Volume 83 Dah Siap Dicetak, Tapi…

with No Comments 5647

Ini penting! Mohon baca sampai habis (especially mereka yang buat tempahan dengan kami)

Volume 83 yang ditunggu-tunggu akhirnya dah siap dicetak.

Tetapi ada terjemahan errors yang menyakitkan mata kami. (teruskan baca sampai habis – kami share apa errors tersebut)

Terjemahan errors bukannya berpunca daripada kami. Ia adalah dari pihak Comic Paradise.

Tetapi sebelum itu…

Sepanjang penungguan yang lama ini, di kesempatan ini kami nak jelaskan

  • kronologi dan
  • bagaimana proses ini berlaku

…supaya anda semua faham kenapa ia berlaku dan nilaikan sendiri

[29 Julai 2017]

– Kami buat posting di Facebook Fanpage Budak Getah tentang Design Jaket mana satu yang korang minat.

———-

JAKET JENIS BARU

– Inspired dari versi English
– Best of both world (Japanese dan English)
– Dah start pakai cover baru dari Volume 82 lagi (kebanyakkan mereka yang dapatkan Volume 82 dari kami sebelum ini pun cakap cover tu cantik dan superb!)
– Admin lebih prefer jaket baru
– ‘Budak Getah’ di sisi dikekalkan, tetapi Cover Depan letak perkataan ‘One Piece’

Admin buat baru sebagai macam buat fresh start dan menandakan tamatnya zaman Comics House, dan permulaan pelayaran baru.

Contoh macam zaman Going Merry dah berlalu, marilah kita belayar dengan Thousand Sunny pula (haa gitu)

———-

JAKET JENIS LAMA

– Hmmmmm
– Just ikut je macam terbitan Japanese
– Masih ‘living in the past’ sebab ikut terbitan Comics House (tak ada identiti sendiri)
– ‘Budak Getah’ akan ada di Cover Depan (Admin malas design, Team Comic Paradise nanti yang akan design, haha) dan di sisi.
– Admin saja nak tulis panjang-panjang kat sini bagi sama banyak dengan point kat atas.
– Tapi kalau ramai yang minat design jaket jenis ini. Admin akan turutkan jua, no problemo 🙂

———-

Buat keputusan tentang Jaket pun kami minta pandangan peminat sendiri (anda semua), supaya tak syok sendiri.

Boleh rujuk di sini –> https://www.facebook.com/budakgetahdotcom/posts/1921915661379981

[8 Ogos 2017]

– Kami dah hantar final draft kepada Comic Paradise
– Sama seperti Versi Digital yang anda terima dan telah dikemaskini tanpa sebarang errors
– Dijanjikan kalau tiada masalah dalam masa 10 hari akan siap cetak

Sepatutnya memang tak ada masalah (korang sendiri dapat versi digital tu dan berpuas hati dengan kualiti terjemahannya), tapi sebab diorang mantul kami iyakan je la.

[13 Ogos 2017]

– Kami terima email yang mereka dah typeset semula (guna font buruk) dan minta kami proofread Page 1 – 50 dan design Jaket yang bakal digunakan
– Kami hantar semula email maklumkan segala errors dan changes yang perlu dibuat pada 15 Ogos 2017 (dua hari selepas itu)

Nak tengok apa yang kami hantar?

Download dengan KLIK SINI

[17 Ogos 2017]

– Kami terima email untuk proofread page 51-100 yang mereka dah typeset (guna font buruk)
– Kami hantar semula email maklumkan segala errors dan changes yang perlu dibuat pada 18 Ogos 2017 (sehari selepas itu)

Nak tengok apa yang kami hantar?

Download dengan KLIK SINI

[23 Ogos 2017]

– Kami terima email untuk proofread page 101-200

[27 Ogos 2017]

Kami buat kenyataan di Facebook Fanpage Budak Getah berkenaan Volume 83

Antara point yang kami ada jelaskan adalah berkaitan CONTROL

5. CONTROL

– Dari segi control kepada kualiti terjemahan, kami bertanggungjawab.
– Dari segi control font dan kualiti typesetting, kami tak ada control / kuasa
– Dari segi pembuatan (percetakan), kami tak ada control / kuasa (walaupun kami dah banyak kali cuba suggest dan recommend pembaharuan ke arah yang lebih baik)

