[Warning: Spoiler] Theory Plot Storyline One Piece

with 4 Comments 9205

Ini adalah apa yang kami jumpa dan ingin kongsikan dengan anda semua.

(Walaupun terdapat beberapa plot yang mempunyai pelbagai persoalan, tetapi jalan ceritanya nampak macam boleh dipercayai. Terpulang kepada korang lah macam mana korang nak nilaikan, kami hanya sekadar berkongsi)

spoiler-warning

Spoiler Warning (termasuk Arc Yonko) info ini tamat sehingga Episode 1000+. Artikel ini juga sangat panjang.

Kalau korang peminat Anime dan masih belum baca Manga (Original Source) sampai Chapter latest 838+ (pada waktu ini ditulis), mohon baca atas risiko sendiri.

Budak Getah dot com tidak bertanggungjawab atas risiko yang anda bakal ambil.

 

 

luffy-hits-cracker

Luffy akan kalahkan Cracker tetapi dia cedera parah dan tidak sedarkan diri.

Diorang berjaya keluar dari hutan tersebut (Seducing Woods) kerana Nami mengugut makhluk-makhluk di dalam hutan tu dengan Vivre Card Lola.

Sanji akhirnya berdamai dengan keluarganya dan ahli keluarga Vinsmoke membuka gari di tangan Sanji serta mempertahankan Sanji daripada kru Big Mom.

Kru Topi Jerami bersatu semula dengan Sanji melalui pertolongan Pudding.

Jimbei juga berjaya menyertai Topi Jerami. Mereka melarikan diri dari wilayah Big Mom dan meneruskan pelayaran mereka ke Empayar Wano.

Di Wano, mereka membuat persediaan untuk menyerang Kaido.

Serangan terhadap Kaido dijadualkan untuk bermula 2 minggu setelah ketibaan Luffy, supaya Luffy dapat mengembalikan tenaga dan meningkatkan lagi kuasa hakinya termasuk Zoro dan Sanji.

Law juga sedang menyiapkan strategi peperangan.

2 minggu kemudian, persediaan telah dibuat dan para alliance (Samurai, Mink, Ninja) sudah siap sedia untuk mengorak langkah ke wilayah Kaido.

Diorang nampak Kapten Kidd, Hawkins dan Appo berserta kru mereka masing-masing di dalam sangkar yang besar.

Jack (salah seorang daripada calamity dan orang kanan Kaido dengan Bounty 1 billion) tiba-tiba muncul dan mula menyerang Topi Jerami.

jack-the-drought

Zoro, Sanji dan Jinbei melawan Jack, sementara Luffy dan Law meneruskan perjalanan mereka untuk mencari Kaido.

2 lagi calamities muncul ketika ini.

2 Duke dari Zou (Nekomamushi dan Inurashi) bersama dengan 3 lagi pahlawan lagenda daripada Wano bertempur dengan 2 calamities tersebut.

Pada waktu yang sama…

  • kru Topi Jerami
  • kru Trafalgar
  • Mink
  • Samurai dan
  • Ninja

…bertarung dengan angkatan tentera Kaido yang lain.

smiles Angkatan tentera The Beasts Pirates yang terdiri daripada lebih 500 pengguna buah syaitan artificial Zoan-type (Smiles).[/caption]

 

Law dan Luffy akhirnya menemui Kaido, (di mana Kaido sedang tidur ketika peperangan berlaku) dan Luffy terus menggunakan gear 4 dan menumbuk muka Kaido menyebabkan Kaido terjaga daripada tidur.

Peperangan berlaku antara Kaido (Yonko – Bounty sebanyak 5.2 Billion Berri) dan alliance Law dan Luffy.

Dengan mudahnya Law dan Luffy dikuasai oleh Kaido.

3 kapten yang lain (Kid, Appo dan Hawkin) turut menyerang Kaido dan membantu Luffy untuk mengalahkan Kaido.

Perlawanan ini adalah antara 5 Supernovas vs 1 Yonko.

Mungkin macam ini? Minus Zoro, Sanji dan Brook

Luffy, Law, Kid, Appo, Hawkins VS Kaido Raja Binatang (Beast King).

Namun mereka masih lagi tidak setanding Kaido, tetapi mereka berjaya membuat Kaido mengalami kesukaran dengan yang strategi mereka gunakan semasa berlawan.

Sementara itu, Sanji sudah tidak sedarkan diri dan kakinya patah tetapi dia juga memberikan kecederaan yang teruk kepada Jack.

