1 ribu
  • Ceasar Clown 300 million

– Thousand Sunny hancur masa perang tersebut, tetapi Franky dapat membinanya kembali dan menaik taraf Thousand Sunny. Tiga kali ganda lebih besar dan mempunyai 10 dock systems.

– Strawhat Pirate kini memiliki kerajaan pulau mereka sendiri di New World. Ia merupakan pulau yang Bartolomeo simpankan untuk Strawhats.

– Boa Hancock, yang meletak jawatan sebagai Shichibukai semasa perang, kembali menjadi lanun dan menjadi salah satu daripada pakatan lanun Strawhat Pirates.

– Zoro sekarang dianggap sebagai salah seorang daripada 5 orang ahli pedang terkuat di dunia.

– Nami telah pun melukis hampir 3/4 peta dunia.

– Robin telah belajar dan mengkaji separuh daripada Poneglyphs yang bersepah di dunia.

– Enel sekarang merupakan Shichibukai dengan harga ganjaran 550 million beri (dia menjadi lanun selepas dikalahkan oleh Luffy di Skypiea)

– Dr. Vegapunk telah berjaya mengembalikan kewujudan Pluton (salah satu daripada senjata kuno yang memusnahkan dunia). Ini membuatkan Marine (Tentera Laut) lebih kuat.

 

Pakatan Lanun Topi Jerami

Kini memiliki seramai 11,000 orang dibawah armada besar Strawhat dengan memiliki 6 bahagian utama dan mempunyai jumlah 17 kru lanun dengan 28 buah kapal perang.

  • Zoro merupakan kapten bagi bahagian (division) pertama (ahli pedang).
  • Usopp merupakan kapten bagi division kedua (penembak tepat).
  • Sanji merupakan kapten ketiga division.
  • Jinbei merupakan kapten division keempat.
  • Brook merupakan kapten division kelima dan
  • Franky merupakan kapten division keenam.

– Selepas perang, Ahli Strawhat, Angkatan Armada Strawhat (Strawhat Grand Fleet) dan kesemua sekutu yang mereka ada semasa perang membuat majlis keramaian kemenangan yang terbesar dan termegah.

  • Dragon dan Luffy bertanding dalam perlawanan makan.
  • Zoro dan Sabo bertanding dalam pertandingan meminum arak.
  • Sanji dan Ivankov mengadakan pertemuan semula.
  • Versi Strawhat vs Revolutionary.

– Selepas Luffy sembuh, dia dan Strawhat Pirate kembali ke separuh daripada Grandline untuk bercuti sebentar di Alabasta dan merancang untuk melawat Elbaf selepas itu bersama Vivi. Luffy juga mahu melawat kubur Ace dan Whitebeard sebelum kembali mengembara ke New World.

– Big Mom dalam perjalanan untuk memusnahkan Strawhat. Dia telah menenggelamkan 7 kapal sekutu Strawhat dan 4 krew lanun di bawah angkatan besar Strawhat (Strawhat Grand Fleet). Langkah seterusnya adalah untuk memusnahkan Fishman Island (kawasan Luffy).

– Rookies baru dari Sabody ingin menyertai Angkatan Besar Strawhat, Bartolomeo yang merupakan salah seorang daripada orang yang bertanggungjawab untuk mengambil ahli baru untuk mengembangkan kuasa Luffy (Luffy tidak tahu mengenai hal ini).

– Rookies di New World membuat satu angkatan besar untuk menumpaskan Strawhat.

 

Tentera Laut dan Lain-lain

– Coby dilantik sebagai Vice-Admiral yang baru dan Helmeppo merupakan seorang Rear-Admiral.

– Akainu ditendang keluar oleh Admiral Fujitora daripada Marine kerana tidak mendengar arahan yang diberi. Fujitora tidak menyukai cara keadilan yang digunakan oleh Tentera Laut.

– Vice Admiral Garp bersara daripada Marine selepas peperangan itu. Ia merupakan pertarungan terakhir beliau.

– Marco The Pheonix dipenjarakan di Impel Down.

– Appo berhenti menjadi lanun.

– Akainu melantik Magellan sebagai Admiral Tentera Laut kerana ia menjadi satu tindakan yang bodoh dengan membiarkan orang yang kuat seperti dia hanya menjaga banduan-banduan disana. Kini tinggal Hanyabal sebagai Chief Warden di penjara hebat itu.

– Ayah kepada Zoro didedahkan.

– Lanun Red Hair berlawan menentang Blackbeard Pirate di suatu tempat di New World. Blackbeard membunuh Shanks dan kesemua krunya. Ia merupakan kejatuhan bagi Red Hair Pirates. Kemudian Blackbeard Pirate menjadi Raja Lanun yang baru.

– Blackbeard (Raja Lanun yang baru) kini merupakan orang yang paling dikehendaki di dunia dengan ganjaran sebanyak 20 billion beri untuk kepalanya

– Aokiji menjadi salah seorang daripada komander tertinggi Blackbeard Pirate.

– Blackbeard kini menjadi orang yang terkuat didunia, selepas menjadi Raja Lanun. Dia menyerang World Governent dan memusnahkannya.

– Buggy memiliki angkatan lanun yang terbesar dengan memiliki 100,000 lanun yang terkenal.

 

Maharaja Lanun (Yonkou) Baru

– Monkey D. Luffy, Eustass Kidd dan Edward Weevil menjadi calon utama untuk menduduki takhta sebagai Yonkou (mengambil tempat Kaido).

– Weevil berhenti menjadi Shichibukai selepas Marine kalah dalam peperangan itu.

– Selepas mendengar berita mengenai kematian Shanks, Luffy dengan segera belayar untuk mencari dan menumpaskan Blackbeard, tetapi dia dihalang oleh Nami.

– Objektif utama Strawhat adalah untuk memusnahkan Pirate King (Blackbeard).

– Ceasar Clown menerangkan bahawa mereka memerlukan perancangan yang strategik untuk menang. Strawhat kini mengembangkan kuasa mereka untuk berperang menentang Blackbeard.

– Mereka juga mencari kru baru iaitu seorang perancang peperangan.

– Selepas Blackbeard memiliki kuasa yang banyak sebagai Raja Lanun, dia kini menjadi musuh bagi semua orang. (Musuh bagi Revolutionary Army, Lanun, Tentera Laut dan World Governent).

———–

Ini merupakan cerita saya, bukan Oda.

Saya tak tahu siapa yang buat fitnah kononnya graphic designer Jepun yang membocorkan jalan cerita di website dan translatekan kepada bahasa Inggeris. Ianya sangat mengarut.

Cerita ini tidak patut tersebar di public pada mulanya.

Oda masih lagi yang paling hebat sehingga ke hari ini, terutamanya apabila kita cerita pasal plot twist

Leave a Reply