Diorang tak share the same vision for One Piece sebagaimana apa yang kami mahukan yang terbaik untuk komuniti di Malaysia. (Asal boleh je diorang nak buat sebenarnya in the first place, geram pulak bila fikir balik. Haha)

Boleh rujuk di sini –> https://www.facebook.com/budakgetahdotcom/posts/1934005776837636

[2 September 2017]

– Kami terima email untuk proofread page 201-220

[3 September 2017]

– Kami hantar semula email maklumkan segala errors dan changes yang perlu dibuat pada hari ini untuk

a) Page 101-200
b) Page 201-220

Nak tengok apa yang kami hantar?

Download dengan KLIK SINI

– Kami juga hantar design Jaket yang lebih proper untuk mereka gunakan iaitu yang ini

Berbanding versi mereka yang ternyata pelik (bawah ini)

Selepas 3 September, this is where things get really interesting.

Kan kami dah proofread semua hasil kerja mereka part by part kan sebelum ini?

Kalau dah buat part by part, of course la nak tengok full version dia betul tak?

Dari 3 September – 11 September we never heard a thing from Comic Paradise. Senyap gitu je.

 

Tup tup pada…

[12 September 2017]

– Dapat WhatsApp mengatakan Budak Getah will ready by end of this week [16 or 17 September 2017] – Kami minta final design dan mereka cakap “plates are ready cannot change anymore”
– Mereka terus defensive mode kalau tak suka dengan version yang mereka buat terus nak bayar [undisclosed amount] sebagai translation fee.

Things that we noticed

– Mereka jenis yang asal boleh (masih ingat lagi luka Volume 82 sebelum ini?)
– Mereka bukannya baca pun terbitan Comics House sebelum ini
– Mereka tak semak pun proofread yang kami dah hantar sebelum ini <– ini antara yang paling geram
– Mereka tak serius macam kami

Terus nak bayar je untuk kami tutup mulut dan tutup mata! Hmmmm.

 

[15 September 2017]

– Kami hantar 15 muka surat yang mempunyai errors dan changes yang perlu dibuat sebelum cetak (sepatutnya).

Antaranya adalah seperti di bawah ini (tak mengikut urutan)

Tajuk Utama hilang, sepatutnya “Maharaja Lanun, Charlotte Linlin”

Pengembaraan*

Siapa yang kawin sebenarnya?

Sanji ke ataupun Judge?

Sepatutnya “kau” bukannya “aku”

Heracles’n bukannya Hercales’n

Coklat, bukannya Cokelat (sebab Cokelat adalah Bahasa Indo)

Kurangnya huruf “K” dalam menjijikkan

Sepatutnya “kau” bukannya “aku”

Pakai font yang berbeza, sepatutnya cuma italicskan sahaja font yang diorang guna tu. (Malas nak cakap pasal Font ni. Hmmmm)

Kemudian*

Ada ayat yang hilang

Pertarungan, bukannya pertandingan

Berlaku, terlebih huruf ‘t’

 

Padahal segala kesalahan dan perubahan yang perlu dibuat kami dah maklumkan pada proofread sebelum ini.

Apa gunanya proofread kalau tak ada perubahan apa-apa?

 

Soalan

1. Budak Getah bukan kerja di bawah Comic Paradise ke?

Kami supply terjemahan sahaja sebab nak

  • Tolong mereka dapatkan kembali kepercayaan dari pelanggan
  • Contribute kepada komuniti One Piece untuk terjemahan yang berkualiti tinggi

Tapi tengoklah jadi macam mana sekarang ini, kita dah tolong mereka makin mereka pulak yang menjahanamkan.

  • Kerja di bawah dan
  • Kerjasama

…adalah dua benda yang berbeza.

Kalau tak faham maksud dua benda di atas nanti minta tolong abang-abang atau kakak-kakak anda jelaskan ya?

 

2. Kenapa Budak Getah kuat komplen?

Kami tak akan komplen kalau

  • hasil kerja yang dibuat berkualiti tinggi
  • pentingkan kepuasan peminat / pembeli / pembaca

Apa yang kami komplen adalah untuk kesejahteraan komuniti One Piece kita bersama.

Kami juga tahu komplen sahaja tak akan selesai masalah, sebab itu kami percaya “the best way to complain is to make things!