Jinbei juga sangat membantu di dalam perlawanan tersebut tetapi dia diserang dengan serangan yang paling kuat daripada Jack untuk menyelamatkan Sanji yang sudah tidak sedarkan diri. Jinbei pun tewas.

Hanya tinggal Zoro vs Jack (peperangan antara orang kanan kumpulan lanun).

zoro-vs-jack

Kedua-duanya cedera teruk, tetapi Jack nampak lebih menguasai perlawanan berbanding Zoro.

Zoro akhirnya membuka mata kirinya di mana dia sebenarnya menyimpan muslihat itu sebagai pilihan terakhir.

Ia adalah keupayaan Observation Haki yang sangat kuat.

Dengan membuka ‘mata kiri’, ketangkasan dan daya fokus Zoro meningkat dengan mendadak, tanpa mempedulikan persekitarannya.

zoro-left-eye

Kemusnahan yang besar dan torehan pedang bertebaran di sekeliling perlawanan antara Zoro dan Jack menjejaskan ramai orang yang berada berhampiran.

Akhirnya, Zoro berjaya menewaskan Jack dengan serangan terakhirnya (serangan paling kuat) “Asura Tensei”.

zoro-wins-againts-jack

Peperangan bersama 2 lagi Calamities yang lain masih lagi berlangsung.

Dukes dan Samurai Lagenda setanding dengan Calamities, tetapi akhirnya Calamities yang menangi perlawanan.

Kedua-kedua Calamities cedera parah. Salah satu calamity (Jin berserta bounty 900 Million) berjaya dikalahkan apabila Usopp, Brook dan Robin mencelah.

Manakala calamity yang lagi satu (Doom – dengan bounty 800 million) juga dikalahkan oleh Combo General Franky dan Monster Chopper.

3 CALAMITIES (3 BENCANA)

Ada beberapa theory yang membincangkan tentang 3 Calamities dan berjaya merumuskan bahawa 3 Calamities di bawah Kaido adalah seperti di bawah

Woolly Mammoth Replica at Museum Exhibit

Ancient Zoan Zou Zou no Mi Model: Mammoth (Jack the Drought, bounty 1 Billion berri)

Ancient Zoan Tori Tori no Mi Model: Pteranodon. (Mungkinkah ini gambaran Jin yang mempunyai sebanyak bounty 900 Million berri?)

chimera

Mythical Zoan Chimera. (Adakah ini gambaran Doom dengan bounty 800 Million berri?)

Sekarang yang tinggal hanyalah Kaido.

Alliance Luffy dan Law juga nampaknya berjaya menguasai perlawanan dengan bantuan 3 Supernova yang lain dan kru-kru mereka yang sebelum ini ditahan oleh Kaido.

Peperangan berlangsung selama 3 hari.

Kru Kaido telah pun dikalahkan tetapi kumpulan Topi Jerami mengalami kecederaan yang sangat teruk dengan Sanji dan Jinbei yang tidak sedarkan diri dan diambang kematian.

Duke Nekomamushi dan Duke Inuarashi juga berada dalam keadaan yang sama.

Kru Topi Jerami dan yang lain mengambil peluang yang ada ini untuk berehat di medan perang kerana kesemuanya cedera parah dan tidak boleh berjalan dengan betul.

Zoro ingin membantu tetapi badannya tidak boleh bergerak disebabkan keletihan yang melampau akibat menggunakan mata kirinya.

Apa yang boleh dibuat oleh mereka hanyalah percaya kepada kapten mereka (Luffy).

Appo dan Hawkins juga mengalami kecederaan yang sangat teruk apabila diserang secara direct oleh Kaido. Kid, Law dan Luffy berjaya mencederakan Kaido.

Kaido mula berlawan dengan serius.

Kemusnahan bertaburan di sekililing mereka.

Kid pada masa tersebut berjaya menggunakan awakeningnya dan menyerang Kaido dengan serangan yang sangat dahsyat, menyebabkan Kaido cedera dengan lebih parah.

eustass-kid

Kid menggunakan seluruh tenaganya dan melawan Kaido sekuat kuatnya, tetapi Kaido mengeluarkan gelombang gempa (shockwaves) yang kuat sehingga memusnahkan separuh wilayah tersebut dan membelah lautan.

Appo adalah yang pertama dikalahkan di dalam pertarungan tersebut dan diikuti oleh Hawkins.

Law berjaya menahan serangan Kaido tetapi Kaido kalahkan Law dengan menggunakan sekali serangan full power.

