Tujuan Sistem 4 Maharaja (Yonko)

with No Comments 3853

4 Maharaja (Yonko) terpaksa berkongsi Dunia Baru (New World).

Ini apa yang kita boleh nampak setakat ini sebab tak ada wilayah di luar Dunia Baru yang dimiliki oleh salah seorang daripada mereka.

Kita juga tahu yang mereka dengan mudah melepasi Calm Belt macam Rayleigh (walaupun Don Krieg pun berjaya melepasi Calm Belt dengan nasib yang baik).

Lagipun saya yakin mereka mempunyai

  • wang dan
  • pengaruh

…untuk membeli kapal-kapal bersalut Batu Laut (Sea Stone) sama seperti teknologi Kapal-kapal Tentera Laut untuk belayar melepasi Calm Belt.

Jadi kenapa mereka tersekat dengan situasi yang terpaksa berkongsi Dunia Baru (suatu wilayah lautan yang tak selamat dan huru-hara)?

Dan lagi, Kerajaan Dunia nampaknya macam tak endah pun dengan jenayah yang mereka buat?

Marineford adalah berkaitan dengan Ace, dan bukan Whitebeard.

Kalau Kerajaan Dunia nakkan Janggut Putih mati, mereka boleh sasarkan mana-mana anggota kumpulannya dan pastinya Janggut Putih akan terus datang untuk menyerang kembali.

Tetapi hanya Ace yang bernilai tinggi untuk dipertaruhkan.

Memang betul dah dijelaskan sebab kenapa adalah dia memiliki darah Raja Lanun.

Tapi… bukan ke akan jadi lebih menarik kalau Kerajaan Dunia lebih berminat untuk menghentikan Ace (dari menjadi ancaman yang lebih besar) daripada menghentikan seorang Maharaja?

Tengoklah Big Mom, Tanah Totto dan Pulau Kek bukanlah rahsia.

Kalau Kerajaan Dunia mahu, mereka boleh menggabungkan pasukan mereka dan menghapuskan dia pada bila-bila masa.

Berbanding Tentera Revolusi yang pangkalan mereka tersembunyi di pulau legenda kerana takut diserang.

Saya yakin Tentera Revolusi bukan lah lebih lemah daripada seorang Maharaja, sebaliknya mereka cuba sesuatu yang tak dilakukan oleh seorang Maharaja iaitu mengambil wilayah di luar Dunia Baru.

Banyak perkara Maharaja boleh buat dan Tentera Laut nampak macam tak ambil peduli langsung, tapi kalau Tentera Revolusi pulak lain ceritanya kan?.

4 Maharaja mesti berada di Dunia Baru atau mereka berisiko untuk memulakan perang dengan kerajaan dan perlu mencari pulau yang tersembunyi untuk bersembunyi.

Jadi saya terfikir, mengapa?

Kenapa Maharaja boleh diberikan pas percuma?

Yang pasti, kalau mereka berempat menggabungkan kekuatan mereka, ia akan menjadi ancaman yang paling hebat, tetapi secara individu mereka tidak memberikan ancaman luar biasa..

Saya rasa Kerajaan Dunia perlukan mereka untuk sesuatu tujuan.

Apabila Janggut Putih tewas, Gorosei tak ada sebarang tindakan ataupun berminat untuk menghalang kebangkitan Maharaja yang lain, tetapi lebih tertanya-tanya siapa yang akan mengisi kekosongan Maharaja ini.

Oleh itu, mari kita berfikir secara logik.

Apakah manfaat sistem 4 Maharaja (Yonko) untuk Kerajaan Dunia?

Ia adalah…

untuk mencipta jalan buntu (deadlock).

Mereka semua buntu terhadap satu sama lain, tak mampu berkembang atau bergerak lagi dalam wilayah itu.

Kalau seseorang menjadi terlalu kuat, maka Tentera Laut dapat campur tangan dan melemahkannya kembali menjadi normal.

Kalau salah seorang daripada mereka cuba untuk mengambil kerajaan secara langsung atau melampaui batas di Dunia Baru, peperangan pasti akan tercetus dan kita dah lihat hasilnya seperti di Marineford.

Kalau bukan kerana Shanks yang melangkah masuk, hampir semua orang lanun di situ yang tiada kapal selam macam Law akan ditangkap atau mati.

Kebuntuan ini berfungsi dengan tujuan untuk mencegah mana-mana daripada mereka untuk mencapai Raftel.

Raftel, Raja Lanun, Ace… Kerajaan Dunia terbentuk 800 tahun yang lalu dengan satu tujuan – untuk memusnahkan Kerajaan Purba (Ancient Kingdom).

Kerajaan Dunia kemudiannya menghabiskan selama 800 tahun untuk memusnahkan nama dan sejarahnya.

Tujuannya tak pernah untuk

  • memerintah dunia atau
  • menegakkan keadilan.

Sebaliknya, mereka hanyalah muka depan macam Tentera Laut yang menjadi muka depan kepada orang awam seperti yang disebutkan dalam pertemuan antara Akainu dan Gorosei.

Kerajaan Purba adalah musuh sejati Kerajaan Dunia, bukan 4 Maharaja atau Lanun-lanun.

Oleh itu, keseimbangan kuasa bukanlah dari segi matematik untuk menentukan siapa yang lebih kuat tetapi dari segi imbangan kuasa yang dilaksanakan oleh Kerajaan Dunia untuk mencegah sesiapa pun daripada mencapai Raftel.

Sebagai contoh, tengok kembali kepada Shiki vs Roger.

Kalau Shiki betul-betul “ditahan” maka dia tak akan dapat menyerang Roger.

Tentera Laut pun akan jadi lemah kalau berita tentang Shiki melarikan diri diketahui umum (menyebabkan ianya hanya diketahui dalam kalangan Tentera Laut dan Pegawai Penjara Impel Down berpangkat atasan sahaja).

Kerajaan Dunia lebih peduli tentang menghentikan individu daripada mencapai Raftel daripada melakukan pencegahan jenayah lanun seperti Shiki.

Konsep yang sama boleh digunakan untuk 7 Panglima Perang (Shichibukai).

Jenayah mereka diampunkan untuk mengelakkan lanun rookie dari pergi ke Dunia Baru.

Yonko diberikan pas percuma asalkan mereka menetap di dalam Dunia Baru untuk berhadapan dengan satu sama lain.

Harap anda suka teori saya dan terima kasih kerana membaca.

 

  • Teori oleh Watermelon
  • Diolah dan diterjemah semula oleh Team Budak Getah

Anda ada teori menarik yang ingin dikongsikan? Jemput KLIK SINI untuk hantar artikel anda 🙂