Kami komplen untuk hasil kerja yang lebih berkualiti tinggi bukannya kualiti sampah dan ala kadar untuk push comic dan grab duit dari pelanggan semata-mata

Kalau kualiti terjemahan merapu, nanti korang jugak yang komplen pada kami kan?

 

3. “Kata dah kerjasama, tapi tetap masih ada salah silap kat sana-sini, Admin-admin Budak Getah kuat sembang

Well…

Kami dah terangkan kronologinya di atas, yang salah silap bukannya di pihak kami.

Walaupun kami dah sedaya upaya cuba untuk membantu yang terbaik, tapi kalau itu pun dipandang hina oleh pihak yang lain (dengan menghasilkan hasil kerja yang ada errors dan kesalahan) kami tak boleh buat apa.

Nampaknya perjuangan kami masih belum selesai lagi.

 

4. Kenapa Team Budak Getah beritahu kami semua benda ini?

You guys deserved to know the truth.

You guys deserved the best dan kami sedaya upaya akan cuba memperjuangkan perkara yang terbaik untuk komuniti One Piece kita di Malaysia

Sebab tanpa anda semua, siapa lah kami.

 

NOW FOR THE REAL QUESTION!

Setelah kami desak, mereka bersetuju untuk cetak yang baru (terjemahan sempurna) khas untuk Team Budak Getah – kami order 200 unit

Tapi masih belum bagi jawapan lagi, kami nak tanya anda dulu sebelum buat keputusan sebabnya this is about YOU (peminat setia), and not about US.

 

Untuk mereka yang dah tempah melalui kami, anda nak

1. Versi terjemahan mereka sekarang? (yang ada errors seperti di atas tadi) atau

2. Versi terjemahan sempurna? (khas untuk Team Budak Getah) – limited edition

 

Untuk versi terjemahan sempurna, kena tunggu 2 minggu lagi akan siap dicetak.

Korang boleh sabar sikit lagi ke tak?

Hopefully boleh 🙂

Dah alang-alang tunggu kan?

Better wait for the best version betul tak?

Kongsikan buah fikiran anda di ruangan komen, kami akan decide 1 atau 2 berdasarkan jawapan dari anda.

Personally, Admin akan tunggu lagi 2 minggu.

Sebab kita nak terjemahan berkualiti, bukannya terjemahan yang ada error.

 

Habis tu maknanya

  • Meon – yang beli dari Comic Paradise dan
  • Ahmad – yang beli dari Team Budak Getah

…akan dapat versi yang berbeza la ya?

Ya.

Padan muka Meon siapa suruh tak beli dari kami.

Meon dah baca terjemahan Manga di website kami, kemudian Meon tetap beli di Comic Paradise padan la muka Meon.

Kan kami janji yang terbaik kepada mereka yang sokong Team Budak Getah?

Kalau Meon taknak sokong (beli dari kami), kami tak boleh buat apa.

 

By the way, sesiapa yang nak join Team Ahmad – beli dari Team Budak Getah

BOLEH KLIK DI LINK BAWAH INI

–> http://www.budakgetah.com/budak-getah-volume-83/

Ikut langkah-langkah seterusnya yang ada di situ.

 

Kalau dapat total lebih 200 unit tempahan, kami akan order lebih dari 200 unit tempahan.

Semuanya bergantung di tangan anda.

Siapa yang nak jadi Meon, terpulanglah.

Tiada paksaan, tapi jangan komplen pada kami kalau terjemahan menyakitkan mata, kami tak layan.

 

Sekali lagi, untuk mereka yang dah tempah melalui kami, anda nak

1. Versi terjemahan mereka sekarang? (yang ada errors seperti di atas tadi) atau

2. Versi terjemahan sempurna? (khas untuk Team Budak Getah) – limited edition

Kongsikan buah fikiran anda di ruangan komen, kami akan buat keputusan berdasarkan pilihan 1 atau pilihan 2 jawapan dari anda.

Kami beri masa sehingga 9 malam ini (18 September 2017) untuk dengar pandangan anda.

[Edited at 11.30 PM 18 September 2017]

It’s decided! Ramai yang pilih no. 2. 

Kami sangat terharu :'(

Terima kasih sebab terus memberikan kepercayaan kepada kami :’)

 

Terima kasih baca sampai habis 🙂