Kid masih lagi boleh mencederakan Kaido dan mengekalkan pertarungan yang sengit tetapi Kaido mematahkan kaki Kid dan Kid tak boleh bertarung lagi.

Kaido mengalami kecederaan yang sangat serius dan sudah mula ingin tumbang tapi dia masih kekal berdiri dengan teguh dan kuat.

Luffy yang juga mengalami kecederaan yang teruk juga mula menjerit dan menggunakan teknik paling hebat yang hanya digunakan apabila berhadapan dengan Yonko, teknik terkuat yang diajar oleh Rayleigh, “Gear 5”.

Adakah Gear 5th Luffy akan menjadi sama besar dengan Kaido?

Segala yang berada di jalannya akan musnah.

Kaido tidak mampu untuk bersaing dengan Luffy kerana kecederaan yang dialaminya dan tidak mampu untuk mengelak serangan daripada Luffy.

Luffy berjaya knock out (K.O) Kaido dengan serangan terakhirnya, Gattling Cannon.

Namun, setiap kali Luffy menggunakan Gear 5, badannya hancur disebabkan tekanan daripada teknik tersebut.

Jadi untuk setiap serangan yang dilakukan akan mengakibatkan badan Luffy mengalami kesan sampingan di mana ia menghancurkan tulang Luffy.

Setiap serangan menghancurkan tulang-tulangnya.

Luffy hanya mampu mengekalkan kuasa tersebut selama 45 saat sahaja.

Kaido tidak mampu lagi untuk berdiri setelah diserang bertubi-tubi oleh Luffy.

Akan tetapi, 45 saat tersebut masih masa yang tersangat singkat untuk betul-betul mengalahkan Kaido yang cedera parah.

Walaupun setelah Luffy mengakhiri serangannya, Kaido masih lagi berjaya mengekalkan kesedaran diri.

Luffy tidak mampu untuk berdiri, dia kehilangan Gear 5 dan cuba menyerang dengan tumbukan pistol normal sebelum dia hilang kesedaran.

Kaido juga membalas dengan menggunakan serangan terakhirnya.

Mereka bertukar-tukar serangan.

luffy-vs-kaido

Dan akhirnya, Kaido tewas dan tidak sedarkan diri.

Luffy juga tidak sedarkan diri dan tidak bergerak setelah badannya mengalami kecederaan yang sangat-sangat teruk sehingga badannya tidak mampu untuk menampung kesakitan tersebut.

Semua orang bergembira.

Kaido telah tewas.

Ketika orang lain sedang bergembira, mereka perasan yang Law sedang menangis dan menjerit.

Luffy bukannya tidak sedarkan diri, tetapi Luffy sebenarnya telah mati.

Nadinya telah berhenti hampir 5 minit yang lalu.

Ketekadannya (willpower) adalah satu perkara yang membuatkan Luffy selalu berjaya melawan balik sehingga saat-saat akhir walaupun badannya sudah tidak mampu lagi untuk berlawan.

Luffy selalunya berjaya membawa keajaiban dalam setiap pertarungan yang mustahil untuk menang.

Tetapi kali ini tidak.

Semua orang menangis.

Zoro sangat terkejut sehingga dia menjadi kaku terhadap apa yang terjadi kepada kaptennya.

zoro-shocked

Law teringat yang dia mempunyai keupayaan untuk memberikan nyawa abadi terhadap seseorang tetapi dia juga mendengar ura-ura yang mengatakan bahawa sebagai ganti kuasa buah syaitan dan nyawa pemakan buah tersebut akan hilang.

Tentera Laut muncul dan cuba untuk menawan semua lanun yang berada dalam keadaan cedera parah.

marine-vice-admirals

Law hanya mempunyai 24 jam untuk menghidupkan semula seseorang yang telah mati dan tidak mampu merisikokan dirinya untuk berlawan dengan Tentera Laut.

Law mengangkat Luffy dan menyerah dirinya terhadap Tentera Laut.

Sebagai ganti Tentera Laut untuk melepaskan kru-kru lanun yang lain.

Semua orang sangat terkejut dan marah.

Law menjerit kepada yang lain yang dia akan selamatkan Luffy dengan apa cara sekalipun, mereka cuma perlu percayakan dia.

Kapten Tentera Laut menghormati keputusan Law dan hanya menangkap Law dan Luffy.

Law memberitahu Tentera Laut untuk memberikan dia keizinan untuk merawat Luffy.

Law mendesak sehingga dia menundukkan kepalanya dan menangis supaya dia boleh membuat pembedahan kepada Luffy.

Kapten Tentera Laut tersebut mempunyai kisah silam di mana dia diselamatkan oleh Garp ketika dia masih kecil.

Dia sangat menghormati Garp.

Jadi sebagai tanda hormat dan berterima kasih, dia ingin membalas jasa Garp dengan memberi keizinan untuk cucunya hidup untuk sementara waktu, kerana walaupun Luffy hidup semula dia akan tetap perlu menjalani hukuman mati di Marineford.

Kapten Tentera Laut akan bertanggungjawab di atas kesalahan membiarkan Luffy hidup.

Law menjalankan pembedahan dan ianya berjaya.

Luffy bernafas kembali tetapi dia masih lagi tidak sedarkan diri.

Secara tiba-tiba, Law pengsan dan disytiharkan mati.

Adakah ia seperti gambaran ini?

Pihak Tentera Laut berasa sangat terkejut di atas kejadian tersebut dan menyebarkan berita mengenai kematian Law untuk nyawa Luffy.

Luffy dipenjarakan di Impel Down dan hukuman matinya sudah pun dijadualkan.

Luffy berasa hiba setelah mendapat tahu yang Law mengorbankan diri untuknya.

luffy-crying

Berita mengenai hukuman mati Luffy disebarkan di seluruh dunia, Shanks sangat terkejut apabila mendengar berita tentang Luffy berjaya mengalahkan Kaido.

Shanks juga seperti tak percaya apabila mengetahui yang Luffy mati dan dihidupkan semula dan akan dikenakan hukuman mati.

Akan tetapi, Shanks memutuskan bahawa Luffy perlu mengatasinya sendiri dan dia tidak akan membantu dalam peperangan akan datang.

Kru Topi Jerami yang lain mendapat berita bahawa Luffy hidup semula dan akan dihukum mati.

Mereka sangat lega dengan berita tersebut tetapi juga sangat sedih pada masa yang sama kerana kehilangan Law.

Semua orang di seluruh dunia memberi tumpuan terhadap berita dan peperangan besar yang bakal berlaku.

Pada tarikh hukuman tersebut dijalankan, Topi Jerami adalah lanun pertama yang memunculkan diri di barisan hadapan Marineford, diikuti oleh Armada Topi Jerami sebanyak 5,600 orang.

straw-hat-grand-fleet

Zoro mengetuai peperangan tersebut dan menjerit dengan sekuat hati kepada Luffy yang berada di platform hukuman.

Zoro minta maaf dan tunduk sambil menangis.

Dia berjanji, sambil melutut, yang dia akan selamatkan Luffy walaupun terpaksa mengorbankan nyawanya dan bersumpah kesetiaannya terhadap Luffy sebagai orang kanan serta tidak akan membiarkan peristiwa pahit yang sama berlaku lagi.

Dia menghalakan pedangnya ke arah Marine.

Zoro juga bersumpah akan membunuh dirinya jika dia gagal untuk selamatkan Luffy.

zoro-badass

Semua orang terkejut dan terkesima sewaktu menyaksikan bagaimana orang kanan Luffy, orang paling setia terhadap Luffy, menundukkan harga diri untuk kaptennya.

Setiap ahli kumpulan Lanun Topi Jerami menangis dan bersumpah akan turut sama menyelamatkan Luffy.

Bartolomeo menghentakkan kepalanya di kapal dan turut bersumpah akan menjadi pengikut setia terhadap kumpulan Lanun Topi Jerami, diikuti oleh alliance yang lain.

Kapal-kapal yang lain mula muncul yang mana tiada siapa pun jangka akan ada, termasuk kru kumpulan Lanun Topi Jerami sendiri.

Seluruh

  • angkatan peperangan Alabasta
  • angkatan perang Raja Riku dari Dressrosa
  • angkatan perang dari Fishman Island diketuai oleh 3 putera
  • bekas lanun Whitebeard yang datang untuk selamatkan adik Ace
  • bekas banduan Impel Down yang Luffy pernah selamatkan dahulu
  • Boa Hancok (yang meletakkan jawatannya sebagai Shichibukai untuk selamatkan Luffy) bersama lanun Kuja dan pahlawan Amazon Lily
  • puak Mink yang diketuai oleh Duke Nekomamushi and Duke Inuarashu
  • Kerajaan Wano dan
  • kru Trafalgar Law yang menangisi pemergian Kapten mereka tetapi ingin melindungi apa yang Kapten mereka korbankan diri untuk selamatkan.

…berada di situ.

Kemudian, sebuah kapal sebesar pulau muncul ditepi Marineford.

Ia adalah pihak Revolutionary Army.

Monkey D. Dragon memunculkan diri, manusia yang paling dikehendaki di dunia (semua orang terkejut dengan kedatangan Dragon sepertimana ketibaan Whitebeard memberi impak kepada mereka di peperangan dahulu).

Dia memberitahu bahawa dia datang bukan kerana Luffy, tapi dia akan masuk campur sekali kalau lanun yang paling dia benci berada di medan perang (Janggut Hitam).

Dragon membenarkan Ivankov dan division Sabo untuk turut serta berperang sekali kerana Luffy adalah kawan Ivankov dan adik Sabo.

Janggut Hitam muncul tetapi dia tidak merancang untuk menyertai peperangan dengan Revolutionary Army, diorang cuma datang sebab hendak melihat pengakhiran peperangan tersebut.

Revolutionary Army dan Janggut Hitam hanya akan menjadi pemerhati kepada peperangan.

Sebuah kapal kecil tiba dan ianya adalah Silver Rayleigh.

Dia mengucapkan syabas kepada Luffy kerana mengalahkan Kaido dan dia akan membantu untuk menyelamatkan Luffy.

silver-rayleigh

Luffy menangis dan cakap yang dia tak akan mati, dia akan jadi Raja Lanun.

luffy-screams-pirate-king

Riak muka Garp menunjukkan kerisauan tentang bagaimana peperangan ini akan berakhir.

Dia memutuskan bahawa jika Tentera Laut menang peperangan ni, dia tiada pilihan lain selain masuk campur dan melawan seluruh pihak Tentera Laut untuk selamatkan Luffy.

Dia tidak mahu mengulangi kesilapannya yang lalu (Ace).

Pihak Tentera Laut sangat terkejut akan ketibaan sejumlah lanun yang terkenal dan popular semata-mata kerana Luffy.

Tidak kira bagaimanapun, pihak lanun dan pahlawan-pahlawan yang ingin menyelamatkan Luffy ternyata memiliki armada perang yang lebih banyak berbanding Whitebeard semasa misi menyelamat Ace dahulu.

Pihak Tentera Laut mula takut dan gementar dalam peperangan tersebut.

Akainu menjerit yang pihak Tentera Laut akan menang dan tiba-tiba sebuah kapal besar muncul dibelakang Tentera Laut.

Ianya adalah pihak tentera World Government termasuk pegawai terkuat, 5 Gorosei di mana mereka adalah 5 orang Lagenda Tua berserta sekumpulan Ejen Cipher Pol (CP).

gorosei

Dragon amat terkejut dan memberitahu bahawa jika World Government menyertai peperangan tersebut, dia juga akan turut serta.

Misi Revolutionary Army adalah untuk menjatuhkan World Government.

Orang mula memanggil peperangan ini peperangan terhebat antara yang terhebat (War of the Best of the Best).

zoro-pound-attack

Zoro memulakan serangan dengan menghayunkan pedangnya dan mengeluarkan torehan lurus terhadap Tentera Laut tetapi ditahan oleh Mihawk.

Dan peperangan pun bermula…

 

Apa pandangan anda tentang plotline ini? Adakah anda bersetuju ataupun tak bersetuju?

Kongsikan pandangan anda diruangan komen di bawah.

 

Nak sambung baca Part Kedua berkaitan Teori ini?

4 Responses

  1. Asyrafpuchong
    |

    Boleh tahan… Sebab jika kali ini semua puak lanun berkumpul untuk menyelamatkan luffy… Kerana setiap kali ark luffy yg akan menyelamatkan org contoh robin n ace… Tp klo gorosei join sekali perang ni… Jd cam kalang kabut jer… N cam mana lak misi luffy nak cari one piece??

  2. Indera
    |

    Teori yang ni plotline dia sampai chapter 1000+ je Asyraf.

    Waktu ni la kita nak tengok apa kekuatan Gorosei. Sampai sekarang masih misteri apa tentang kuasa dan kekuatan diorang.

    Misi Luffy cari One Piece maknanya lepas perang yang ini la 🙂

  3. Anonymous
    |

    Fuc* You min… Keluar air mata gua… Kahkahkah …

  4. Am
    |

    Lepas dri war tu, big mom melihat ramai org yg trdri dri pelbgai kaum telah mmbantu luffy semasa war, dan dy mula mengagumi luffy kerana impian bigmom yg ingin hidup damai brsama kaum lain …

Leave a Reply